Krabilicious & Krabication

Krabilicious & Krabication

Day 1

Krabi adalah sebuah wilayah yang terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Anyone yang ingin bercuti ke luar negara dengan bajet yang murah, Krabi salah satu destinasi pilihan yang awesome untuk anda bercuti. Anda boleh memandu kereta sendiri, atau menaiki bas ataupun tren untuk ke Krabi.

Kali ni saya pergi Ber 5 termasuk Mak mench last minutes gantikan kakak mench..Bajet dan Itinerary di KRABICATION – Itinerary

Flight jam 1.20pm. Nak selamat solat jama’ nanti da tiba di sana sebab sejam je. tapi yang best kami order makanan dalam flight sebab tahu x sempat punya nak makan sebelum ke KLIA2 dan ke KRABI nanti..

Tiba di airport dia super cute tapi jangan di pandang sepi sebab banyak Airline landing kat sini tau means airport ni bukan calang2 hebatnya tapi x lah sehebat Changi Airport tu..Ok back ti back sampai je airport akan ada byk kedai² tourist yang akan offer pakej, so kawtim dengan depa.. make sure korang da buat reseach harga so x de la kena auta dan boleh buat comparison. Lepas deal transport (kami hanya ambil pakej airport transport pergi balik dari Hotel je, Pakej tour island ke apa kemudian, sebab hasil research ramai suggest ambil di deretan kedai melabak di AONANG (nama pekan di KRABI)

Sampai hotel. Lepak, solat dll.. petang hujan so agak terhad pergerakan tapi gerak juga.. Hotel yang kami stay ni bukan di AONANG tapi dia ada sediakan free shuttle dan ada time dia..

Penginapan try duduk di Aonang Beach. Boleh tenguk sunset di pantai Aonang.

Before cari makan, kami cari pakej untuk esok. oleh sebab hujan, so malas nk merayap sana sini survey pakej, but for me pakej ni da ok dah.. so BOOKED..DONE

Boleh nego sehabis habis² harga pakej dengan agen. Melambak tour² agen untuk pakej di sepanjang jalan di Aonang. So pilih mana yang berkenan.

All about nature and food. Kalau ke Krabi, jangan risau pasal makan sebab 80% Muslim dekat sini. Banyak kedai makan Halal di sini. Ada yang boleh bercakap melayu slang Klantan. Must try pancake banana cheese & tomyam.
.

Street food yang wajib di cuna.. Phadthai dan Pancake

Melambak jual simcard. Ni dekat 7Eleven tapi kami semua x beli pun. Just nak enjoy time di Krabi without mengadap handphone sepanjang masa.

Day 2

Ada yang tanya.. “Krabi ni pulau ke?” Jawapannya TIDAK.. Cer tenguk Maps kat atas tu..cuma di depan mata KRABI melambak pulau² yang di panggil Koh.. Koh Phi Phi, pelbagai koh la..

 Project hari ni layan KOH ..Island hoping.. Transport ambil depan pintu hotel..Depa ni very ontime.. salute..

Sebelum Island hoping.. super ramai manusia.. kami melepak2 tepi pantai sambil layan cookies dan sebagainya dari OKPOPROJECT.. cer jenguk IG OKPO

Route kami untuk hari ni Bamboo Island, Viking Cave, Lohsamah Bay ,Pileh Bay , Maya Bay , Monkey Beach, Phi Phi Don

 

Banyak tempat just sightseeing je.. ada lah 3 x dapat turun berenang² and snorkeling. Tapi sumpah memang cantik view dengan air yang clear.

Setiap pakej memang include makan. makan dia memang sedap sedap dan sedap..memang ikut tekak kita..yang pasti tomyam pasti ada.. dah nama pun Thailand sawadikap

Aku da tak tahu da kat mana kami berhenti haha..yang aku ingat Phi Phi Island je sebab makan.. layan je la

 Island ni besar. Boat man da beritahu kalau nak jalan kena igt balik laluan. Ada satu family dari China ni lost hampir 45 minit.. ermmm paham² betapa stressnya orang pain dalam boat tu sebab ye la panas kan dan ada byk lagi tempat nak pergi.. So moral of the story.. jangan nak memandai.. duduk je diam² dan dengar betul² arahan sebab dalam boat tu bukan semua family ko.. ada ramai pelancong lain berlainan negara dan kena punctual..

