Sighisoara & Bucharest, Romania

Sighisoara & Bucharest, Romania

Trip Balkan Winter

Ditubuhkan oleh Saxon Transylvanian pada abad ke-12, Sighişoara adalah sebuah bandar kecil abad pertengahan yang strategik dan komersil penting di pinggir Eropah tengah selama beberapa abad. Dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, permata abad ke-16 yang sangat utuh ini dengan sembilan menara, jalan berbatu, rumah burgher dan gereja-gereja hiasan yang cantik dengan jalan-jalan bersejarah Old Prague atau Vienna untuk keajaiban atmosfera. Ia juga merupakan tempat kelahiran Vlad Dracula, yang juga dikenali sebagai Vlad Tepes (Vlad the Impaler), penguasa wilayah Walachia dari tahun 1456 hingga 1462. Ia adalah orang yang mengilhamkan penciptaan fiksyen Bram Stoker, Count Dracula.

Ya Allah. Rasanya ni la perjalanan paling panjang dalam trip ni..lebuh dari 11 jam kami dalam tren ni.. banyak betul perhentian dia stop.. celik mata..x sampai² lagi..kematu punggung..cam biasa delay lebih dari sejam untuk sampai di Sighisoara.. Solat subuh semua dekat seat tren. Duduk seblah 2 lelaki yang mabuk huhu..tapi depa baik bagitahu kami da sampai Sighisoara..sebab banyak stesen stop..memang kena alert sbb timing dlm tiket tak tepat.

Finally sampai gak +- 13jam perjalanan

Trip Balkan Winter (Sighisoara, Romania) Day 16

Itinerary day 16
• Free and easy to enjoy the amazing view/building in Sighisoara

Budget per person:
• Hotel Villa Franca Sighisoara – RM55
Book hotel at Sighisoara medieval citadel because it has amazing view

Romania guna matawang LEI

Kami berjalan kaki dari railways station ke hotel kami (1st hotel kami dalam trip ni) dalam 15 minit..Sighisoara ni cam kampung. kecik je, aku tak jumpa pun bas ke teksi kat sini.. View udara semua cantik dan segar.. very tenang dan nyaman walaupun suhu negatif.  Kami rasa, kami je bertudung kat sini haha..Alhamdulillah pihak hotel bagi kami check in awal. time tu baru jam 10am. Seharian dari semalam duduk dalam tren dan lapar, kami berehat sekejap dalam bilik tegangkan segala mak nenek urat .. makan bekalan yang kami tapau dari Budapest.. dun worry makanan tak akan basi sebab da macam duduk dalam peti ais je 24 jam 😂😂😂

bilik super luas dan selesa, super klasik.. Hotel kami betul² dengan city dan clock tower..

Ni antara view yang kami lalu semasa ke hotel..The Catholic Church

Singgah mini market dia. Ya Allah murahnya barang2 kat sini. Saya beli fresh milk besar rm3 (kan dah cakap jangan risau basi sebab udara luar da macam peti ais) everything murah²..nak duduk sini lah..

Lepas berehat kami berjalan² seluruh city.. kalau nak tenguk view Sighisora, sila panjat bukit ke Clock Tower.. Super amazing view walaupum putih je..(kat mesia tak de). Dengan ketinggian 64 meter, Clock Tower ini dapat dilihat dari hampir setiap sudut bandar dari Mures County, tujuannya adalah untuk mempertahankan pintu utama benteng dan juga the main gate of the citadel sehingga 1556. Now It’s considered one of the most expressive clock tower in the whole Transylvania.

Orang kata kalau nak tenguk Romania. datang ke Sighisoara. For me yes sebab di sini kita akan lihat originaliti Romanian. Sebelum ke Romania, saya banyak dapat feedback yang tak berapa best pasal Romanian itu sendiri. mereka tak welcoming tourist especially muslim. Tanggapan saya memang totally different. Jujurnya saya paling suka Romania. Tak kiralah people dia ke tempat dia ke..memang depa suka tengok kita atas bawah tapi tu biasa la..serba serbi murah kat sini. haha people dia sangat baik.

