Seoraksan National Park, Sokcho

Seoraksan National Park, Sokcho

 Seoul –> Sokcho

Bandar Sokcho terletak di Daerah Gangwon di bahagian timur laut Korea Selatan.  Kira² 3 jam perjalanan naik bas dari Seoul.  Sokcho berhampiran dengan laut timur di pantai timur semenanjung Korea.  Walaupun tak se glamour bandar Seoul, tapi berpusu² pelancong datang ke sini sebab papa?..of cos sebab nak naik Mt Sorakatau Mt Soeraksan. Pantai Sokcho pun cantik membiru..amazing…

Oleh kerana kami stay satu malam di Sokcho, kami tinggalkan backpack di Beewon Guesthouse sbb esoknya kami menginap semula di Beewon.. Oleh kerana awal pagi sangat keluar, Kaunter guesthouse pun x bukak lagi..maka tinggalkan note.

안녕하세요 annyeonghaseyo.

Day 3

Syaza ada program beberapa hari ni. so hanya kami berdua je. so plan ke Sokcho satu bandar hujung tepi laut..sila google kedudukan dia.. ..so pg yg buta kul 6.30 da jalan kuar dr hostel ke stesen subway Anguk. dari Anguk Station we took subway line 3 to Express Bus Terminal Station, about 10 stops.  We took Exit 1 (Gyeongbu / Yeongdong line) passing through subway line 9 and go inside the trapezoid-shaped building.. Tak ramai orang pun kat terminal maybe sebab awal lagi, kami terus ke kaunter tiket dengan berlenggang kangkung..pastu kakak cashier kata boleh naik bas terus..bas nak gerak..hah kau..bertempiaran lari cari mana bas nk ke Sokcho di Gate 17 haha..Alhamdulillah sempat..Jam 8.00am bas gerak, estimated arrival time is flashed on the tv screen, which in our case is 10:50AM.  scenery cantik..

Reclining bus seat.. makes the trip comfortable

After an hour and a half bus ride, the bus stopped for 15 minutes.  Passengers can take a restroom break, buy food and drinks, or do some stretching.

cute x bilik kami.. mmg puas hati..

sampai terus cari bas ke Mr Egg Guesthouse. lps check in. letak barang n lunch, kami jln² di sekitar Abai Village (perkampungan nelayan) dan Fish Market. Banyak la jual ikan² seafood yang fresh..street food pun byk kt sini. jgn mimpi nk jumpa makanan halal kt sini.. sila bwk mknn sendri hehe..Hasil daripada pembacaan saya, Abai Village ni kebanyakan penghuni dia berasal dari Korea Utara. Kiranya mereka ni pelarian dan menetap di sini semasa berlakunya Korean War. Perkataan Abai bermaksud orang yang tua. Memang saya rasa dekat sini majoriti orang yang da berusia..  

Abai village, gaetbae boat . kena naik bot ni untuk ke perkampungan nelayan di sokcho. kekdah nya manual utk boat ni bergerak.. kena tarik bendaalah tu..x sampai 3 minit da sampai..maklum la i tarik dgn oppaaa…kat situ gak ada patung autumn in my heart kot sbb depa shooting kt situ gak.. haha..udara kt sokcho lebih bersih dan nyaman

Nuaimah mmg pakar cari jalan n baca maps..

  

Lokasi Film Autumn In My Heart

Kampung Nelayan

 

Fresh fruit vs Biskut Tiger..

Malam kami tak pergi mana²..So tidur awal..zzzzzz

 

Day 4

Lepas breakfast, kami berjalan kaki ke bus stop untuk ke Mt Seorak.. Kena naik bas  no 7 atau 7-1..Perjalanan dalam 1 jam camtu dari guesthouse. Entrance fee krw3500.  Cabel car return krw10k. Hiking dlm 40 minit. Subhanallah tiada kata² blh di gambarkan… sangat cantik,   Ramai giler makcik² warga emas hiking skali.. bagus betul mereka ni..ketinggian sekitar 1.700 m.

breakfast yang di sediakan basic , roti bakar dan cornflakes..

No word necessary

Reflecting on the beautiful time i spent

Sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory

Mt Seorak menjadi salah satu gunung tertinggi di Korea. Tebing-tebingnya yang berwarna putih nampak seperti salju abadi.  Itulah sebabnya gunung ini dinamakan Seorak (Seol=salju dan ak=gunung besar). Lepas spent beberapa jam kt atas..  Kami turun dan terus balik naik bas Express ke Seoul -+3 jam.. Alhamdulillah, Tq Allah kerana memberi kudrat dan kesihatan dpt lihat ciptaan MU..?? annyeong bye

sungai pun membeku…

Sampai di Beewon Guesthouse dah malam..letih lapar semua ada..so kami dapat bilik yang sama, senang..Nuaimah sediakan dinner malam..lepas tenguk² gambar..kami tidurr… zzzzzzzzzzzz..

More Info Budget & tips click HERE