Sofia, Bulgaria

Sofia, Bulgaria

Trip Balkan Winter

Kami sampai ke Serdica Bus Station, Sofia awal pagi dalam 6.30am, masih gelap..so kami tunggu cerah sikit so meninjau² di luar bus station. Nampak ada bangunan train station besar di belakang. So kami bergerak ke sana, sebab nampak lebih selesa dan warm di situ berbanding dengan ruang di station bas agak padat dan kecil. So sementara nak menunggu kaunter tiket buka jam 8.30am. Lepak² minum kopi..Sedikit info hampir 90% papan tanda di Bulgaria ni adalah bahasa bulgaria😩.

Trip Balkan Winter (Sofia, Bulgaria 🇧🇬) Day 19

Sebelum kami ke apartment, kami mencari tiket train/bus untuk ke Istanbul untuk next destination kami. Kami tak dapat beli online dari Malaysia sebab kami tak dapat banyak info dan tak jumpa mana² website pembelian tiket online. Nak di jadikan cerita.. sementara saya menunggu kaunter tiket train di buka..saya ada bertanya seorang mamat ni, nampak dia macam dah biasa di sini. So dia suggest naik bas if nak ke Istanbul sebab lebih murah dan  cepat berbanding dengan naik train. So saya cuba juga mencuba nasib tanya di kaunter. Ye memang betul lama giler kalau naik tren then mahal if nk ambil sleep seat.. so saya pergi semula ke bus station  seberang jalan je dan beli tiket bas METRO sebab ada sorang mamat lain ni suggest la.. Murah dan selesa dan cepat haha..

Kaunter di Bas station. Kami beli Tiket bas di sini untuk ke Istanbul

Ini Sofia train Station. Lebih besar dan selesa kalau nk lepak². Di sini pun ada service untuk locker if nak simpan bag. Seberang jalan je dengan bus station

Lepak sementara tunggu kaunter tiket bukak 8.30am.

If nak beli tiket METRO online boleh klik link DISINI

atau DISINI

Semua bahasa dia.. bukan tak nak guna translator apps tapi sometime tak boleh nk detect.. so kami da biasa dengan term² cafe ni so pejam mata la sebab da boleh agak je mana satu espresso ke cappucino ke 😜

So selepas selesai, kami naik teksi ke tempat penginapan.. Alhamdulillah owner accommodation bagi kami check in awal..so far setakat ni semua owner bagi check in awal, tapi kena rajin chat dengan depa minta baik² haha. Kebanyakan accomodation yang kami tempah bukan hotel so mereka tak strict sgt. Kebanyakannya hostel atau apartment. Hostel kami bilik air dan kitchen share dan super selesa.

Dah sampai Bulgaria. Ini je stok makanan saya yang tinggal..yabedabedooooo.. memang plan nak habiskan di Sofia sebab Turkey syurga makanan weiiila weiii…

Lepas berehat dan makan. Kami mula bergerak keluar explore Sofia..

Itinerary day 19 & 20

• Breakfast
• Berjalan2 di bandar Sofia
• Banya Bashi Mosque
• The University of Sofia
• Visit St Alexandra Nevsky Cathedral
• The Russian Church
• Central Mineral Baths
• Vitosha Boulevard                                                                                                                                                                                                                                             • Serdica Amphitheatre
• Ivan Vazov National Theatre
• Lion Bridge
• Free and easy

Statue of Sveta Of Sofia. Kak long ni Ibarat penjaga kota Sofia

Sofia 🇧🇬 nama baru dari Serdica. Banyak benda yang menakjubkan saya bila sampai kat sini. Pakcik tua bantu kami call kan owner hostel. Internet laju haha tu yg paling penting..orangnya biasa je sbb kali ni kami tak banyak tanya orang sebab kami x perlu banyak bertanya dan x perlu naik public transport sebab penginapan kami dekat² je dgn kawasan attractions. Ada church dia yang free entrance. Kebetulan kami sampai weekend so banyak aktiviti lagi² krismas.. memang happening. Bila da sampai sini baru saya google pasal sofia. lorghh rupanya kat sini set penggambaran film dilwale yg baru tu. bila tengok² semula.. semua set tu kami da pergi haha. cerita kat amira. dia gelak je

Oleh kerana Sofia ni kota lama beribu² abad lamanya, So banyak khazanah peninggalan di kekalkan.. If korang lalu terowong bawah tanah dan masuk ke metro train akan nampak celah² tu je depa ada.. tenguk cam dekat gambar tu..akan ada beberapa kerat depa kekalkan.. memang unik giler.

Complex Accient Serdica

Kat bahagian bawah ni banyak kedai² souvenir. Tapi saya suggest jangan beli kat sini. Beli di sepanjang jalan di Vitosha Boulevard (sila google)

Rotonda St. George

The church of St George (Rotunda) is located behind the Sheraton Hotel. Close to the church, the remains of a Roman road and of the ancient Thracian town of Serdica has been found. The church was built with red bricks in the 4th century a.D. and it is considered to be the oldest building in Sofia.