Sighisoara adalah tempat yang sempurna untuk pencinta sejarah. Perumahan Benteng abad pertengahan yang terbaik di Eropah, kubu Sighisoara dihiasi dengan rumah-rumah berwarna-warni di sepanjang jalan-jalan berbatu, gereja-gereja Gothic yang berabad-abad lamanya dan gerbang-gerbang dan menara yang amazing. Sighisoara satu kawasan kampung yang jauh dari bandar. suasana aman dan tenang di sini. Kami hanya perlu jalan kaki untuk pusing city. 100meter untuk ke Clock Tower. dan sekitarnya. Mostly tak nampak kedai Halal. Garden dia pun cantik..

Mak happy nak oii

Speechless

Colorfull

Tak ada orang..buat cam rumah sendiri

Casa Vlad Dracul

Casa Vlad Dracul Vlad Ţepeş (aka Dracula) dilahirkan di rumah ini pada tahun 1431 dan tinggal di sini sehingga usia empat tahun. Sekarang dah jadi restoran, tetapi kalau kita masuk dalam jumlah yang kecil, staf di situ akan tunjukkan kepada anda bilik lama Vlad (dan akan menakut²kan anda).

Vlad Dracul Vlad Ţepeş-Gambar Google

Vlad Dracula Castle

Bagi yang ingin mengetahui siapa Vlad Dracula ni.. Boleh baca di SINI kisah kekejaman Dracula ini..Dracula dan darah tidak boleh di pisahkan..Bila baca pasal si Vlad ni.. Barulah saya paham kenapalah mereka ni suka tenguk Muslim ni atas bawah.. Biasa orang² muda lebih modern pemikiran mereka.. So uols kena baca kisah si Vlad ni.. Sebab tu dia di gelarkan Dracula penghisap darah..

In every fortification system there is one fortress that dominates the others: the master-tower. The Clock Tower of Sighișoara (Romanian: Turnul cu Ceas, German: Stundturm) is the main entry point to the citadel, opposite guarded by Taylor’s Tower. With its 64 meters of height, the tower is visible from almost every corner of the city from Mures County, its purpose was to defend the main gate of the citadel and also served as the town hall until 1556. Now It’s considered one of the most expressive clock tower in the whole Transylvania. -wiki

View di malam hari

Stops / Cultural objectives to be visited:
1. The House with the Deer Antler
2. The Venician House
3. The Church of the Convent
4. The Clock Tower
5. The Catholic Church
6. The Tailors’ Tower
7. The Furriers’ Tower
8. The Butchers’ Tower
9. The Butchers’ Bastion
10. The Covered Staircase
11. The School Hill
12. The Church on the Hill (inside visit)
13. The German Cemetery
14. The Tin Moulders’ Tower
15. Vlad the Impaler’s birth house
16. Citadel’s Market place
17. The House with the Deer Antler

Selepas da pusing² satu Sighisoara, kami balik hotel dan berehat.. Esok tengahari kami akan ke Bucharest.. Untuk cover Sighisoara, satu hari pun dah cukup..

 

Hari ke 2 di Romania dan hari ke 17 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Trip Balkan Winter (Bucharest, Romania)

Jam 11 kami check out dan jalan kaki ke station train yang sama semasa kami sampai. Solat jama’zuhur/asar di station dan naik tren jam 1.55pm

Itinerary day 17
• Sighisoara to Bucharest 2pm-7pm

Budget per person:
• Train SIGHISOARA TO BUCHAREST – RM75 (5jam)
• Maya Old Town Apartment Bucharest – RM45 (sharing toilet)
• Day Pass Public Transport – RM25.50
• Overnight Bus from Bucharest to Sofia – RM104 ( 7 jam by Flixbus)

Beli tiket Tren Sighisoara to Bucharest DISINI

Good Bye Sighisoara

Alhamdulillah kami duduk sebelah anak muda Romanian yang pandai English.. So amirah banyak tanya dia tips di Bucharest dari segi keselamatan dan sebagainya..Dalam tren ni kami duduk di dalam cam bilik 6 seater..super warm..