Wajib ambil Island hoping like Pakej Phi Phi Island, 7 Island Sunset or banyak lagi dia offer. Serius amazing view dan pengalaman yang superb.

Trip Island Hoping ni dari jam 9am to 4pm..sampai hostel dalam jam 5, sini waktu dia sama macam Sabah Sarawak , awal sejam.. lepas marghrib jalan² cari makan . Jumpa kedai makan ‘MALAYSIA’ haha..layan

 

Day 3

Untuk adventures kami ambil pakej yang ada ATV riding.

Hot Spring terlalu kecil. Tapi memang best berendam. Dari hotel nak ke satu² tempat agak jauh, macam dari hotel kami nak ke Hoy Spring ni je hampir sejam.

Emerald pool memang beauty nature. Nak ke sini kena jalan kaki agak jauh ke dalam.Ramai je jumpa Malaysian kat sini. Kalau naik motor +- dalam 1 jam 30 minit. Kami da masuk dalam pakej so van super selesa..Waktu paling sesuai nak pergi tempat ini adalah waktu tengah hari, sebab masa ni uols akan dapat tengok kecantikan sebenar kolam ni. Berhati-hati ketika nak masuk ke kolam ni sebab permukaan batunya yang licin.

Sumpah sedap hidangan dia..Restoran depan pintu masuk nak ke Emarald Pool. (makanan semua da masuk dalam pakej)

Lagi satu if boleh skip Tiger Caves Temple pun ok je sebab terlalu lama masa di berikan di sini.

Anyway terlalu byk pakej yang anda boleh pilih. Ikut bajet dan 3 malam should be cukup untuk stay di Krabi. .

1st time seumur hidup naik ATV.. Super fun..

Malam dari hostel, saya dan Asma’ berjalan kaki jer cari tempat massage. Saya suggest kalau ke Thailand , g la berurut sebab murah kalau nak compare di Malaysia..

Last day dinner di Krabi.. kami makan di Bamboo restoran.. Sumpah x sedap dan mahal haha..Jangan terpengaruh dengan bamboo dia tu haha.

 

Day 4

Jam 5.30 pagi Van da datang pick up dekat Hotel ke Airport Krabi..Sempat solat subuh. Kami pilih flight jam 8pagi.

Yang kanan sekali tu saje je nak ber ‘ME TIME’ dengan kengkawan. suami jaga anak² sepanjang 4 hari hehe.. Semua ni gang dari sekolah rendah. Connection still sampai bebila insyaALLAH..

 

TIPS..
Service di Thailand sangat punctual so tolong ikut time yang mereka beri. Mereka berbisnes so masa sangat penting bagi mereka. Dan Krabi sangat bersih. Jangan la membuang sampah dan sila follow rules mereka. .

Maybe akan ke sini lagi utk cover new experience macam trekking, sunset 7 islands dan sebagainya. insyaAllah. Kos di sini +- sama di Malaysia malah ada yang lebih murah. Lagi satu wajib ambil peluang Massage. Harga yang tak akan dapat di Malaysia. 😁👍

Pengangkutan utama di sini ialah tuk-tuk. Super fun. Saya lihat mereka membangun dengan rakyat mereka sendiri tanpa bergantung dengan bangsa luar. That’s why kenapa Thailand ini unik dan berjaya dalam pelancongan. Pelancong datang ke sesebuah negara untuk lihat nature dan keunikan tersebut. So harap Malaysia pun kena fikir² kan hal ini.

Kalau boleh bawak Ringgit Malaysia lebih sikit. Elakkan keluar duit dari ATM machine. Better tukar RM ke BAHT di Money changer sebab beza yang amat kalau keluar cash di ATM.

Harga tiket flight ke Krabi super murah so rasanya sesuai yang nak bercuti tetiba tanpa rancang 🙂 😁

IG Story

Itinerary Krabi