Largest City of Germany

Largest City of Germany

Tour Berlin ( History )

Bismillahirahmanirahim

Berlin adalah ibu negara Germany dan ianya sebuah kota metropolitan yang teratur dan jauh daripada hiruk pikuk jalan raya, jem dan kesesakan kenderaan. Dan pengangkutan awam adalah sangat efisien serta harga tiket daily ticket adalah berpatutan dan cover banyak tempat. Disini juga bandar yang multiracial. Dari sini anda boleh rancang ke Hamburg atau ke negara jiran seperti Chezch Republic. Kat sini makanan halal senang didapati…cuma kena keluar ke outskirt skit. Banyak tempat dan bangunan bersejarah yang boleh dilawati.

itinerary saya hari ni

Di sini saya dapat guna wifi free bila duduk berdekatan dgn kedai2 makan camtu..da biasa ada tenet, bila x de mmg gelabah..tp x tau nape simcard vodafon yg saya beli kt Munich tu x cover Berlin ke camne..huhu. So lepas breakfast roti yg beli semalam, saya jalan kaki je menuju ke Fernsehturm Tower, jalan dlm 15 minit..guna google maps download bila dpt wifi..

The Fernsehturm (English: Television Tower) adalah menara televisyen di pusat bandar Berlin, Jerman.

Berhampiran dengan Alexanderplatz di Berlin-Mitte, menara telah dibina antara 1965 dan 1969 oleh kerajaan Republik Demokratik Jerman (GDR). Ia bertujuan kerana kedua-dua simbol kuasa komunis dan Berlin. Ia kekal sampai hari ini, kerana ia mudah dilihat di seluruh pusat dan beberapa daerah pinggir bandar Berlin.  Dengan ketinggian 368 meter (termasuk antena) ia adalah struktur tertinggi di Jerman, dan struktur kedua tertinggi di Kesatuan Eropah. Menara ini telah menjadi salah satu simbol yang paling terkenal dari negara ini dan lokasinya berhampiran dengan Alexanderplatz, ia kadang-kadang dipanggil Alex Tower. -WIKI

kat sini bangunan-bangunan lama dia mmg la chantek2 tapi semua ada patung2..masalahnya patung2 tu semua cam x sopan so saya malas nk share sbb x sesuai tuk tontonan awam hehe..


ok ni patung paling sopan..sungai kat bawah ni ialah sungai spree, anda boleh cruise untuk melihat sekitar Berlin, nnt akan ada staf cruise offer anda dengan harga diskaun bagai tp saya x berminat walaupun agak murah gak dia offer tu..ok moh jalan lagi..

Saya menyeberangi jambatan di sungai Spree dan sampai di Altes museum. Muzium ini terletak di kawasan yang sama dengan Berliner Dom. Altes museum menempatkan artifak Greek dan Roman.

Sebelum saya meneruskan perjalanan ke next tempat, saya singgah kedai mini market ni sbb tgk strawberry dia punya la sedap..beli sekotak 1.5euro..then beli ritter spot coklat..kat sini la saya bantai beli ritter spot sbb kt mesia mahal haha n beli roti..masa nk bayar kakak cashier tego saya dari mana, saya cakap malaysia, ok saya tanya dia tahu tak malaysia..dia kata dia tahu haha..muka x pasti haha, saya cakap dekat dengan Thailand dan Indonesia..baru muka dia cam ok wahhh..then dia tanya saya sorang ke..saya cakap ya saya sorang je, (make sure bila ko travel jgn sekali2 beritahu ko duduk hotel mana tau (faktor keselamatan)),  then sbb x de customer dia ajak berborak2  la pulak..tp cam sweet je..haha sbb saya pun cam da lama x bercakap haha..tu la bila travel sorang..kang ko cakap sorang , orang kata ko giler..lepas bayar  n shake hand dgn kakak cashier td, keluar kedai , rupanya seblah tu ada kedai kebab turkey..alamak duit da beli jajan td..so nnt x abes plak makanan..pasrah..

ok Next ke Berlin Memorial Wall tapi naik bas. Beli je Day Pass tiket utk sehari so naik je tren n bus unlimited dlm kawasan Berlin.

menaiki bas untuk ke Berlin Memorial Wall

ni cerucuk2 besi sebelum tembok Berlin di buat

wall yang menunjukkan gambar2 orang yang mati kat Berlin Wall

tanjat itew…

Inilah Tembok Berlin. Sebelah kiri tu rupa asal tanpa sebarang grafiti.

Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin. Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.  Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.  Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Bradenburg Torr

Brandenburg Gate merupakan salah satu landmark terkenal di Eropah selain daripada Arc de Triomph yang terletak di Paris. Brandenburg Gate mula dibina sekitar tahun 1788. Awal pembinaannya, gerbang ini berfungsi sebagai pintu masuk ke Berlin. Frederick William II raja dari Prussia yang mengarahkan pembinaannya sebagai simbol perdamaian. Di bawah gerak kerja Carl Gotthard Langhans, gerbang ini siap dibina sekitar tahun 1791.
Patung di atas pintu gerbang dikenali sebagai Berlin Quadriga. Patung ini berbentuk kereta yang ditarik empat ekor kuda dan dikendalikan oleh Victoria. Selepas tamat Perang Dunia II, Tembok Berlin dibina oleh pemerintah dan orang ramai tidak lagi boleh melalui pintu gerbang ini. Namun, runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1969 sekali lagi Brandenburg Gate menjadi simbol kebebasan, kedamaian dan kesatuan Jerman. – sarahsoffiyablogger

Jangan Risau nak dapatkan makanan halal di German..Banyak kedai2 Turki kat sini..Doner Kebab..yummy..(rindu Nasi)

Lepas lepak2 n jalan2 tgk jam da kul 4pm..so google maps nk cari mosque berdekatan..so gerak naik tren..nak jadi kesahnya..turun dr tren, saya seluk jaket saya, hp saya da x de..selongkar dlm bag semua..x de..terduduk saya sekejap kat station apa x igt da…nak nanges tp x keluar air mata.. tarik napas dalam2 ..cool..rilex.. so x sampai hajat saya nk ke masjid tu..maybe da dekat da tp x tau la perasaan cam x tenang..so saya patah balik menuju ke hotel..biasa google maps guna hp yg hilang tu..so kali ni kena tgk maps kat station camne nk balik hotel.. sampai di hotel, saya beritahu staff di kaunter hotel mengenai kehilangan hp saya dan saya minta dia tunjukkan saya arah ke Police Station berdekatan..rupanya dekat je dgn hotel (jalan kaki)..sampai di Police Station Berlin..ada sorg polis tu layan x layan je saya cakap..pastu saya cam da putus asa dah..tp saya nekad juga, saya cakap saya nk buat report utk claim insuran sahaja, x perlu untuk dia pergi cari sape yg mencuri..selepas jumpa sorang pegawai polis yg lain,dan dia soal siasat bagai macam ayam n itik bercakap..dia print satu report..report tu je yg saya nk..saya cerita kat dia, saya perasa ada sorang mamat kulit hitam  (mabuk) berdiri di pintu keluar tren, kemungkinan semasa saya nak keluar mamat tu yg seluk poket jaket saya , sedangkan jaket saya berzip..perghh mmg cekap betol sampai saya x perasan..

Tak banyak benda nak buat dah sebab mood dah kelaut, maka saya balik hostel untuk rehat je. What a day untuk saya harini.  Semua gambar saya di Paris, Swiss dan Munich , saya transfer dlm hp yang hilang tu.. dah balik bilik hotel baru cam nanges..sedey..Alhamdulillah saya ada hp satu lagi backup..so guna hp tu msj Munirah, Didee n Bella..depa byk bg moral support.. Yup ada hikmah supaya lebih berhati2..

Endingnya Solat kat Hotel je..x sempat nak g salah satu masjid di Berlin..

Till then…tido dalam keadaan sedey lg..gambar oh gambar…