View dari dalam tren ke Bucharest

Sampai di Bucharest Nord dalam jam 7pm. Di sini jam 5 dah gelap dah, So macam biasa kami cari free internet dulu dan google maps untuk cari apartment kami.

Kena keluar dari station ni dan akan nampak beberapa mesin tiket. Sebelum sampai sini, amirah dah google dulu bagaimana public transport di sini.. (so guys, jangan malas..internet di hujung jari ok..) kami beli tiket untuk semua public transport yang kami boleh naik dalam lingkungan Bucharest city untuk 2 hari day pass. Harga dalam 17 Lei seorang. kami tunggu bas No 85 pun di situ juga. Dan turun di Universitate. Tuan rumah dah mesej awal bagaimana kami masuk bangunan apartment kami nanti..kami tak jumpa pun tuan rumah tapi very intresting cara kami berurusan..

very the simple maps dan senang nk follow. Sampai apartment. kami rendam magi/brahim makan lapooooooooor.. Ada beberapa bilik dalam apartment ni, toilet dan dapur sharing dengan guest lain. Dah malam owner datang dan dia bau ada orang merokok. garang juga owner ni..dia tanya saya merokok ke. Di sini tak di benarkan merokok..Saya bau asap rokok je da sesak nafas dah (maybe yang merokok guest bilik lagi satu kot)..Dekat luar -7°C. sampai ke tulang sejuknya.. dia punya heater cam ada 2 tapi satu jer berfungsi.. tapi tidur tetap nyenyak…

 

Hari ke 3 di Romania dan hari ke 18 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Itinerary day 18

Tour Old Town Bucharest
• Palace of the Parliament
• Take a walk on Victoriei Avenue
• Explore the Old Town
• Visit the Village Museum
• Visit the Bellu Cemetery
• Visit centuries-old churches
• Walk in the local parks

Tips kalau nak tanya dengan local. better cari yang muda, bukan sebab gatai tapi yang muda biasanya boleh berbahasa English dengan baik.

Explore Old Town Bucharest. Seperti biasa bangunan-bangunan di sini super klasik

Romania 🇷🇴. Sekali baca macam tak terfikir pun. Rupanya perkataan romania berasal dari perkataan ‘Romanus’ yang bermaksud Bandar Kerajaan Rom. Kalau ada rezeki antara banyak2 negara yang saya teroka Balkan ni. Romania antara yang saya nak pergi lagi. Subhanallah totally berbeza dgn apa yang orang cerita tentang Romanian. Alhamdulillah kami rasa selamat dan seronok di sini sebab people dia yang sangat membantu. cuma yang perempuan agak tak pandai berkomunikasi dengan tourist. tapi mereka bukan sombong. biasanya kami cakap dalam bahasa masing². dan endingnya kami paham lol. Yang penting kita kena sentiasa senyum dan respect each others. banyak lagi saya perlu tahu tentang Romania. Bangunan² lama yang sangat cantik di Bucharest.

Mostly tren station dia AKA METRO di bawah tanah.. If nampak logo ni dari jauh mean ada metro di situ

Palace of the Parliament

Ni depan Parliment buiding.. Bila winter tasik ni mengeras..so depa enjoy main ice skating

Village Museum – One of the unmissable attractions. The Village Museum manages to recreate the atmosphere of traditional Romanian villages.

