Budapest, Hungary

Budapest, Hungary

Trip Balkan Winter (Budapest, Hungary)  🇭🇺

Hungary adalah Bandar yang paling cantik di waktu malam, Penuh dengan lampu². Hungary, sebuah negara di central Europe. Ibu negaranya ialah Budapest. Sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Well known for its rich cultural history.  Hungary bersempadan dengan Slovakia, Romania, Serbia, Croatia, Slovenia, Austria dan Ukraine. Penduduknya ada 10 juta orang. Hungary joined European Union (EU) sejak 2004 tapi guna matawang sendiri Hungarian forint (HUF) dan tak guna Euro.

Inilah rupa Hungarian forint (HUF). Tapi kalau urusan jual beli mereka selesa sebut Forints. Euro diterima hanya di beberapa kedai tertentu pada kadar 10% premium berbanding kadar semasa. Walaupun begitu, banyak kedai tak terima Euro, jadi tukarlah ke matawang Florint mereka.

Kami sampai di Budapest 🇭🇺 da malam. Kami terus tukar duit di money changers di Nepliget Bus Station dan beli pass card 72hrs di mesin. Kawasan bus station di Nepliget ni agak menakutkan sbb ramai budak² muda yg pelik/mabuk. Nak jadikan cerita semasa beli pass card tu tetiba ada sorang mamat ni dekat dgn saya dan ambil duit balance kami yg keluar dr machine. saya nk argue , ini kawasan depa. so lps beli saya cepat² blah. 1st day di Budapest da buat saya x seronok. Lupakan sekejap pasal kes sedih ni..

Dekat machine ni la duit kami di curi.. So becarefull.. kalau pergi dengan kawan² minta kwn² buat kepungan haha sebab tetiba strangers tu akan dekat dengan machine tu ambil duit balance dr tempat keluar dr machine. Hampeh tol. Staf company subway ni pun 2×5. Dia tak membantu langsung.

Ni sample pass day. Kami ambil yang 72 jam. (gambar google)

Untuk info mengenai pass day budapest boleh klik DISINI
Mengenai transportation dalam Budapest ni sebenarnya boleh la di katakan murah dan mudah sebab bandar ni compact dan transit system dia very extensive hasil daripada zaman Soviet dulu.

Tak susah nak figure out transportation system kat sini. Bahasa je lain sebenarnya. Boleh guna Google map or download app nama dia BKK Futari.

Kami sampai dah malam dan naik 2 transport untuk ke penginapan kami, 1st naik tram, 2nd naik bus. Masa kami naik tram, ada sorang pakcik ni aku agaklah dia mabuk.. da la ramai orang dalam tu..dia pandang kami dan cam marah² kami cakap bahasa dia, sampai la dia keluar tram sambil tenguk kami dan bising². Saya hanya pandang dia sahaja tanpa senyum dan buat apa², sebab kalau tak pandang nanti kalau dia nak hentak kami pun, so kami dan prepare silat . Lepas pakcik tu keluar ada sorang kakak ni senyum pada saya dan body language dia cam cakap “tak payah layan” pakcik tu haha..

Turun bas , cari pejabat , tapi cam biasa sesat gak dalam 30 minit nak cari pejabat yang menguruskan penginapan kami. Bila anda sewa hostel atau apartment. Kebanyakan mereka menggunakan bangunan lama atau bangunan² kedai. So pada mulanya memang agak mencabar juga lah.. Kena rajin dan banyak bertanya.

Ini view dari pejabat apartment kami . seberang satu blok je dari apartment kami. Actually saya suka bilik apartment ni sebab suhu dia dah centralize kan.. so sejuk dia cam cameron je haha..

Ok berbalik pada kejadian aku menyumpah si pick pocket yang siap tunjuk spender dia, konon cam nak tunjuk yg dia tak ambil duit kami tu..Sampai di hostel. kami take a breath n muhasabah. +-RM60 juga la budak tu kebas. So sebelum tido saya berdoa agar Allah lindungi kami dan semoga di hari esok dan seterusnya akan lebih cun melecun tuk kami.

