Amazing Berchtesgaden, Germany

Amazing Berchtesgaden, Germany

Munich –> Berchtesgaden

Alhamdulillah hari ke 3 di Munich, Germany. Plan saya hari ni nk g Berchtesgaden. Di situ terdapat 2 tasik yang sgt cantik iaitu Tasik Königsee dan Öbersee. Asalnya adalah satu tasik yang besar namun selepas kejadian tanah runtuh, tasik ini terpisah dua.  Jika anda sukakan alam semulajadi dan ingin melihat pemandangan yang cantik berlatarbelakangkan pergunungan yang diliputi salji seperti di dalam poskad, inilah tempatnya. Anda pasti akan ternganga dan perkataan “subhanallah” tidak lekang dari bibir anda.

Hari ni lepas solat subuh n breakfast dengan Munirah, Munirah share info bagaimana plan saya hari ni untuk ke BERCHTESGADEN dengan menaiki tren. Agak lewat juga saya keluar hari ni..So ini itinerary saya untuk hari ini

 

Make sure sepanjang di german, download apps untuk public transport dia contoh MVV, DB Bahn dan sebagainya..Dari Munich perjalanan mengambil masa 3 jam +-  dengan tren.

1st time saya rasa, muka saya flawless haha prasan ko

Dari stesen keretapi Berchtesgaden anda boleh ambil bas 841 terus ke pekan kecil Königsee dengan jarak perjalanan cuma 10 minit.Don’t Worry sebab kat screen atas bas tu ada tulis No Bas dan Königsee..

setiba je di sana, kena jalan kaki skit melalui kedai2 cenderahati baru boleh sampai di jeti untuk cruise tasik Königsee. Tapi kene beli tiket dulu kat kaunter. Bayaran dikenakan untuk menaiki bot iaitu bermula dari €3.00 hingga €17.00 bergantung kepada jenis trip dan jarak. Dari jauh da nampak pemandu boat melambai2 suruh cepat sbb bot da nk gerak..tercungap2 lari..masuk je dalam boat ada 2 family adek bradik dr Malaysia..So cam biasa tegur menegur borak2..Alhamdulillah. Suhanallah cantiknya air tasik dia. X terkelip mata..Bukit2 di kiri kanan..Subhanallah..

 Berchtesgaden ini bersebelahan je dengan sempadan Austria, kira-kira 30km ke selatan Salzburg dan 180km sebelah tenggara dari Munich. Bukit sebelah tu je da masuk Austria hehe..

Dikelilingi oleh tebing batu yang menjulang tinggi, tasik dengan airnya yang berwarna zamrud hijau dan sunyi ini merupakan salah satu landskap yang paling cantik di Jerman.

Ini merupakan antara sebab mengapa semakin ramai pengunjung ke Königssee tahun demi tahun. Keluasan tasik adalah 8 km panjang (5 batu), sehingga 1.2 km lebar (3/4 batu) dan 602 meter (2000 kaki) di atas paras laut.

Dengan kedalaman maksimum 192 meter (650 kaki), suhu di Tasik Königssee kekal sejuk meskipun di musim panas.

Hanya kapal penumpang berkuasa elektrik dan bot pedal dibenarkan beroperasi di tasik ini sejak tahun 1909.

Pemandu bot ini akan bercerita mengenai tasik ini dalam bahasa English, Tasik ini dikelilingi oleh dinding perbatuan dan menghasilkan gema yang sangat jelas. Biasanya bot-bot pelancong akan berhenti di tengah tasik untuk membunyikan trumpet bagi menunjukkan betapa jelas gema atau “echo” yang dihasilkan. Bunyi dari satu trumpet akan bergema seolah-olah ada 7 pemain trumpet sedang bermain bersama., nnt dia akan minta tips, so hulur je la brp euro hehe..

Ni la pasangan family yang saya jumpa dalam boat, yang perempuan adik bradik, kakak kerja di Ireland hampir 10 tahun, dan adik perempuan dia yg tudung pink tu blaja kat UK..kami ada tukar2 no hp tapi hp saya hilang,  gambar pun byk hilang dr hp..so mana2 je gambar yang ada je..gambar pun ada dr google tp permandangan adalah sama..apa saya nampak dgn mata saya, ada dlm gambar..

  

   

pemandangan Tasik Königsee dengan latarbelakang St. Bartholomä.

 

Sekiranya anda dah Königsee, Berchtesgaden ini, tidak sah sekiranya tidak melawat rumah misteri alpine yang terbiar di tasik Obersee ini.

Bot uang anda nail tadi akan terus membawa anda ke Salet Obersee. Dari sana, laluan pejalan kaki akan membawa anda terus ke Lake Obersee.

Short trekking ini mengambil masa antara 20 minit hingga satu jam bergantung kepada kelajuan anda. Tasik ini diapit oleh gunung dan tebing tinggi, menambahkan lagi keindahan tasik.

Bulan Julai-September merupakan waktu puncak dan pelancong sangat ramai. Seeloknya keluar awal pagi sebelum pukul 10 bagi mengelakkan beratur panjang. Trip pergi balik naik bot adalah sekita 2 jam setengah. Disarankan untuk anda beli tiket full trip dan anda akan dibawa sampai ke Obersee. Jam pun da menunjukkan pukul 4 ptg.. Masa untuk pulang..Saya sarankan kalau nk ke Berchtesgaden ni..stay kat sini at least 2 hari, sbb National Park ni sgt besar dan byk lagi tempat menarik kat sini..

naik tren tuk balik ke Muchen.. Solat jama’ dalam tren sambil makan roti.. sepanjang kat sini lunch saya roti n strawberry..kurus haku.. setakat ni da turun 2 kg lagi..haha..

Off cos hari ni pengalaman yg sgt Indah..Ya ALLAH hebatnya ciptaan Mu YaALLAH..

Sampai rumah dah jam 10 mlm camtu , tgk Munirah tgh study so lepas solat, tanpa sedar tidur x sedar2..(paham tak maksud tu).

see you then