April 2016

Sheffield --> Manchester Airport

Tiada ucapan selain bersyukur kerana dapat sampai di sini dan di pertemukan dengan insan2 yang berhati mulia sepanjang saya di 7 negara ni terutama Didee n Huda n of cos student2 yg blajo kat sini..Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang perjalanan ini..Walaupun ada pengalaman pahit tp semua tu Allah bg satu ujian supaya kita sentiasa belajar dari kesilapan. Bila berada di sini x abes2 saya berfikir nk convert warganegara sini tapi x jumpa plak jodoh kat sini hihi..tu la aturan ALLAH..so balik Malaysia la ..(bunyi cam serius je)

Univ. of Sheffield -> City Centre Bismillahirahmanirahim

 

Sedikit sejarah tentang Sheffield, di anggap sebagai 'kampung terbesar di Britain'. Hakikatnya Sheffield adalah bandar kelima terbesar di UK. Terletak dalam lembah Sungai Don, bandar Sheffield berhampiran pertemuan lima sungai dan ia dibangunkan di atas lereng bukit. Sebahagian besar kawasan Sheffield masih diliputi tumbuhan hijau. Dikatakan mengalami krisis identiti, Sheffield seolah-olah sedang dilahirkan semula dengan dua buah universiti bertaraf dunia iaitu University of Sheffield (tempat didee blaja) dan Sheffield Hallam University.  Jika dilihat pada persekitarannya, Sheffield sedang menjalani program regenerasi terbesar dengan kebanyakan bangunan lama dan usang telah digantikan dengan bangunan-bangunan moden. Kita akan mendapati terdapat dua pecahan dalam bandar. Kedai-kedai berjenama dan kafe-kafe moden terletak di bahagian selatan manakala kedai-kedai kecil dan pasar terletak di sebelah utara. Oleh kerana satu pertiga dari Sheffield terletak dalam kawasan Peak Districk National Park, maka rugi jika tidak berkunjung ke Chatsworth, Bakewell, Matlock, Matlock Bath dan kawasan sekitarnya yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan dan panorama yang begitu mengkagumkan. -google

Sheffiled UK

Bismillahirahmanirahim

Jam 4 alarm bunyi, so bangun bersiap ambil wuduk dan solat subuh dalam multi faith prayer room td Subuh kat sini kul 3.30am camtu.. then kul 5 gerak ke First TransPennine, Manchester Airport railway station, tiket saya kul 5.55am, tempahan awal sebulan camtu..sementara tunggu tren sampai saya breakfast nasi goreng lebih semalam yang kakak semalam bagi tu..licin la..lapar..lepas tren bergerak..msj didee tp x balas..huhu..sampai station Sheffield, tringat didee bawak naik teksi masa mula2 saya sampai dulu..so amek teksi situ dan bg alamat..sampai rumah didee, didee slumber cakap muka saya sunburn..erk tp mmg pun kot sbb saya terlupa bawak spf cream so tu la..naseb la..patutla dlm gambar nmpak gelap jer..didee cam x berminat sgt nak dengar cerita saya travel sbb dia lg berminat dengan coklat coklat belgium yg saya beli tu, mmg sedap gilos..pastu didee ada kelas hari ni so saya membuta je sepanjang hari (qada' kepenatan travel)..

Belgium City Centre

Belgium terkenal dengan coklatnya dan kain-kain lace. Merupakan negara asal-nya french fries dan waffle. Seafood (mussels) juga sangat popular. Terdapat satu lorong yang penuh dengan restoran seafood yang menggiurkan. Macam menarik sahaja melihat mussels dimakan bersama french fries. Sebuah negara yang biasa-biasa sahaja dari segi pemandangan dan keindahan. Hebatnya Belgium mungkin kerana ianya ibupejabat bagi Kesatuan Eropah dan lain-lain organisasi internasional seperti Nato.

Amsterdam --> Brussels, Belgium

Ramai yang suggest "x yah la Belgium sbb x de pape".. so saya google, baca blog orang, then bila pikir2, da alang2 jiran dgn Netherland why not singgah je Belgium, mostly ramai yg persi sehari dua cukup..leh rasa waffle dan coklat Belgium..So check tiket flight nak balik Manchester dr Belgium lagi murah dari Belanda..so kira2 budget..ok cun Go Go Belgium...Beberapa hari sebelum saya ke UK..ada penegeboman di airpot Belgium..ermm nk jadikan cerita..still nekad utk ke sini juga

Amsterdam Central

Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, iaitu stesen keretapi utama di Amsterdam, hanya perlu bejalan lebih kurang 300-400 meter untuk sampai ke sini. Damrak merupakan jalan utama dari Amsterdam Central ke Dam Square, suatu ketika dulu Damrak adalah sebuah canal, tapi kini telah ditimbus dan dijadikan jalan raya dan juga laluan untuk tram.

Berlin --> Amsterdam

Bismillahirahmanirahim

Bila masuk musim bunga di bumi Eropah ni, maybe kebanyakkan mereka akan tertumpu untuk terjah Amsterdam! Kat mana lagi sebab kat sini kebanyakkan manusia dari seluruh dunia akan datang nak tengok T.U.L.I.P.S! Keukenhof terletak di sebuah pekan kecik yang bernama Lisse. Tak jauh dari Amsterdam, ibukota bagi Holland yang berada di dalam negara The Netherlands. Let's go and be friend with nature.

Potsdam --> Charlie Checkpoint Berlin

Bismillahirahmanirahim

Potsdam ialah ibu negara dan bandar terbesar negeri persekutuan German Brandenburg. Dari bandar Berlin dalam 45 minit jer. Potsdam adalah tempat tinggal raja-raja Prusia dan Kaiser (Maharaja/Caesar) German, sehingga tahun 1918. Seni bina dan landskap Potsdam bertujuan sebagai untuk mengingatkan penduduknya pentingnya hubungan mereka dengan alam semula jadi. Di sekitar bandar terdapat taman-taman dan istana Sanssouci, Tapak Warisan Dunia yang terbesar di German. Potsdam berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di German pada abad ke-19.

Tour Berlin ( History )

Bismillahirahmanirahim

Berlin adalah ibu negara Germany dan ianya sebuah kota metropolitan yang teratur dan jauh daripada hiruk pikuk jalan raya, jem dan kesesakan kenderaan. Dan pengangkutan awam adalah sangat efisien serta harga tiket daily ticket adalah berpatutan dan cover banyak tempat. Disini juga bandar yang multiracial. Dari sini anda boleh rancang ke Hamburg atau ke negara jiran seperti Chezch Republic. Kat sini makanan halal senang didapati...cuma kena keluar ke outskirt skit. Banyak tempat dan bangunan bersejarah yang boleh dilawati.