Istanbul, Turkey

Istanbul, Turkey

Trip Balkan Winter 🇹🇷

“Andai Bumi ini adalah sebuah negara, Istanbul 🇹🇷 pasti menjadi ibu negaranya.” ~ Napoleon Bonaparte.

Trip Balkan Winter (Istanbul, Turkey) Day 21

 

Now saya paham kenapa terlalu ramai pelancong datang ke Turkey terutama Malaysia.

1. people dia yang baik dan sangat mengenali Malaysia dan mereka boleh cakap basic melayu bg tujuan bisnes.. mana² u akan dengar “Malaysia..Malaysia” haha sama macam saya ke Bosnia. semua kenal Malaysia..

2. Mereka berjaya kekalkan dan setia dengan warisan dan sejarah melalui binaan Masjid², basilika, katedral dan bazar yang berabad² lamanya, scenery dia pun x kurang menjadi kebanggan Turki seperti di bursa Cappadocia, konya & pamukkale.

3. Makanan halal mudah dapat kat sini. Walaupun Turki negara sekular tapi 90% makanan adalah halal. Yang penjadi perhatian ialah turkish delight dia, baklava dan lain². Saya kenyang makan sample dia je haha..saya just suka kopi dia je haha (beli 3 paket ottoman kopi)..manisan dia terlalu manis buat saya tapi memang sedap. serba serbi mahal kat sini.

Sampai di Istanbul dan nampak bendera Turkey sebesar alam dari dalam bas membuatkan perasaan saya bercampu baur. Rasa bersyukur, pelbagai rasa lah.. Tak tahu kenapa?.. Maybe sebab ini adalah negara terakhir pengembaraan kami hampir sebulan or ini negara Islam yang semestinya mewah dengan budaya dan makanan or ini adalah negara yang penuh dengan kisah sejarah Islam yang masyur or negara yang penuh dengan keunikan dan kecantikan alam semulajadi yang canti. Thank You ALLAH di atas nikmat yang di beri.

Bas METRO akan stop di Metro Bus station. Untuk ke SultanAhmet, kami kena tunggu dan naik shuttle bas. Dan yang x bestnya shuttle bas ni tak stop betol2 di train station. Alhamdulillah ada seorang brother dari Palestin (pic atas) bantu kami jalan ke train station..agak jauh gak around 1.5km. Di sini kami beli Istanbul card share je 2 orang untuk satu card.

Selesai check in dan berehat sekejap..Kami keluar explore Istanbul. Ya ALLAH punya lah ramai tourist kat sini..tetiba rasa alamak cam x best pulak..haha..

Hostel kami berdekatan dengan tempat² attractions so jalan kaki je.. 4 me kalau setakat di dalam city Istanbul. Tak perlu follow pakej. boleh jalan sendiri dengan tenang dan mudah cuma perlu sedikit research.

Itinerary day 20-24
• Blue Mosque
• Hagia Sophia Museum
• Sultanahmet Square
• Topkapi Place
• Miniaturk
• Suleymain Mosque
• Hafiz Mustafa
• Istiklal avenue
• Taksim Square
• Spice Bazaar
• Grand Bazaar
• lepak kt tepi laut eminonu

1st place yang kami pergi ialah Blue Mosque..Dah plan amek wuduk siap² dari hostel dan nak solat zuhur berjamaah di sini..

Antara makanan yang sempat saya layan di Istanbul..
.
‘Simit’ Snek jalanan yang sangat popular dikalangan orang tempatan. Nak lagi layan korang boleh pilih yg ada Nutella. Di Sultanahmet harga simit TL4 with Nutella.

Sebelum menjadi Masjid, Hagia Sofia ialah gereja for umat empayar Kristian Byzantine selama 900 tahun. Pastu datang Sultan Muhammad II a.k.a Al-Fatih dengan bantuan hanya 265 orang berjaya menakluki kota Byzantium/Istanbul dan memerintahkan Hagia Sofia menjadi Masjid Aya Sofia selama 500 tahun. Then Mustafa Kemal Ataturk (Bapa republik sekular Turki) mengubah Aya Sofia sebagai Muzium (sampai hati kau kemal) 😥. Apapun history Aya Sofia.. memang aku takjub dengan pembinaan Aya Sofia ni walaupun da banyak kali repair sebab gempa bumi.