General rule kalau nak pilih accomodation kat sini adalah pilih kawasan yang dekat dengan pusat bandar dan dekat dengan pengangkutan awam. Hostel yang kami book terletak dalam kawasan bandar (belah Pest, disctrict no. 7).

Hari ke 2  dan hari ke 14 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Alhamdulillah hari ni bangun. kami lupakan semua, dan jalan² di Budapest.

Itinerary day 14 & 15
• Breakfast, walk around the town
• St Stephen Basilica
• Opera House
• Chain Bridge
• Fisherman’s Bastion
• Matthias Church
• Buda Castle
• Citadella (To see the great view of Budapaest from top)
• Go back to hostel at Pest area
• Vajdahunyad Castle – Romanesque church, the gothic castle, the reinassance
• Free and easy, take breath and smile 

Budapest ni adalah negara yang banyak bangunan lama. Kebanyakannya >100 tahun. Lagi tengah, lagi lama. Lift pun pintu dia kena bukak sendiri. So jangan expect bangunan baru / berkilat kat Budapest. Pergi Melbourne atau New York kalau nak macam tu. Bandar ni memang unik dan ada identiti sendiri. After all, kita travel nak tengok benda berbeza. Bukan nak tengok benda sama yang ada dalam negara sendiri.

Stesen Keretapi Budapest Keleti merupakan terminal keretapi utama antarabangsa dan antara bandar di Budapest, Hungary. Stesen ini terletak di Rákóczi út berpecah menjadi Kerepesi Avenue dan Thököly Avenue. Keleti pályaudvar diterjemahkan ke Eastern Railway Terminus. Hari ni agak mencabar juga. Kami berulang naik tram di antara Keleti train terminal dengan Nepliget Bus Station untuk cari tiket bas esoknya ke Sighisoara, Romania. Kami tanya bas di Nepliget harga tiket 90€.. Sebab bas memang satu sehari nak ke Sighisoara.. So kami ke Keleti nak tenguk harga tren.. Alhamdulillah ada tren esok ke Sighisoara 19€. FYI, tiket dari Budapest ke Bucharest Romania lebih mudah cari sebab antara bandar ke bandar. Tapi untuk ke Sighisoara ni cam agak mahal dan susah (limited) sebab Sighisoara ni cam kampung pendalaman. (Camtu la kisahnya).. Lepas da settle tiket untuk ke Sighisoara esok malam. Kami mula round² Budapest..

Boleh check harga dan timetable train di SINI

Subhanallah semuanya smooth dan cuaca sangat cantik. Kami meneroka kawasan Old Town yang da cam Fairy Tales. Serious cantik sangat di atas bukit. Ada sejarah penaklukan Turki Uthmaniyah di Hungary. Rupanya islam dah pernah sampai ke sini suatu ketika dulu. Sayangnya tak lama.

St Stephen Basilica adalah basilica Roman Katolik di Budapest, Hungary. Ia dinamakan sebagai penghormatan kepada Stephen, Raja pertama Hungary (c 975-1038), yang tangan kanannya ditempatkan di dalam reliquary. Ia adalah bangunan gereja yang keenam terbesar di Hungary sebelum tahun 1920. – wiki

Jom hiking ke Buda Castle. Buda Castle adalah istana sejarah dan kompleks istana raja-raja Hungaria di Budapest. Istana ini kini menempatkan Galeri Nasional Hungary dan Muzium Sejarah Budapest. Jenuh memanjat nak oiii…Kalau minat muzium, Budapest tempatnya. Saya tak minat. Tapi apa yang pasti, sebab bangunan muzium semuanya bangunan lama, interior dia memang grand dan cantik. Serius.

Ada orang besar nak datang katanya.. Tapi malas plak nak menunggu.

Nah mak belanja muka mak segabak..Belakang tu Gereja Assumption dari Istana Buda  yang lebih dikenali sebagai Gereja Matthias. Mattias Church adalah sebuah gereja Katolik Roman yang terletak di Trinity Suci Square, Budapest, Hungary, di hadapan Fisherman Bastion di tengah-tengah Istana Buda. Menurut tradisi gereja, ia pada asalnya dibina dalam gaya Romanesque pada tahun 1015.  Ia adalah gereja terbesar pertengahan Buda abad pertengahan dan gereja ketujuh terbesar di Kerajaan Hungary zaman pertengahan. Serius cantik betul bangunan-bangunan kat sini..

