Mostar, Bosnia Herzegovina

Mostar, Bosnia Herzegovina

Trip Balkan Winter 🇧🇦

Melancong di negara² yang “rare” atau jarang orang pergi off course terasa lain dari yang lain. Selain itu, kos travel kat sana cam makan dan tempat tinggal memang murah berbanding negara² tumpuan pelancong.  Tak ramai pilih Bosnia sebagai salah satu destinasi. Bosnia merupakan salah satu negara di Eropah Timur dan termasuk di dalam kategori negara Balkan. Bosnia sangat cantik sebenarnya. Lebih cantik dari negara² eropah barat. Cuma mungkin dari segi kemajuan membuatkan negara ini tidak begitu popular di kalangan pelancong².

Kenapa Bosnia?

1. Alam semula jadinya. Anyone yang pergi ke Bosnia confirm akan kagum lihat ciptaan alam yang sangat superb. Bosnia Spring, Blagaj, Kravice Falls.

2. Sejarah Bosnia juga suatu hal yang menarik untuk dikaji. Peperangan saudara mereka yang baru sahaja selesai pada tahun 1995 masih lagi meninggalkan kesan kepada Bosnia. Di sebahagian bangunan di Sarajevo, boleh nampak kesan peluru yang ada di bangunan tu.

3. Bosnia adalah antara negara termurah untuk dilawati di Eropah.

4. Malaysia dan.Bosnia ada hubungan yang akrab. Ketika perang saudara berlaku di Bosnia, Malaysia adalah negara yang menghantar bantuan kepada mereka. Bahkan ada juga yang mengatakan, Malaysia memberi khidmat paling baik sewaktu perang berlaku. Maka sebahagian mereka masih mengenang perkara ini dan mereka sangat hormat pada orang Malaysia.

5. Serba Serbi murah kat sini. Di sini guna matawang KM/BAM tapi kalau berurusan sebutannya MARK

Alhamdulillah selepas Dubrovnik. Saya ke Mostar, negara ke 5 Alhamdulillah. Kami naik bas dalam 3 jam dari Dubrovnik. View dia Subhanallah superb sebelah kiri. Bandar Mostar banyak peninggalan sejarah. Penduduk dia boleh berbahasa english bagi yang muda²..Mostar tidak membangun seperti negara² lain tetapi bagi saya mereka hidup dalam kesederhanaan. Saya tak mahu bercakap pasal peperangan Bosnia 🇧🇦/Serbia sebab time tu saya form 5 dan saya masih ingat lagi kisah sedih itu sehingga sampai sekarang saya tak suka serbia haha over.. Attitude people di Mostar harus di puji terutama apabila kenderaan akan memberikan keutamaan penjalan kaki apabila melintas.

Bus Station di Mostar, Bosnia. Semasa di Dubrovnik, saya sudah berkomunikasi dengan owner AirBNB kami Zenaida, So dia willing nak ambil kami di Bus Station. Dia naik Mercedes gituhh..Tapi tenguk gaya dia, masih muda dan bekerjaya orangnya..Apartment kami berdekatan jer dengan rumah Zenaida then sangat baik dan peramah. Apartment sangat selesa tapi kami tidur di living hall sebab situ je ada heater 😂😂😂

Tempat makan halal, Owner Airbnb kami yang suggest..3 je kami sempat. lagi satu tu tak google..huhu

Kami walking by foot je ke Old town. Trust me, bila cuaca tak panas even 30 minit kau jalan pun tak akan rasa penat..lagi² dengan pemandangan atau kita boleh lihat sekeliling kita, budaya mereka sekolah dan lain², so memang tak terasa. So bila tempah hostel ke apa lagi² di musim sejuk tak perlu bergaduh nak tempah dekat² dengan attraction sehingga sanggup bayar mahal..(ini travel bajet hokey)