Topkapi Place –

Istana Topkapı di dalam bahasa Turki bermaksud “Istana Pintu Meriam”. Ia terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara.

Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000 m2. – Aku kalau hari2 mengadap dinding marmar ni boleh jadi stress gak..Tapi seni bina dan kretif tu mmg perghh..

Hagia Irene or Hagia Eirene, sometimes known also as Saint Irene, is a Greek Eastern Orthodox church located in the outer courtyard of Topkapı Palace in Istanbul

The fountain kiosk of Ahmed III is in the place of a Byzantine fountain known as Perayton.[citation needed] Another fountain, built during the Byzantine Empire stood on the site before this fountain.[1] The architectural features of the exterior reflect a synthesis of traditional Ottoman and contemporary western styles.

Manisan paling popular di sini off course kedai Hafiz Mustafa..Ya Allah mmg melambak pilihan..memula saya ingat cam oiii mahalnya..tapi bila tenguk dekat Grand Bazzar, harga dia cam +-..

Banyak lagi makanan² turkey manisan² yang sedap² cam Lokma, Kebab (yang ni mmg da x beli kat Turkey sbb sepanjang pusing balkan mmg menu kebab je), Dondurma Aiskrim, Kumfir, Kunefe @amirahafit je yg makan ni.. dan byk lagi.. so jangan bawak magie bila ke Istanbul kecuali anda mmg tak boleh hidup dengan sejenis magie 😜👹

Grand Bazzar 1461 usia bangunan ni ..Penuh orang . If you guys nak cari barangan tempatan cam kain fabrik, hasil seramik, kraftangan, cenderamata, rempah ratus, dan pelbagai jenis makanan tempatan. Jika anda bercadang untuk membeli cenderamata kenangan dari Turki, disinilah tempatnya.

Baklava sejenis manisan yang sememangnya manis potong kaki. Baklava Turki lebih moist. Di Turki mereka tak kedekut kekacang, kekacangnya lebih dari pastry sampai nampak hijau pistachio tu terang benderang.

Saya kurang minat sikit dengan manisan² ni tapi da sampaikan beli la cecampur kotak paling kecik cam kat atas ni dalam RM30..Dia ikut per gram..Saya kenyang makan sample² yang mereka hulur² 😂😂😂

Apa yang saya perhati di sini. hampir 95% yg bekerja dlm bidang perniagaan adalah LELAKI. tak kira la kat kedai makan ke. kedai desert ke. kedai serbaguna ke mmg lelaki je..perempuan jd teacher n jaga anak kot haha sebab mmg x nampak cume nampak tgk bwk anak n shopping haha..nak kawen dgn org turki la..

 

Hari ke 2 di Istanbul, Turkey dan hari ke 23 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Hari ni lepas solat subuh..lepak2 the tetiba snow turun dengan lebatnya dari tingkap bilik kami..haha..jam 11 kami check out tapi minta letak Luggage di office hostel. Lagipun nanti kami akan kembali semula di sini sebab kami ambil service Airpot shuttle dengan owner hostel gak..ok la harga 5€ sorang. Actualy kami tak guna Istanbul Card tu pun so kami plan nak ke Spice Bazar naik tren haha..padahal jalan pun boleh..

Spice Bazzar

Macam biasa Coffee Ghost.. Sedap Ottoman Coffee dia..

Kahve atau kopi atau coffee. Kopi turki ni memang lain dari kopi malaysia dan juga kopi yang dibrew menggunakan coffee machine. Cara nak buat kopi ni diorang akan campurkan serbuk kopi dengan gula dalam bekas timah lepastu didihkan perlahan-lahan. Pekat likat intense. My fav.

Kat luar Spice Bazzar ada sederet kedai2 jual macam² lagi cam cheese, spices, buah²an manisan², dries fruits dan macam2 la tu snek masuk dalam mulut..

