Tips and Budget to Singapore

Lokasi percutian : Singapore City (trip hujung minggu)

Biasa kalau orang dengar kalau pergi Singapore, perkara pertama yang terfikir dalam kepala adalah USS (Universal Studio Singapore) kan?

Okay, kat sini saya share kat uols tempat-tempat lain yang menarik dan boleh dilawati di Singapura selain USS termasuk ‘must eat’ beserta bajet berdasarkan trip 2 hari 1 malam yang saya buat . Dan saya tak melawat USS. Ada yang tanya cukup ke g 2 hari je..for me klu pandai plan 2 hari da cukup siap blh g USS lg..

Currency Exchange masa tu RM2.97 = SGD1.00.

Make sure sampai je Singapore, aktifkan roaming utk internet..lagi² bila ko jln sorang ni..(Celcom RM4.90 sehari roaming)

1. Cara paling mudah nak keluar masuk Singapura

Dari Terminal Larkin, naik bas Causway Link, bas warna kuning nombor CW1, CW2 atau CW3.

Beli tiket ke Queen Street, Singapore (RM3.40). Bas akan bawak ke imigresen Malaysia dan Singapura.

Sebelum sampai imigresen Singapura, uols boleh naik je bas CW1, CW2 atau CW3. Tapi bila dah lepas imigresen Singapura, ambik bas CW2 sahaja sebab bas CW2 akan terus ke Queen Street.

Perjalanan balik naik bas yang sama (SGD3.30 = RM9.90). Kos tambang RM13.30.

Selain daripada tu naik flight lagi senang, saya beli tix masa tgh promo RM60 pegi je..Airport Changi antara Airport terbaik di dunia..Serius mmg cantik dan tip top..sampai ke tandas dia saya selidik..boleh baring lagi hehe (tp x de la baring kang tanjat org tgk budak batak mana ni)

Balik saya naik bas express dr Singapore terus ke KL..Tolong jgn naik bas klu uols pergi weekend. Orang ramai dan kastam slow..huhu saya tersadai 2 jam tggu bas..spttnya kul 4 pm tp kul 6pm baru naik bas..

2. Penginapan

Saya stay di Central 65 hostel (share 8 female bunk bed) di Jalan Besar dengan harga SGD23.42 (RM67) seorang untuk satu malam.

Berdekatan dengan Masjid Sultan (walking distance). Hostel yang sangat selesa dan strategik. Dekat dengan lokasi menarik dan pengangkutan awam. Sarapan juga disediakan.

FYI hotel kat SG ni mmg mahal nak pengsan. klu g reramai boleh la duk hotel share².

3. Pengangkutan Awam

MRT & LRT dan bas di Singapura sangat tip-top, mudah dan cepat. Tak perlu tunggu lama. Sesiapa yg da biasa naik LRT & MRT kat Mesia no problem..sebijik sama je..cuma kat mesia line 2 je kat sini more than 4 line..tu je..

Beli tourist pass ikut berapa hari uols kat sana.

Tourist pass berbeza harga mengikut berapa hari uols nak guna. Saya beli tourist pass 2 hari. SGD16 (RM48) + Deposit SGD10 (RM30) (deposit akan dipulang selepas pulang tourist pass tersebut).

Tourist pass tu boleh guna untuk naik MRT, LRT & Bas tanpa had sepanjang 2 hari tersebut.

Nanti nak balik pulangkan pass ni dan deposit SGD10 akan di pulangkan. Macam saya beli di MRT Changi Airport tapi pulangkan kat Stesen MRT Bugis. Lebih jimat guna pass ni. guna sampai lenjan pass ni..

MRT & LRT line dia ada warna-warna tertentu. Nak mudah, tengok signboard ada tunjuk warna dan arah dituju. Setiap stesen ada map jaringan MRT & LRT, dan map bangunan atau kawasan tersebut.

Cam biasa partner travel saya ialah City Mapper apps..sila la download..very the easy..

4. Tempat-tempat menarik

(i) Bugis
Dari Terminal Bas Queen Street, jalan kaki lebih kurang 10 minit ke Kampung Glam, Bugis (main landmark / attraction ialah Masjid Sultan).

Kat sekitar kawasan ni terdapatnya Haji Lane yang terkenal tu, café-café dan kedai-kedai hipster, murtabak zam-zam, tempat-tempat makan halal, dan macam-macam lagi la.

Kawasan Arab Street, Haji Lane, Masjid Sultan ni kira tempat tumpuan pelancong dan tempat pilihan backpackers untuk tinggal selain Little India (tak jauh dari Terminal Queen Street jugak).

Pilihan paling terbaik untuk menginap kat kawasan sini.

G la jejalan di semua street yg ada kt SG ni haha, cam Arab street, Bugis street, China Town, Kampung Glam. sbb setiap street tu cam berbeza² cam eh eh da ada kat arab, eh eh da ada kat china..hah camtu feel dia tp make sure kaki kena kuat la..sbb sehari 17k langkah jemah oiii..

(ii) Garden by the Bay

Tempat wajib dikunjungi sekiranya uols jenis yang suka alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Kalau naik MRT turun di stesyen Bayfront untuk ke sini.

Bayaran masuk untuk Flower Dorm dan Cloud Forest Dorm SGD28 (RM84) for Non-Citizen, For Citizen SGD20 (RM60). – Saya x masuk sbb x de bajet hehe

Bila malam, must see pertunjukan lampu² di pokok² tiruan yang cantik dan happening sgt..Free je..waktu persembahan setiap hari jam 7.30pm dan 8.45pm..