Bila nampak kucing jer teringat Hanani. Bila tenguk kucing jer teringat Hanani. Kucing dan Hanani tak boleh di pisahkan (maybe sebab dia suka kucing kot ( Nani is my friend yang sepatutnya kami travel ber3 ke Balkan ni)

Selepas berhempas pulas perut ni layan Maggi- roti -magie -roti akhirnya kami dapat makan apa yg selain dari mereka² tu di Mostar.  Roti dia tu panas2 sedap tak boleh bawak bincang.. semua sedap..Restoran Sadvran (selangkah je dengan Old Bridge).  Ok lepas dah kenyang perut senang hati. Baru kami selangkah ke Stari Most yang bermaksud ‘Old Bridge’ adalah sebuah jambatan yang dibina merentangi Sungai Neretva yang menghubungkan bahagian timur & bahagian barat bandar Mostar. Jambatan yang sekarang ni bukan yg original sbb telah di robohkan time perang bosnia 1993 dulu..pastu di bina semula ikut rekaan asal.. pakai kasut anti slip sbb licin betol kalau basah. Jambatan ni di bina tahun 1557.. pergh lama giler.. tetiba rasa bangga dapat pijak bridge ni.. yuhuuu..pastu dengar ada suara pakcik kat atas menara tu sound kami “people come here, just take a foto foto foto, but not understand the history” kami ni tersentap jap haha

so sesiapa yg datang sini baca dulu history pasal bridge ni. pastu cari pakcik ni kat loteng atas bridge tu n cerita kat dia history tau.. at least x de la dia kata ko tu take a foto foto foto.. Kebetulan semasa saya memijakkan kaki di bridge ni maka azan Asar berkumandang.. Subhannalah tersentuh sangat hati..

Religion in Bosnia and Herzegovina (2013)

  Islam (50.7%)
  Orthodox Christianity (30.75%)
  Roman Catholicism (15.19%)
  Atheism (0.79%)
  Agnosticism (0.31%)
  Other (1.15%)
  Not declared (0.92%)
  No answer (0.19%)

Kat sini if muka kau memang muka Jawa and bertudung, senang senang je depa akan tego ko “Assalamualaikum, Malayzia..Malayzia”..

Itinerary day 7
Arrive at Mostar, check in
• Hala Beja & Tara Tower, Stari Most Bridge
• Koski Mehmed Pasa Mosque
• Kriva Cuprija, Mostar Old Town, Carsija (shopping murah)

Karagöz Bey Mosque (Bosnian: Karađoz-begova džamija, Turkish: Karagöz Mehmed Bey Camii) is a 16th century Ottoman mosque in the city of Mostar, Bosnia and Herzegovina.-wiki

Amirah nak cari jem roti HALAL. Sorang kakak bosnian ni tolong cari kan..cute kan anak dia AHMAD namanya.

Kami sambung berjalan di sekitar Old Town. Banyak kedai² cenderahati dan kawasan² unik di sini..Explore explore dan explore selagi tak gelap.

Ok da selesai berjalan tah ke mana tah..kami balik..rest cukup²..

Itinerary day 8 Balkan Trip
• Blagaj Tekija – entrance fee 4 marks
• Dervish monestary at Blagaj Tekija – entrance fee 4 marks
Spend a night at Mostar

Hari ni kami ke Tekija Blagaj, permata yang tersembunyi di Mostar. Dari apartment kami cam dalam 15 minit jalan kaki. Ini jadual  Bus for Blagaj : 8:15-8:45-11-11:30-12-12:50-13:45-15:00-16:30. Naik Bus number: 10, 11 and 12.  Tapi saya cadangkan datang la awal sebab kat sini public transport dia cam suke hati je nak datang kul bape..kami ni sampai je bus stop bas kul 8.45am pun jalan (padahal time tu belum lagi 8.45am)..ber huhu la..pastu next bus hampir 2 jam selepas tu..ko rasa? Kalau korang ramai better naik taxi je..

oleh kerana 2 jam melepak kat sini maka Amirah pun di interview oleh makcik ni..dia x pandai english tapi aku pun x pajam apa yang depa borakkan ..🤷

Sementara tunggu bas.. meh saya copy paste dari FB Gamma4all, kisah sejarah Blagaj (sebutan dia Blagai) sempat baca sejarah dulu b4 ke Blagaj.

