Brunei is a Peaceful & Quiet Country

Brunei is a Peaceful & Quiet Country

Brunei Darusalam

Sesungguhnya ini la travel solo saya paling saya tak ready langsung..huhu. Esok da nak ke Brunei, baru hari ni study pasal public transport dan buat itinerary. Ok. Lets go..

kali ni santai² version..solo trip..dalam flight FA akan edarkan form untuk semua visitor kena isi..so make sure standby je pen bawak kemana². Nanti da sampai Imigresen Brunei, dia akan minta sekali dengan passport. Flight dalam 2jam 1/2.

Sampai di Airport Brunei da dalam jam 4.30pm..sini awal sejam, sama je dengan Sabah dan Sarawak, so jam 6.30 tu dah standby Marghrib..masa jejak je kaki di dalam airport ni, rasa wow..sunyi sepi ada orang dan bersih cantik walaupun kecil..terus tanya guard kat situ , dekat mana nak tunggu bas awam ke bandar..keluar pintu Airport belok je kiri di hujung nun..dalam 15 minit camtu..bas pun datang..make sure sediakan duit kecik BND1 je ke bandar.

Sampai terminal pusing² cari Hostel yang saya da book..tanya orang tunjuk hujung..tanya orang lain tunjuk nun lain pulak..sambil jalan² terus ternampak..lorghh belakang terminal bas je rupanya..adehh..terus check in dan solat..saya pilih hostel backpakers shared bathroom. even aircond pun share cuma dia berbilik² private..ok la.. keluar semula da nk marghrib, so jalan kaki je ke  Masjid Omar Ali Saifuddin dalam 8 minit walking distant..Ramai plak menegur dari mana bagai hehe..kita serumpun..mereka² sangat² peramah dan baik. Solat jama’ Marghrib Isya’..Subhanallah besar dan cantik sangat masjid ni..

Kompleks Yayasan Sultanah Bolkiah

lepas solat jejalan di seblah masjid ni ada taman cantik dengan lanskap dan lampu².. Taman Mahkota Jubli Emas. Sejuk tenang sebab baru lepas hujan..ada la orang jogging dan jejalan kat sini..apa yang saya puji sikap orang kat sini, depa walaupun beriadah beramai², saya tak dengar suara mereka bising²..tak macam kita cakap 2 orang pun satu batu boleh dengar haha sorry..fact..

lepas da puas jalan²..perut lapar..lalu seblah kedai nasi ayam katok mama..so tengok orang ramai beratur..so saya pun beli la..da la murah BND1 je..sedap dan puas hati..esok plan nk beli lagi haha..

 

Hari kedua

Jalan² di Pasar Kiageh..banyak jual barang² kat sini . Saya hanya perlu jalan kaki dam 500 meter dr hostel saya..then terus ke terminal bas tanya orang kat situ camne nak ke soto pabo..time jam 8.30am..laparrrrrr..pastu orang tu kata tak ada bas lalu ke sana..dia panggil sorang bro ni..bro ni kata naik teksi dia BND6 pergi dan balik..ok la layan teksi kat sini kereta biasa je..bukan teksi bermeter dan sini tak ada UBER atau GRAB cuma prebet sapu camtu la kalau istilah kita kat Malaysia..

sampai sini, kedai soto pabo ni x bukak lagi.. dia kata jam 9am baru bukak..so lepak2 kat jeti2 mini kat sini dengan udara yang nyaman sambil tenguk kawasan perumahan nelayan dan kampung air di hujung nun..ramai yang suggest makan sup2 kat sini sedap..ok mmg sedap..#sayasuka

Jangan tanya saya apa itu urat, berubut, hati buyah bagai..sebab saya tanya adek yang amek order tu pun dia x reti nak explain hehe..x pe..yang pasti memang boleh makan ☺

meh nak copy paste cerita sejarah jam ni .. Nama dia Jam Peringatan. Jam ni merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian ke empat penjuru sebelah atasnya di letakan sebuah jam Seiko (da lama tak dengar brand jam ni  ☺). Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiusaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar. Istiadat perletakan batu asas Jam ni di rasmikan oleh YDPA Malaysia dulu Tunku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 sempena lawatan baginda ke Negeri Brunei dan melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu time tu.. awesome..

