Stories

Pada zaman sekarang, ramai wanita memiliki pendidikan serta kerjaya yang hebat. Perkara itu menyebabkan ada dalam kalangan isteri perlu bermusafir ke luar negara bagi urusan kerja selain melanjutkan pelajaran ke luar negara. Persoalannya, bolehkah seorang wanita atau isteri pergi ke luar negara tanpa ditemani suaminya? Fadliya Alor Gajah,...

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Dracula aka Vlad III, juga dikenali sebagai Vlad The Impaler (Vlad Si Penyula) 
[ Dikemaskini pada 19 Oktober 2014 ] Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen. Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden. Dan yang terbaru tahun 2014, adalah filem Dracula Untold, yang nyata secara terang menterbalikkan sejarah yang sebenar.

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna

Kisah Dracula   sebenarnya merupakan pembesar Wallachia, berketurunan Vlad Dracul. Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit. Kedua-dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia . Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah. Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.   Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula. Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala. Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab.   Pertama, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib. Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai-ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero. Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania, Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan-pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya. Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.
Utusan Sultan Mehmed II
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya. Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib. Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam, yang mengalahkan Dracula. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini. Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Penutup

Barat sentiasa berterus-terusan mencuba memutar belit fakta dengan pelbagai perkara, dengan tujuan supaya umat Islam sendiri terkeliru. Kerana mereka tahu bahawa umat Islam semakin lemah dan malas untuk membongkar sejarah yang sebenarnya. Semoga kita tidak terjatuh kedalam perangkap permainan Barat yang ingin melemahkan jati diri umat Islam. Sebarkan pengetahuan ini kepada saudara kita yang lain supaya semua orang mengetahui siapa itu Vlad Dracul (Dracula) yang sebenarnya! - Sumber Era Muslim

Stari Most adalah sebuah jambatan Uthmaniyyah kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina. Ia merentangi sungai Neretva dan dua bahagian bandar ini. Stari Most digunakan selama 427 tahun sebelum dimusnahkan pada 9 November 1993 oleh tentera Croat semasa Perang Bosnia-Croatia. Wikipedia

Trip Balkan Winter

Ditubuhkan oleh Saxon Transylvanian pada abad ke-12, Sighişoara adalah sebuah bandar kecil abad pertengahan yang strategik dan komersil penting di pinggir Eropah tengah selama beberapa abad. Dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, permata abad ke-16 yang sangat utuh ini dengan sembilan menara, jalan berbatu, rumah burgher dan gereja-gereja hiasan yang cantik dengan jalan-jalan bersejarah Old Prague atau Vienna untuk keajaiban atmosfera. Ia juga merupakan tempat kelahiran Vlad Dracula, yang juga dikenali sebagai Vlad Tepes (Vlad the Impaler), penguasa wilayah Walachia dari tahun 1456 hingga 1462. Ia adalah orang yang mengilhamkan penciptaan fiksyen Bram Stoker, Count Dracula.

Trip Balkan Winter (Budapest, Hungary)  🇭🇺

Hungary adalah Bandar yang paling cantik di waktu malam, Penuh dengan lampu². Hungary, sebuah negara di central Europe. Ibu negaranya ialah Budapest. Sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Well known for its rich cultural history.  Hungary bersempadan dengan Slovakia, Romania, Serbia, Croatia, Slovenia, Austria dan Ukraine. Penduduknya ada 10 juta orang. Hungary joined European Union (EU) sejak 2004 tapi guna matawang sendiri Hungarian forint (HUF) dan tak guna Euro.

Trip Balkan Winter 🇭🇷

Plitvice Lakes National Park  is one of the oldest and largest national parks in Croatia. In 1979, Plitvice Lakes National Park was added to the UNESCO World Heritage register. The national park was founded in 1949 and is in the mountainous karst area of central Croatia, at the border to Bosnia and Herzegovina. The important north–south road that passes through the national park area connects the Croatian inland with the Adriatic coastal region. The protected area extends over 296.85 square kilometres (73,350 acres). About 90% of this area is part of Lika-Senj County, while the remaining 10% is part of Karlovac County. Each year, more than 1 million visitors are recorded. Entrance is subject to variable charges, up to 250 kuna or around €34 per adult per day in summer 2018. - wikipedia

Trip Balkan Winter 🇧🇦

You people who started the war, You people who are killing our dearest, You people who are burning our homes, Throw down yours arms, Throw away the beastly things that no one needs, You'll never separate our hearts from the people who died, Because they always live in our minds....

Trip Balkan Winter 🇧🇦

Melancong di negara² yang "rare" atau jarang orang pergi off course terasa lain dari yang lain. Selain itu, kos travel kat sana cam makan dan tempat tinggal memang murah berbanding negara² tumpuan pelancong.  Tak ramai pilih Bosnia sebagai salah satu destinasi. Bosnia merupakan salah satu negara di Eropah Timur dan termasuk di dalam kategori negara Balkan. Bosnia sangat cantik sebenarnya. Lebih cantik dari negara² eropah barat. Cuma mungkin dari segi kemajuan membuatkan negara ini tidak begitu popular di kalangan pelancong².

Trip Balkan Winter 🇭🇷

"Pearl of the Adriatic," Itu lah jolokan untuk pulau cenonet di Croatia iaitu Dubrovnik.  Pada tahun 1991, selepas perpecahan Yugoslavia, Dubrovnik dikepung oleh tentara Serbia dan Montenegrin Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) selama tujuh bulan dan mengalami kerosakan yang ketara akibat serangan. Selepas kerja pembaikan dan pemulihan pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, Dubrovnik muncul semula sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Mediterranean -wiki

Trip Balkan Winter 🇲🇪

Kotor, permata Balkan. Negara ke 3 untuk trip Balkan ni adalah Montenegro. Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya untuk masuk ke Montenegro tak perlu kan Visa. Montenegro adalah sebuah negara pecahan daripada Yugoslavia. Negara ini bersempadan dengan negara Croatia, Bosnia, Serbia, Kosovo dan Albania. Next bandar yg kami terjah adalah Kotor. Nama je Kotor, tapi sebenarnya bandar ini sangat bersih! Kotor merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai Montenegro. That's why chanteekkk..Old town dia dalam satu kawasan macam kampung yang complete ada hotel, restoran, kedai² souvenir, church, tapi makanan halal almost tak ada kat sini. Saya sempat terberangan, bestnya ada satu perkampungan dalam satu tembuk. semua keluarga dalam ni..kalau hari raya mesti meriah haha (saya terberangan jer)..