[SEJARAH]
BLAGAJ; PERMATA BOSNIA

Blagaj ialah sebuah perkampungan di selatan timur Mostar daerah Herzegovina Neretva, Bosnia dan Herzegovina. Oleh kerana keunikan perkampungan ini yang mempunyai pertembungan budaya dari beberapa tempat, kawasan ini kini menjadi permata negara Bosnia dan Herzegovina dan menjadi tempat tumpuan pelancong.

Nama Blagaj diambil bersempena dengan cuacanya yang tidak terlalu sejuk pada musim sejuk dan tidak pula terlalu panas ketika musim panas. Berasal dari perkataan ‘blaga’ dari bahasa Serbo-Croatia yang membawa maksud ‘mild’ atau ringan.

Perkampungan ini terletak di kawasan mata air sungai Buna yang mengairi perkampungan itu. Di sebuah kawasan mata airnya keluar dari gua batu kapur terdapat sebuah rumah sufi yang dinamakan tekija (tekke) iaitu sebuah bangunan yang dibina untuk berkumpul dan mengadakan perbincangan. Tekija ini dibina pada tahun 1520 dan menggabungkan seni bina dari Uthmaniyah dan Mediteranian atas arahan daripada Mufti Zijaudin Ahmed ibn Musthafus dari Mostar. Tekija ini kemudiannya diubah suai pada pertengahan abad ke 19 oleh Omar Pasha Latas.

Ketika era sebelum zaman pertengahan, di kawasan ini dibina kubu kaum Illiyria dan kubu Rom. Kemudian pada saman pemerintahan kerajaan Byzantine pula, beberapa perkampungan kecil yang berkubu didirikan di kawasan ini.

Blagaj tercatat dalam De Administrance Imperion ( On The Governance of The Empire), dikenali sebagai Bona merupakan sebahagian daripada Zahumlje iaitu beberapa gabungan kawasan di daerah Herzegovina dan selatan Dalmatia ( kini menjadi kawasan Bosnia dan Herzegovina dan Croatia) yang diperintah oleh kuasa luar. Pada mulanya Zuhumlje ini diperintah oleh kerajaan Byzantine, kumudian kerajaan Croatia, diikuti kerajaan Serbia, kerajaan Hungary, kerajaan Bosnia dan seterusnya diperintah oleh Empire Uthmaniyah.

Pada akhir abad ke 12, ketika pemerintahan Stefan Nemanja ( Pemerintah Serbia), sebuah gereja dibina di kawasan ini bersempena untuk meraikan Cosmos dan Damian. Pada abad ke 14 pula, Stjepan 2 Kotromanić, ( pemerintah Bosnia)Zahumlje menjadi sebahagian dari daerah Bosnia . Pada abad ke 15, Sandalj Hranić Kosača dan anak saudaranya memerintah Zahumlje dan Blagaj sehingga kedatangan kerajaan Turki Uthmaniyah pada 1466.

Ketika Turki Uthmaniyah memerintah, Blagaj dibahagikan kepada beberapa kawasan dan kawasan ini mempunyai 7 buah masjid, 2 rumah tumpangan, 4 rumah tetamu, sebuah madrasah dan 2 buah maktab. Kawasan ini tempati majoriti dari orang Bosnia sehinggalah pada tahun 1835 pada zaman pemerintahan Austro-Hungary, orang-orang Christian menjadi majoriti penduduk di kawasan itu dan telah dibina sebuah gereja Orthodox dan sebuah gereja Katolik.