Terminal bas..Bas² mini kat sini tak la cam popular sangat sebagai public transport..sebab kebanyakan rakyat brunei lebih selesa gunakan kenderaan mereka sendiri.. walaupun negara kecil dan semua ada kereta tetapi tak nampak lagi traffic jam kat sini..so yang naik bas ni kebanyakan pelancong atau pekerja luar seperti Indon, Bangla camtu..sebab tu perkhidmatan bas ni hanya beroperasi seawal jam 6am-6pm sahaja.

Naik bas ke Gadong City.. Plan nak cari souvenir dan solat di Masjid Jame’ Asr Hasanil Bolkiah.

Gadong Mall

Pasar Gadong. dekat sini la jual pelbagai menu makanan orang Brunei tetapi kalau nak meriah dia open dari jam 5ptg sampai ke malam..masa saya datang ni, mereka baru nak memunggah² barang..hehe x de rezeki..

saya nak ke Masjid Jame’ Asr Hasanil Bolkiah tapi tak jumpa jalan..so tanya dengan sister ni..dia sudi tumpangkan saya ke saya..Alhamdulillah..TQ

Solat Jama’ zuhur dan asar di sini..Alhamdulillah..subhanallah cantik sangat masjid ni..

punya la besar masjid jame’ ni sampai saya lupa saya parking kasut kat mana. pusing dan pusing x jumpa..samapai ada seorang kakak tolong carikan haha..masuk pintu lain. keluar pintu lain adehhh..

kawasan dia memang luas..banyak pintu masuk..beautiful

lepas tu ke Muzium Kebesaran Diraja.. memula cam tak de pun plan nak ke sini sebab saya bukan penggemar sejarah2 alatan2 ni sangat..tapi oleh keran free je dan orang tempatan kata wajib pergi.. so saya masuk juga hehe..

cam biasa beli fridge magnet sebagai souvenir tuk diri sendiri

petang jam  5 camtu gerak ke kampung ayer naik bot dari jeti BND2 return..x sampai 2 minit da sampai..Kampung ayer ni menarik..ada yang moden ada yang tradisional. Tapi oleh kerana saya lambat sampai..Gallery Kampung Ayer da tutup..so kebetulan ada penduduk kat situ nampak so dia pun bercerita la sejarah nak kisah masyarak di kampung ayer ni..agak menarik..

Rumah Moden

Ok lepas visit kampung ayer..saya early dinner betul2 sebelah je dengan hostel..MARRY BROWN yay..saya ambil cheesy O burger combo.

 

Hari ketiga dan terakhir

Jalan2 semua di Masjid Omar Ali Saifuddin sebab hari tu pergi version malam..ni version siang..beautiful

Kapal ni di panggil ‘BARJ’

Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.

Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk “kalat” (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei.

Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran. – wikipedia

ok ni Taman Jubli Emas version terang benderang..cun melecun.. sebelah je dengan Masjid Omar

Lepas jejalan nampak KFC.. so breakfast kat sini..pastu minta password wifi dia..lepak² update ☺

Patutla tak nampak orang merokok dan bau asap rokok kat sini..Good country

Lepas bersiap siaga mengemas²..check out dan gerak ke Bas Terminal naik bas no 23 ke Airport (perjalanan dr bandar ke Airport dalam 20-30 minit)

Surau Airport Brunei..cun giler..betul² seblah je dgn airport..

cek baki duit ada lebih so layan Jolibee dekat luar airport..wow 1st time makan mmg sedap..saya suka sos BBq dia dan mayonis dia..roti bun dia super soft …derang kata Jolibee ni asal dr Filipina..dekat Brunei jangan risau..semuanya HALAL..

Back to reality.. Alhamdulillah.. TQ ALLAH memberi peluang, rezeki dan menjaga dan permudahkan urusan saya di Brunei..

 

TQ Brunei..Love Brunei

Sesiapa yang tak pernah pergi Brunei..pergilah at least sekali seumur hidup..

Tips dan Bajet boleh klik SINI dan IG story noratajharun