Allianz arena Tag

Allianz Arena Munich --> Berlin

Bismillahirrahmanirahim

Allianz Arena merupakan stadium bola sepak yang terletak di Munich, Bavaria, German, dengan kapasiti 75.024 tempat duduk. Stadium ini mempunyai luaran yang disalut dengan panel plastik ETFE yang boleh mengembang, dan merupakan stadium pertama di dunia dengan warna luaran yang boleh berubah. Terletak di 25 Werner Heisenberg-Allee, Allianz Arena merupakan stadium terbesar ketiga di German selepas Signal Iduna Park di Dortmund dan Olympiastadion di Berlin. Dua kelab bola sepak professional iaitu FC Bayern Munich dan TSV 1860 München, telah menggunakan Allianz Arena sebagai stadium bola sepak sejak musim 2005-06. Kedua-dua kelab sebelum ini berpangkalan di Stadium Olimpik Munich sejak 1972.