Masjid Banya Bashi dibina semasa Empayar Uthmaniyyah (Ottoman) berkuasa di Bulgaria selama lebih dari lima abad (abad ke-14 hingga ke-19). Pembinaannya siap pada 1576 apabila Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Murad III (1574-1595) menjadikan masjid Banya Bashi sebagai salah satu masjid tertua di Eropah. Hingga kini bangunan masjid ini masih kelihatan kukuh. Di era rejim komunis yang memerintah di Bulgaria, Masjid Banya Bashi ditutup oleh pihak berkuasa. Dan selepas kejatuhan rejim komunis, masjid Banya Bashi kembali berfungsi hingga kini untuk masyarakat Islam di kota Sofia yang mencapai 8.614 orang dari jumlah penduduk Sofia yang berjumlah 1.170.842 pendudu

(source wikipedia)

Alhamdulillah dapat solat di Masjid Banya Bashi..

Bangunan Councils of Ministers

Seronok baca sejarah Serdica Amphitheatre ni

The Sofia Public Mineral Baths

Bath Central Mineral adalah mercu tanda di pusat Sofia, ibukota Bulgaria, sebuah bandar yang terkenal dengan mata air mineral di kawasan tersebut. Ia dibina pada awal abad ke-20 berhampiran dengan bekas mandi Turki dan digunakan sebagai tempat mandi awam di bandar sehingga 1986.- Wikipedia

Bangunan ini pernah musnah semasa Perang Dunia ke 2 dan di baikpulih semula.

Malam di kawasan Ivan Vazov National Theatre

Dinner di Olive . Owner dia orang Turkey. Berhadapan dengan Masjid Banya Bashi..

 

Hari ke 2 di Sofia, Bulgaria dan hari ke 20 pengembaraan kami menjelajah bumi Balkan

Kami check out dalam jam 11am dan tahan teksi untuk ke Sofia Central untuk simpan luggage. Dan meneruskan explore Sofia..

Lion Bridge adalah jambatan di atas Sungai Vladaya di pusat Sofia, ibu kota Bulgaria, yang dibina pada tahun 1889-1891 oleh arkitek Czech Václav Prošek, saudaranya Jozef dan sepupunya Bohdan dan Jiří.

..berdekatan dengan Lion bridge tu ada satu lorong cam pasar tani ke apa tapi memang rare bg tourist.. best betul bila sesat² dan cuba juga jalan². confirm akan jumpa tempat local shopping dan yg pasti byk pilihan dan murah.

Kalau nak beli souvenir. beli dekat sini..Vitosha-Boulevard

Vitosha-Boulevard

Tengah berjalan-jalan, Yang paling best jumpa student dari Indonesia yang study di sini dan dia offer untuk bawak kami berjalan² sekitar Sofia. Alhamdulillah.

Ivan Vazov National Theatre, Sofia, Bulgaria

Happening betul di kawasan ni..

Pasar karat semasa nak bergerak ke Alexander Nevski Cathedral

“Katedral St. Alexander Nevsky adalah katedral Bulgaria Orthodox di Sofia, ibukota Bulgaria. Dibina dalam gaya Neo-Byzantine, ia berfungsi sebagai gereja katedral Patriarch Bulgaria dan merupakan salah satu katedral Ortodoks Timur terbesar di dunia , dan juga salah satu simbol Sofia dan tarikan pelancong utama. Katedral St. Alexander Nevsky di Sofia menduduki kawasan seluas 3,170 meter persegi (34,100 kaki persegi) dan boleh menampung 10,000 orang di dalam. Ia adalah katedral terbesar kedua yang terletak di Semenanjung Balkan, selepas Katedral Saint Sava di Belgrade. ” (dari Wikipedia)


Gereja Saint Sofia (Bulgaria: “Sveti Sofiya”, “Sveta Sofia”) adalah gereja tertua kedua di Bulgaria ibu kota Sofia, yang bertarikh abad ke-4. Di bangunan ini, Majlis Serdica diadakan pada 343 dan dihadiri oleh 316 uskup. Pada abad ke-14, nama bandar Sofia di inspirasikan ole nama gereja ni, yang sebelum ini dikenali sebagai Sredets (Средец).

   

Waktu solat di Sofia
Style solat musim sejuk

Dapat solat jamaah byk kali juga di Masjid Banya Bashi di Sofia dan 2x makan di Halal Restoran Olive. sampai owner tu kata.. Malaysian memang akan cari nasi haha..2x juga dia belanja chai tea.. yay..tq uncle. Orang Bulgaria mengekspresikan setuju (ya) dengan berjabat tangan dan tidak setuju dengan mengangguk. 😊Bulgaria terkenal dengan 85% penghasilan perfume rose yang diproduksi di wilayah Kazanlak, yang tumbuh di “Rose Valley”, digunakan untuk membuat beberapa perfume yang tekenal dan paling mahal di dunia. Satu gram perfume rose dibuat dari 1000 bunga. kalau pergi mana² kedai souvenir memang mostly roses memanjang. kedai halal banyak kat sini so no worries.. kalau ke Balkan sila jenguk² Bulgaria..

Selesai semua da makan, da solat. kami ke Station Train ambil bag di locker dan ke Sofia Serdica Bus Station. Ini lah bas METRO untuk kami ke Istanbul. Super selesa siap ada bas attandence siap bg snack, air dan sebagainya..

Jom tido..perjalanan dari Sofia ke Istanbul sdalam 9 jam..

Budget per person:
• Taxi return – RM9.50
• Peter Pan Hostel (1xNight) – RM80.00
• Overnight Bus from Sofia Serdica Bus Station to Istanbul – RM135.20 (8.3 hours)

IG Hightlight – noratajharun

Ok sambung di Next/Last Country jelajah Balkan Istanbul Turkey