Kasi chan amirah nak berangan

Semuanya tempat tarikan pelancong di sini.. Korang wajib datang sini sebab cam fairy tales..yuhooooo..

Landmark yang kena pergi adalah The Hungarian Parliament, Buda Castle, jambatan lama dan Margaret Island. Semuanya dekat-dekat je. Bandar ni sangat compact. Jadi nak travel antara satu attraction ke attraction lain tak jadi masalah. Dua hari boleh complete jalan-jalan sekitar bandar Budapest.

So kalau pernah terfikir nak pergi sini, just go. 2 hari 1 malam dah boleh complete semuanya. Kos makan dan tempat tinggal memang lagi murah berbanding kota lain di Eropah. Once in a lifetime punya destination kalau nak cuba something new in Europe.

Kat sini ada Starbuck. So kami masuk cam biasa nak menghangatkan badan..sejuk sangat kat luo tu. Sambil tu gunakan kemudahan Internet yang ada. Nak cari kedai makan halal..Saya cadangkan if nak google makan halal, baca review dan bagi pandangan saya cari yang ada logo atau tulisan HALAL di menu book dia atau di kedainya..Sementara kami sedang minum air, ada sorang mamat dari Iran tegur kami, borak punya borak. dia cerita dia pernah belajar di University Malaya so dia banyak belajar tentang budaya orang Malaysia. Dia da duduk di Hungary 5 tahun dengan isteri dia dan ada buka Restoran Halal. So dia bagi alamat kedai.

Kat sini gak melambak kedai² souvenir..tapi kami tak masuk. So tak pasti harga

Buda Castle

View dari atas Buda Castle

 

Fisherman’s Bastion memiliki tujuh menara yang menggambarkan tujuh suku Magyar, suku asli di Hongaria. Dinding Istana Buda dahulu dilindungi oleh para nelayan. That why lah bangunan tersebut dinamakan Fisherman’s Bastion.

All FREE kalau nak jejalan kat luar ni.. Kalau nak masuk Castle tu kena la bayo ye.

Lepas berseronok-ronok kat atas turun bawah cari bas . Cari Labenese restaurant. Google jer..

5200 HUF = RM71+-.  😂

Sumpah makanan dia sedap lagi-lagi dia bagi sekali Lemon Tea panas..arghhhhhh rasa cam berada di iklim khatulistiwa (over). Biasanya potion mereka bagi memang besar so kami share. Aku tak tahulah Amirah cukup ke tak. Aku tak pernah tanya. Harga dia pun boleh tahan gak mahal bagi traveler ciput cam kami..tak pe la sekali sekala..

Sambung berjalan ke Széchenyi Chain Bridge. Budapest merupakan ibu kota bagi Hungary dan ia terdiri daripada dua bandar kecil yang disatukan pada tahun 1873. Bandar berbeza tersebut adalah Buda dan juga Pest yang dihubungkan dengan Chain Bridge. Sungai Danube di Budapest ini juga simbol kepada negara tersebut kerana ia memisahkan Buda dan Pest sebelum kedua-duanya digabungkan untuk menjadi sebuah bandar besar. Nak explore Budapest mudah jer. Beli pass day dan boleh cover semua tempat tarikan pelancong dengan public transport.

Malam di Budapest..Széchenyi Chain Bridge.. Cantikkan.. Dah aku kata budapest ni cantik memalam dengan lampu-lampunya. Guys, di budapest selamat kalau berjalan malam-malam sebab orang sentiasa ramai but still kena berhati-hati juga ye terutama solo backpackers perempuan..

 

Hari ke 3 di Budapest dan hari ke 15 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Pagi² kami dah check out. Suhu memang negatif pagi² ni. Nampak tak dekat gambar tu.. Ada movie baru bertajuk NORA 😂. Angkut Bag semua ke Keleti Train Station.

Budapest Keleti Train Station

Dalam Train station ni ada tempat nak simpan luggage so dun worry. Kami ambil saiz sederhana boleh sumbat 55L backpack dan satu bag trolley. 3€. Please make sure uols ada duit syiling euro bebanyak pun x pe. Simpan untuk kegunaan cam simpan bag (guna machine) dan bayaran sumbat luggage dalam bas.

Ni atas tasik ni mereka skating..tasik membeku..Vajdahunyad Castle adalah sebuah istana di City Park of Budapest, Hungary. Ia dibina pada tahun 1896 sebagai sebahagian daripada Pameran Milenium yang merayakan 1,000 tahun Hungary sejak Penaklukan Hungaria di area Carpathian pada tahun 895. Castle ini direka oleh Ignác Alpár untuk menampilkan copy paste beberapa bangunan mercu tanda dari pelbagai bahagian Kerajaan Hungary, terutamanya Istana Hunyad di Transylvania (sekarang di Romania). Oleh kerana istana ini mengandungi beberapa bangunan dari pelbagai masa, ia memaparkan gaya seni bina yang berbeza: Romanesque, Gothic, Renaissance, dan Baroque. Pada mulanya, ia dibuat dari kadbod dan kayu, tetapi ia menjadi sangat popular sehingga ia dibina semula dari batu dan batu bata antara 1904 dan 1908. Hari ini, ia menempatkan Muzium Pertanian Hungary, muzium pertanian terbesar di Eropah. – wiki

Sambil melintas, sambil menye’snap’ di Liberty Bridge. Aku suka betul bridge ni, ala² San Francisco 😜.

Aku tak paham. kenapa pokok ni je yang semangat berbunga siap berbuah lagi time winter. Sedangkan pokok² lain da rentung..

Kami explore Citadella di atas bukit. SubhanAllah cuaca cun juga dan cantik betul. Tapi Citadella ni atas bukit.. Amirah tak naik. So saya sorang naik dan Tak rugi. View sangat cantik. boleh tenguk Budapest keseluruhannya. Kata atas ni akan ada orang cam bejudi, main teka² apa tah. Ada sanggup taruh beribu euro..Aku tenguk penipuan kat sini..so jangan sekali² terjebak.. memang hangus. Depa memang target pelancong. Nanti kalau dah terjebak, ko akan ketagih.. bila ko labur duit sikit..dia akan bagi ko menang. pastu ko akan labur banyak dan ada muslihat di situ dan dia akan buat ko kalah. terduduk..

Jambatan Erzsébet adalah jambatan terbaru Budapest yang ketiga. Ia terletak di bahagian paling sempit Danube, jambatan ini hanya berjarak 290 m.

Satu lagi tempat bersejarah di Budapest ialah Gellért Hill, yang dinamakan sempena pemimpin bernama Gerard (Gellért) yang dibuang dari bukit hingga mati oleh orang-orang kafir semasa perang melawan Kristian pada tahun 1046. Patung pemimpin memegang salib kemudian dibina menghadap Elizabeth Bridge. Patung ini boleh dilihat dari pelbagai sudut kawasan Perosak.

Kemudian di puncak bukit Citadel (Citadella), sebuah kubu yang dibina oleh Dinasti Habsburg selepas mengalahkan Hungaria dalam perang tahun 1849. Pada tahun² kemudian, Citadel dikenali sebagai lokasi strategik untuk menembak di kawasan Buda dan Perosak semasa pemberontakan, maka ia menjadi titik pemeriksaan tentera, penjara, sehingga pelantar peluru berpandu. Sekarang, Citadel adalah tempat menarik bagi pelancong untuk mengambil gambar dan mengenali sejarah Budapest.

Bandar ini juga mempunyai pelbagai patung dan karya seni untuk mengingati sejarah pendahulunya. Sebagai contoh, sebuah peringatan dalam bentuk patung kasut yang berbaris di sungai Danube. Barisan kasut ini adalah peringatan bagi orang Yahudi Hungary yang ditembak mati pada tahun 1944 dan 1945.

Mangsa korban berbaris di pinggir sungai dan ketika ditembak mayat mereka jatuh ke sungai. Mangsa korban sengaja melepaskan kasut mereka sebelum ditembak, kerana pada waktu itu kasut dianggap sebagai barang berharga. – wiki

one of  budapests most moving memorials shoes on the danube

Liberty Bridge adalah jambatan jalan raya paling selatan ketiga di Budapest, yang terletak di hujung selatan Pusat Bandaraya. Ia panjang 333.6 m dan lebar 20.1 m. Bahagian atas empat tiang dihiasi dengan patung² gangsa besar Turul, burung seperti burung helang, yang terkenal di mythology kuno Hungaria. Jambatan itu dibina antara 1894 dan 1896 kepada rancangan János Feketeházy. Walaupun strukturnya berbeza secara radikal, jambatan itu copy garis besar jambatan jenis rantaian, yang dianggap sebagai bentuk estetik yang lebih baik semasa pembinaan.

Antara public transport yang unik di Budapest

   kat sini serba serbi murah kalau nak bezakan dgn Croatia hehe.. kami dapat makan 2 kedai Halal kat sini. Make sure kalau nk makan tenguk ada tulisan Halal di kedai atau menu dia. Walaupun kedai tu kedai turki ke apa tapi belum tentu halal. Kalau tanya depa semua dia kata Halal (sebab masa kat starbuck jumpa Iranian (pernah study di UM) so dia share tips and tempat makan halal di Budapest). Now kami lunch di restoran dia.. Tak ingat apa nama dia haha..alamat yang dia bagi pun da hilang. my bad. Jangan lupa minta password wifi di kedai ni..Search nak solat di mana dan lepak sementara nak tunggu Overnight Train jam 10.52pm.

Kami pilih Al-Huda Mosque. Jauh skit dr city . Saje nak menghabiskan masa lagipun guna pass. lenjan la..Masjid ni dalam bangunan lama. Bila masuk ada beberapa jamaah. Kami ke ruang solat wanita small but nice toilet dia dekat bawah super selesa. ada air yang banyak haha.. tapi ko nak main air time sesejuk ni tak la kan. Kami solat Jama’ Zuhur/Asar dan lepak sehingga Solat Jamaah Marghrib bersama Muslim Hungarian dan kami sambung tunggu hingga ke Isya sebab dekat sgt masa dia..so tak menghalang.  Lepas solat sempat explore supermarket LiDL beli coklat dan bread. Naik tram dan explore City sekali lagi di waktu malam.. super cantik dan super sejuk.. Beautiful Budapest..

Sementara nak naik overnight bus ke Sighisoara kami menikmati suasana malam di Chain bridge. da macam San Francisco da haha. Persepsi awal saya pada orang Hungary ni ialah mereka lebih kurang macam Russian. Agak closed & not friendly to foreigners.Ada beberapa event yang buat saya ubah persepsi terhadap mereka. Sini diorang tak amalkan ketuanan orang putih terhadap Asia macam saya. walaupun mereka ni tenguk atas bawah tapi mereka baik.

Serius Keleti Train Station ni cam ala² cam konsep Harry Porter pun ada. Sesuai buat lokasi Movie hehe.. Lepas ambil bag di loker. Kami terus naik tren ke Sighisoara

Please follow seat ikut number yang di beri. Sebab ada berlaku drama bila mereka bertengkar sebab ada orang duduk seat mereka ermm. Train ni very OLD dan SLOW dan baynak station dia akan stop..

Budget:
• 72hours pass day – RM80
• Locker Luggage – RM7.80
• Synagogue Premium Central Residence Hungary (2xNight) – RM100

• Tiket train Budapest to Sighisoara, Romania – RM90

(semua harga adalah harga semasa kami di sana) So jangan nak argue kenapa harga tiket awak mahal kenapa harga tiket saya murah.. kang kena lepuk kang.. Mak bukan marah tapi da nama pun travel over de sea. kita main dengan logik akal ye.

IG Highlight – noratajharun

Sambungan trip balkan kami di Sighisoara dan Bucharest, Romania