Stories

CORK - CLIFF OF MOHER GALWAY IRELAND

Bismillahirahmanirrahim  
Malam tadi tidur awal giler..huda kata masuk je bilik da gelap..haha maklum la ngantuk giler smlm + letih.
hari ni bangun penuh rasa kesegaran. lps breakfast by miss Zakiah..sodap..dan huda tapau utk lunch nanti ..then kemas2 dan bersiap2 nk gerak ke GALWAY.. Ireland mempunyai banyak tempat tarikan semulajadi yang sgt amazing, salah satunya adalah Cliff Of Moher..sesiapa yg plan nk g Ireland..tempat ni wajib kena ada dlm list..

LONDON - DUBLIN - CORK IRELAND

Bismillahirrahmanirahim
lepas solat subuh kat dalam airport ni and lps security check, kami dengan lenggang kangkung anak kak limah siap breakfast santai2 tetibe tringat "didee, kan hari ni Daylight Saving" didee pun tgk jam dia..pastu kami berlari2 sbb time tu da nk kul 6pg..mean kalau flight kita kul 7..da jadi kul 6.. diawalkan sejam..
gelabah giler , da la jauh gate dia..paling hujung..pastu tgk masih ada yg beratur, cam perghhh lega berpeluh2 ko haha..kami org paling last la naik..haiii keje giler..

KOTA LONDON

Bismillahirahmanirrahim Lepas breakfast, saya dan didee sambung round Kota London.  Dengan berjalan kaki dari rumah Liyana ke Hyde Park, Royal Albert Hall, Museum dan menaiki bas ke Camden Street dan naik Tube ke Oxford Street..Alhamdulillah cuaca x hujan dan x panas..hehe yg penting x hujan..ye idok..

Warner Bros. Studio Harry Potter

Bismillahirrahmanirahim

Very excited..yay team Harry Potter..ari ni bangun pagi pas baca Al-Mathurat reramai serumah, saya bersiap untuk ke Watford Junction di mana terletaknya Studio penggambaran Harry Potter..semua movie dia saya da layan..da besar da ko Harry..Eceli film ni follow dr novel JK Rowling, punya la hebat imaginasi dia..perghh..

Sheffield - London

Bismillahirrahmanirrahim

next to LONDON CiTY

kat sini subuh kul 4 pagi..sblm book tiket (online) beberapa bulan sebelum, saya da check waktu subuh (siang) so saya book tiket bas (megabus) kul 6.00pg camtuh untuk ke Kota London..so kul 5 pg da gerak dari rumah didee dengan menaiki teksi ke Meadowhall Station Bus..kat sini tempah teksi just online cam kat Mesia gak (uber/grab teksi)..senang kan..
igt, kena datang awal..sbb any public transport x akan tggu uolssss.. klu da terlepas kena beli tiket baru..so jangan bawak perangai 'janji melayu' ko tu kat sini..

Peak District - Mayfield Alpacas - Botanical Park

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah day 4 di Sheffield GB. Hari ni sesi nature. lihat keindahan alam..my fav Hiking ke Peak District National Park dan Mayfield Alpacas dan Botanical Park. Nak naik ke peak district ni ada byk pilihan. Kereta. Bas. Basikal ataupun jalan kaki.. klu dr bus stop ke puncak jalan kaki 2 jam +-. Permandangan x yah cakap. Subhanallah 'amazing'.. sejuk pun jgn cakap 'semput'..ketaq lutut. Bawak bekal..konon ala2 picnic gituh. nasi membeku tp layan je.. enjoy dan seronok.. warga2 emas pun hiking bagai.. super mom gendong anak hiking. What an amazing experience.

Sheffield - Manchester - Sheffield

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah hari ke 3 di bumi Allah Sheffield. Jujurnya saya suka Sheffield. Ketenangan n kedamaian ada di bandar ini..bkn busy city..(byk kali da puji sheffiled ni) . 8am da gerak dr Sheffield ke Manchester. Drive 2 jam bg amatur yg jln dgn kabus tebal, bengkang bengkuk + berhenti tepi jln tgk view cantik subhanAllah. Plus dgn jem skit..

Tour Sheffield

Bismillahirrahmanirahim

bangun pagi lepas sarapan kat umah, saya dan didee bergerak ke bus stop untuk ke opis BUDGET Car rental..keluar je dr pintu rumah..masyaALLAH sejuknya alang kepalang..menyucuk2 kulit muka..serius saya x blh nk tahan..berbungkus dr atas sampai bawah body saya..didee jalan laju je.."didee slow la skit, sejuk ketaq kaki"..bila naik bas..cam perghh lega.. cuaca kat luar tu 4˚c..didee cakap tram kat sini share jalan demgam kenderaan lain cam kereta bas n motor so kena extra carefull..ok agak menarik..

Berikut ialah TIPS sebelum menaiki kapal terbang, aksesori dan pakaian yang tidak digalakkan dipakai bila anda nak "fly", dan etika bila di udara melalui pengalaman saya sepanjang 5 tahun menjadi traveler.