Dan kini, Blagaj menjadi tumpuan para pengunjung yang datang ke Bosnia dan Herzegovina. Kawasan Rumah Sufi, Tekija terutamanya kini menjadi kawasan tumpuan kerana jauh dari pencemaran dan air sungai Buna yang mengairi kawasan ini masih lagi jernih, segar dan tidak tercemar sehinggakan air sungai yang membiru ini boleh diminum begitu sahaja.

Dan firman Allah SWT :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (yaitu) di dalam taman-taman dan mataair -mataair mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran)” ( QS.Ad- Dukhaan: 51-55 )

#gamma4all

In mostar, wait at the bust stop right in front of yellow united world college building and board bus #11 to Blagaj. This is at Spanish Square/ Spanksi Trg and bus ticket can be purchased from bus driver for 2.10 marks. It takes 30 minutes to reach Blagaj.

Setelah tunggu 2 jam, kami dapat gak naik bas ke Blagaj. 30 minit by bus dr Mostar. Malaysian people mmg terkenal kat sini sbb depa kata Malaysia byk membantu pembangunan Bosnia selepas peperangan. (sila google). Apabila masuk sahaja di kawasan ni rasa sesuatu yang sangat istimewa. deruan air yang color hijau clear subhanallah (puas saya fikir camne boleh hijau?) 🤔.. bukit yang tinggi dan suasana yg nyaman. mostly kat sini Muslim..kami menghabiskan masa di sini lebih 3 jam..klu tak cuaca yang sejuk, maybe 6 jam kot 😉..

Dari bus stop kami berjalan masuk dalam 15 minit, dari jauh da dengar deruan air..wahhhh subhannallah tak terucap (speechless) cantik sangat..mungkin kami paling awal sampai so tak ada orang langsung. kedai pun masih tak banyak yang bukak..

Saya andaikan ini adalah scenery paling cantik saya lihat secara live selain dari Rhine Falls di Zurich, Swiss.. Cantik sangat..Sila bayangkan anda berada di sini.. sila sila..saya doakan anda berada di sini bagi yang belum datang..

View dari atas..panjat sikit ye..

Semangat pakcik ni nak tunjukkan ikan yang dia tangkap..hehe..

Setelah puas lepak², jam pun dah kul 2 camtu so kami balik jalan kaki ke bus stop, sama di mana kami turun tadi. So cam lambat lagi kot bas sampai saya nampak ada Masjid seberang nun. So saya ajak Amirah solat dulu, so senang nanti boleh jejalan lagi kat Mostar..

Di selekohnya tempat tunggu bas balik ke Mostar

Pintu masjid berkunci, mungkin bukan time solat so dia kunci, so kami solat dekat luar da siap ada carpet. Nasib baik bilk air dan tempat wuduk x berkunci..Solat Jama’ di sini.. Alhamdulillah

Tempat wuduk..kiut kan.. bersih giler kawasan masjid lama ni..lepas solat +- 10 minit kemudian, Bas pun sampai..sebenarnya bukan bas tapi shuttle van. kami tak tahu pun tapi ada sorang minah ni dia pun tunggu bas, so dia panggil kami naik sekali..Alhamdulillah..pastu shuttle ni stop kat mana tah then dia suruh kami naik bas terus ke Mostar..

Oleh kerana masa banyak lagi dan cuaca pun cun, kami jejalan lagi di Old Town , sebenarnya lapar, nak cari salah satu kedai yg Zenaida suggest SARAY..

Lepas makan, sambung jejalan.. ambil gambar pelbagai sudut untuk view bridge awesome tu..

On The Way balik singgah kedai roti. Beli la jajan untuk sarapan esok sekali ..Sampai apartment berkemas untuk gerak seawal subuh esok. Kena catch up tren

Budget per person:
• Bus Autotrans Dubrovnik to Mostar – RM62.50 (3 Jam)
• Luggage (Bus) – RM5.20
• AIRBNB Apartment Nana (2x Night) – RM65.00
• Bus return from Mostar to Blagaj Tekija – RM10.50

Sambung di Sarajevo, Bosnia Herzegovina 🇧🇦