Bellu Cemetery –

The garden of souls from Bellu Cemetery

The history of Bellu Cemetery begins in the second half of the 19th century when local authorities decided to move all cemeteries outside the city because of the increased risk of cholera. It’s the moment when a rich local aristocrat, Barbu Bellu, decided to donate a large vineyard to be used as space for the new cemetery that will carry his name. The monastery of Vacaresti, sadly demolished during the communist regime, also donated a large piece of land with windmills and orange gardens for the same purpose.

Since then, the cemetery gradually became a unique outdoor gallery of impressive funeral sculptures and tombs created by famous artists of the time, almost 200 of them being listed as historical monuments. A symbolic garden of souls where once the garden of oranges was, Bellu Cemetery is a place for meditation and quiet walks on narrow alleys guarded by the memory of those buried here.

Among the best-known sculptures are the works of Rafaello Romanelli representing the couple Poroineanu, allegedly husband and wife, who killed themselves after finding out they were brother and sister, and the statue of Katalina Boschott, a Belgian governess who died after an unsuccessful surgery, buried and mourned by her rich and secret lover. – google

Scary giler baca history Cemetery ni..ermm no komen..tapi biasalah depa ni sangat mengagungkan benda² yang pelik² dan di jadikan sejarah..Sebagai Islam kita di ajar mempelajari sesuatu untuk kebaikan kita dan ikuti perkara yang baik² sahaja. Yang mengarut di jauhkan..itu pentingnya travel..so kita dapat belajar banyak benda as a Muslim InsyaALLAH

Semuanya berdekatan je.. Walking distant

Beli online tiket bas DISINI

Lepas da jejalan sambil pergi basuh baju di dobi (google jer ok) , kami balik ke apartment kami dan sempat solat dan check out. Kami simpan luggage dekat Station Bas autogara militari bucuresti (sebelah je dengan Toilet. Yang jaga locker tu pun makcik yang jaga toilet tu. Depa tak pandai cakap english so depa tulis je dan suruh kita tulis jam berapa nak ambil bag nanti. So cuteeeeeee..

Last day kami sempat cari Masjid di Romania (moscheea al-Rahman (I)) untuk solat marghrib dan Isya’. Masuk je pintu masjid. sekumpulan tabligh dari Malaysia menyapa kami ‘malaysia?’. Subhanallah. pada mulanya agak segan la juga dgn pakaian kami ni lol tapi alhamdulillah mereka bantu kami dan selesai solat mereka berbual². Mereka da 3 bulan di bumi Romania bermusafir dan berdakwah.

 

Kami lepak sampai solat Isya’ di sini since bas kami untuk ke next destination ke Sofia Bulgaria jam 11.30pm. Super selesa masjid ni..Ruang solat perempuan dekat atas dan besar so main golek² kat atas tu..cuma sejuk dia cam x bergolek sgt..Nak berjalan dari masjid ke metro agak jauh juga, cam lalu kawasan perumahan tapi so far ok je memalam jalan..

Singgah beli air dekat dengan bas station Autogara militari. Bangunan station bas ni kecik je tapi cukuplah ruang kami duduk dalam tu untuk memanaskan badan. So far saya lebih suka service oleh Flixbus dan saya cadang dalam europe kalau nak naik bas pilih flixbus sebab selesa dan puntcual. Tapi di Balkan tak semua negara ada service di kendalikan oleh Syarikat Flixbus.

 Alhamdulillah segalanya begitu senang di sini.. Alhamdulillah..Disini saya tak banyak ambil gambar mungkin banyak menghayati people kat sini 🙄. Sambutan krismas yang membuatkan suasana di sini sangat meriah.
😍🇷🇴

 

p.s.Kisah Kerajaan Rom ada di sebut dalam al quran – surah Ar ruum. Banyak tempat menarik di negara ni kan? saya akan datang lagi insya-Allah..

Romania adalah negara ke 7 bagi Trip Balkan Musim Winter kami..Alhamdulillah

Bersambung Next Destination Sofia, Bulgaria 🇧