(iii) Night walk : Marina Bay Sands, The Helix Bridge, Esplanade, Merlion Park

Kota Singapura waktu malam memang cantik. Kalau uols suka tengok lampu-lampu, korang akan rasa wow dengan beautifulnya Bandar Singapura pada waktu malam.

Tempat-tempat ni nak pergi boleh jalan kaki je. Keluar dari Garden By the Bay je, uols jalan kaki terus ke Marina Bay Sands (shopping complex dan hotel yang rooftop dia ada infinity pool tu).

Alhamdulillah 1st day Amina Alsagoff dan adik dia Ubay bawak kami jalan² dan naik basikal free ala cam kat KL O-Bike tu..seb bek ada org SG so blh la scan nak kami beronda² sambil buka mulut masuk air hujan yg renyai tp serius mmg happening pusing marina dgn basikal..Tq mina n ubay melayan haha..(kena mention ‘adik’ sbb ramai PM saya tanya amina da kawen ke, tu siapa, boypren amina ke) ubay ex al amin gak cuma sampai drjh 6 je..

(iv) Mustafa Centre – ramai giler org mesia g sini..dia macam Mydin kat Mesia..harga barang murah cam jam dan lain² saya cam just lalu lalang je kat rak² situ . depan Mustafa Centre ada byk kedai jual souvenir gak..so saya beli fridge magnet dan tshirt. kalau nk kesini turun kat stesen MRT Farrer Park.
Singapore kalau nk beli brg cam Hphone ke Camera mmg murah byk kat sini..samsung A9pro RM1500 jer..kt mesia x kuar lagi..biasanya mesia 3 bulan lambat lps launching.

(v) Sentosa Island

Sentosa Island ni la tempat terletaknya USS, Siloso Beach, Sea Aquarium dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat sekitar situ. Untuk ke Sentosa Island, boleh naik Sentosa Express (Monorail kot). Yang ni tak boleh pakai tourist pass.

Untuk ke Sentosa Island, kalau naik MRT, turun di stesyen Harbour Front.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh diterokai kat Singapura ni. Cuma tak cukup masa.

Lagipun saya cuma bercuti hujung minggu je, jadi banyak tempat lain tak pergi.

FYI saya tak g Sentosa Island sbb cuaca hujan. Ada hikmah . tapi kalau uols da sampai SG, g la Sentosa.

5. Makanan

Must try :
(i) Nasi Lemak Lobster SGD22 – google Kedai Lawa Bintang di tempines. Open hours 7.00am to 2 pm tapi datang la awal sbb saya sampai kul 1.30 makanan da abes..Alhamdulillah pujuk² buat muka kucing lgpun saya sorang buat ayat² gempak..tukang masak yg dengar kat belakang tu pun setuju korek lobster dalam icebox masakkan tuk saya. kena tunggu lama skit la tp x pe la janji dapat..tapi mmg sedap sbb lobster dia besar dan dia layerkan dgn 3 jenis cheese. Alhamdulillah rezeki saya dpt extra sotong dan telur sbb depa nk abeskan stok..ikutkan SGD 22 tu hanya harga lobster je..sambil makan sambil berborak dg kakak kedai tu, jarak kedai nk ke MRT agak jauh klu berjalan so alhamdulillah kakak kedai offer nk tumpangkan saya ke MRT lps mkn.

(ii) Murtabak Zam Zam SGD6 – Google betul² depan Masjid Sultan. Cantik masjid ni..Must solat kat sini hehe..tapi air paip nk amek wuduk tu unik sgt cam air hujan yg renyai..sampai saya x sure mana air ni pergi sbb x sampai ke tangan..ok saya over..saya order Murtabak ayam..murtabak dia cam sedap dan lain dr yg lain..mmg pure kari. tapi potion dia klu saya la utk 2 org..

(iii) Aiskrim SGD1 – melambak kat tepi² jalan tp sedap betol la eskim ni , x sure la sbb saya makan mmg time tgh panas terik.. so semua yg sejuk rasa sedap di hati.

(iv) Sup Tulang Merah – google je..plan saya last day tu nak try makan ni tapi Amina da jemput lunch kat umah makcik dia kat punggol so rezeki save bajet makan hehe dan da kenyang so abaikan sup ni..tp if uols da sampai try la..

So far nk makan kat SG ni x susah mana..klu nk makan rasa timur tengah g Arab Street, kalau nk makan masakan melayu gi kampung glam.

Amina kata Mc D kat sini halal dan murah..so kalau dah lapaq teruk pilihan terakhir boleh la..

Orang Malaysia yg keja sini merata². Yang bertudung confirm boleh cakap melayu even depa Singaporean cam Amina haha..

6. Anggaran budget keseluruhan untuk trip saya termasuk makan ,souvenir , Insurans semua RM458 +-

Detail leh check kat gambo..

Make sure bawak duit lebih tuk bayar deposit hostel dan tourist pass.

15 thoughts on “Tips and Budget to Singapore

  1. Following the thesis, you should provide prompu.essay.amsterdam/thesis/write-essay-artist.html a mini-outline which previews the examples you will use to support bloodin.essay.amsterdam/article-review/land-developer-resume.html your thesis in the rest of the essay. Not only does this tell the reader what to expect in the paragraphs to come but eceph.homework.amsterdam/assignment/business-failure-essay.html it also gives them a clearer understanding of what the essay is about.

  2. 402548 328980 Youre so cool! I dont suppose Ive read anything like this before. So nice to uncover somebody with some original thoughts on this subject. realy thank you for starting this up. this internet site is something that is needed on the web, someone with just a little originality. helpful job for bringing something new to the internet! 105102

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *