Daylight Saving

Daylight Saving

LONDON – DUBLIN – CORK IRELAND

Bismillahirrahmanirahim

lepas solat subuh kat dalam airport ni and lps security check, kami dengan lenggang kangkung anak kak limah siap breakfast santai2 tetibe tringat “didee, kan hari ni Daylight Saving” didee pun tgk jam dia..pastu kami berlari2 sbb time tu da nk kul 6pg..mean kalau flight kita kul 7..da jadi kul 6.. diawalkan sejam..
gelabah giler , da la jauh gate dia..paling hujung..pastu tgk masih ada yg beratur, cam perghhh lega berpeluh2 ko haha..kami org paling last la naik..haiii keje giler..

itinerary

ryanair pyer security check dia mmg ketat..kasut , tali pinggang semua kena buka..terlondeh la suar ko..pastu asingkan sesiap liquid, klu x, ko mmg mengundang kemarahan staf situ, sbb tu service derang laju..

Good Bye LONDON..dlm flight didee tido..saya mmg x leh nk lena..kdg2 saya jeles tol dgn org yg senang tido ni..perjalanan amek masa sejam je..cam eh eh da smpi airport Dublin..

lepas melalui security check, amek luggage then cari Huda (student medic kat Univ Cork Ireland), terharu sbb huda dr cork (3jam naik bas) dtg sini semata2 nk sambut kami, nak kata dtg amek kami x sbb dia naik bas haha..ok bye..

ok then da jumpa huda..saya excited tp dia rilex je..mmg didee n huda mmg muka x de perasaan..kesian sape kawan dgn dia..hehe..(joke) kami terus cari kaunter (dalam airport) untuk ambil kereta sewa (procuder sama je masa sewa kereta kat sheffield ari tu) print sesiap booking yg dia da email..

g kaunter then huda tanya staf situ..ok so kami follow huda (maklumlah tuan rumah), menuju ke car park KONON nya tempat nak amek kereta..pastu tunggu punya tunggu, huda kata x pe dia n didee g kaunter tu..saya tunggu la kat car park yg sejuknya hanya ALLAH je tahu..hampir 45 minit, tgk mereka x de..pastu saya masuk balik airport tgk kat kaunter mereka x de..dalam ati saya eh bebudak ni g mana, x de la pikir yg dia akan tinggalkan saya sbb depa sayang saya cewah..nak call x de no Ireland..adoii..whatsapp pun x dpt..x tau nape connection failed time uh..

saya g patah balik tunggu kat car park tu, pastu dlm 15 minit nampak huda tergelak2 “cikgu sorry, anak dgn didee kena ambil kereta sewa cam jauh tempatnya bkn kat sini, ana da la menyamar jd cikgu, so nk x nak kena la acah2 pandai drive bagai.” saya yg cam “sampai hati tinggalkan cikgu kesejukan kat sini”..nak tergelak pun ada dgn derang ni..rupanya bkn kat car park dekat dgn airport tu, uols kena naik bas/van yg disediakan utk ke tempat kereta tu..“mana didee?” tanya saya..”didee tunggu dalam kereta, yaALLAh cikgu kelako giler, kereta manual, enjin asek berhenti je, kitaorang mana pandai bawak kereta manual”..haha lawak berdrama btol uols ni..pada mulanya mmg plan dari London turun airport Cork tp harga tiket bila kira2 balik +- cam mahal..so sambil dengar mereka bercerita, kami bergerak ke Cork dan ambil masa 3 jam lebih, Cam base driving standard ikut mesia belah kanan n lesen mesia laku kt sini. 

cuaca mmg x leh nk di jangka..nmpak tak langit  tu ..kat sini mendung..kat sinun cerah..

kul 11am..lapar..skat highway..singgah RnR dia  Junction 14 mayfield, beli sandwiches and coffee..rehat sebentar..saya tido berapa jam je dr smlm..mmg ngantuk tahap kolestrol tinggi..

 yeahh tu dia da masuk perkarangan rumah sewa huda..

Lps drop barang dan solat kt umah huda dan beramah mesra dgn housemate huda semua..semua pelajar jurusan medic made in Malaysia..bestnya Ukhwah mereka semua..best2..meriah dalam umah ni maybe sbb ramai dan medic (x memasal)… Kami gerak ke University Huda..cantik view dia..
dari parking nak menuju masuk ke university of Cork tempat huda blaja..slalu huda post gambar dia je dan saya selalu saya cakap cantiknya univ dia , skrg saya sendiri berada di sini..seriously mmg cantik dengan gaya tersendiri..
kalau dekat mesia la ada univercity camni dgn bangunan yg x bercat dan lusuh, sure mak bapak x nak anak dia study sini even univ ni paling bagus..”eii ada momok”..erm kita kena ubah cara mendidik anak2 kita.. apa yg saya lihat mereka kat sini sgt la bangga dan menghargai sejarah dan bangunan2 lama..kita kat mesia terlalu terikut2 dg cara moden JEPUN contohnya sampai kita lupa KAMPUNG tu apa..ok dah nasihat hari ni..
University College Cork – National University of Ireland, Cork (UCC) di tubuhkan dari tahun 1845..wow dah 171 tahunbagi saya bangunan ni amazing cantik..pada masa kami sampai student x ramai sbb tgh cuti kot..
bilik Mr. President..sempooooi..
hujan bersama matahari..

Pastu gerak ke Ballycotton dr city dlm sejam. Tp sepanjang nk kt situ ada gak stop sbb view chantek sgt subhanallah. .

mula² agak scary bila lalu kawasan cam sunyi sepi cam lagi² laluan cam klu kereta depan lalu ko kene berhenti tepi bg laluan haha..tp trust kat GPS..

pastu jumpa tempat cannntik gilos..ni belum sampai bally cotton lagi , so bila da lalu n cantik..maka kami stop by jap..

ok da sampai ballycotton..Ballycotton adalah sebuah perkampungan Seaside resort di County Cork, Ireland, terletak kira-kira 25 batu east Cork city.

parking penuh so menapak jauh gak..x pe exercises

nak kawen da budak ni..

saya suka gambar ni..

23 years old versus 40 years old..naik bukit cungap..

Ballycotton Island with seagulls by Colm Sliney

cara lanskap umah mereka hehe..ok la dr x de..by the way super cute

Huda suka bercerita tentang plan dia next next and next..bagus betul huda ni..still rasa cam bermimpi saya da sampai sini malah dpt hangout dgn Huda di tempat dia menuntut ilmu..wow cepatnya masa berlalu..pastu da lepak2 tepi laut n tgk umah api..kami gerak ke Bandar Cork..isi perut..Bandar dia kecik je..tapi bawak kereta berpusing2, conpius mak..

Huda bawak kami makan kat Halal Food Restoren ‘Chili Padi’ owner dia orang thai..sedap oo mknn dia..Huda blanja..TQ Huda..Aiskrim dia boleh refill..yg 2x refill cam bisa si Didee, saya x paham kenapa dia x paham yg sebenarnya skrg musim sejuk..

Cork bandar yg kurang sebuk dan sangat tenang.. cam base “jom
migrate”.. rate harga mkn kt sini agak mahal skit dr UK..kt sini guna
matawang EURO..

bila ko da duduk lama dekat bandar sesebuk KL, then bila ko g Cork even bandar dia..ko rasa hari2 ko akan sebut nk migrate sini.. reality..