Restoran nasi campur ni korang boleh dapatkan dimana-mana sahaja di Istanbul dan sesuai untuk orang yang tak boleh tinggal nasi. Tapi nasi campur mereka bukan macam kat Malaysia yang kaya dengan belacan dan ulam-ulam. Mereka kaya dengan rempah ratus dari timur tengah.

Depan Spice bazzar boleh lepak kt tepi laut Eminonu. Kat sini la yang viral kalau nak makan seafood bakar atas kapal tu..Terhibur saya lihat Seagull terbang banyak di sini..

Kalau nak makan under bajet pun boleh g kedai² kecik di area nak ke Masjid Suleymaniye. Kalau dekat Sultanahmet memang x mampu haku. Pastu depa ni amalkan kita kena bagi tips.. ada sekali lepas makan depa pulangkan syiling hampir 10lira then depa suruh aku masukkan semua syiling tu dlm tabung tips dia..no no🤣

OTW nak ke Masjid Suleymaniye akan jumpa banyak2 kedai dan sini lagi murah..

Speechless..memang cun..takjub sebab Masjid Suleymaniye siap ada garden dan subhannallah super teruja..Posisi masjid di bukit menjadikan pemandangan bandar terlihat tanpa halangan bangunan lain. Pemandangan lautan ke Menara Galata dapat dilihat di jauh. 

Kerajaan Ottoman sangat terkenal pada zamannya,  hingga kini.

Kepopuleran Sultan Suleyman yang juga dikenal sebagai Raja Sulaiman memang menjadi sebahagian dari sejarah perkembangan peradaban Islam di Turki.

Salah satu yang menjadi peninggalannya adalah Masjid Suleymaniye atau yang lebih dikenal sebagai Masjid Suleyman the Magnificent.

Masjid ini menjadi salah satu masjid termegah di Turki, selain Hagia Sophia dan Masjid Sultan Ahmed.

Suleymaniye dibangun pada abad ke-16 oleh Arsitek hebat Mimar Sinan yang dipersembahkan sesuai keinginan Sultan Suleyman.

Masjid megah itu merupakan salah satu contoh terbaik gambaran arsitektur Islam di Istanbul.

Alhamdulillah dapat solat Ja’ma di sini.. Serius cantik tahap mengucap..tenang semua ada kat sini..

Mereka di sini suka tanya nama kami. so saya cam “just call me AISYAH” haha nama yang senang mereka nak ingat. dan bila mereka panggil saya AISHAH dengar cam soft je tetiba haku ni haha lol..ok kat sini, internet x mesra, agak sukar utk backpaker cam kami dan kami byk bertanya local.

masih terngiang² makan roti cicah sup kentang panas². arghhh sedapnya..Last meal kami di Istanbul..Super sedap dan murah.

Beli tiket balik ni 3 bulan sebelum fly.. Alhamdullillah masa search ada plak Royal Jordan buat offer RM1300+..so ok lah tapi 2x transit dan perjalanan yang agak panjang..Kami guna 3rd party website GOTOGATE.. bagi yang tanya boleh percaya tak 3rd party ni..for me ok je..Lepas beli online tiket flight..Go to gate akan hantar email booking. then tunggu 48 jam ..korang boleh call Royal Jordan Airline Malaysia dan cuba sahkan booking tu mean bagi dia no booking tu dan suruh dia cek..

Mei Ling Solo traveller dari Ipoh..

Makanan Royal Jordan mmg bukan pilihan saya.. Bila naik MAS dr Bangkok ke KL baru selera dapat makan mee goreng.. OHhh Malaysia

Alhamdulillah

27 Disember malam baru kami touch down di KLIA. Naik bas dan grab dr KL Sentral..Sampai rumah jam 12pagi masuk 28 Dis haha.. Bestnya cuaca Malaysia..

Kulit saya kering dan banyak luka2 tercatat di badan huhu..kaki jangan cerita la ..nak hilangkan bau tu sampai berminggu haha..ye la da 24h berstokin selama 25hari.

Full Itinerary DISINI

Budget per person:
• Istanbul Card – RM10
• Bereket Apart Hotel (2x Night) – RM98.00

IG Highlight – noratajharun