Charlie Checkpoint Tag

Potsdam --> Charlie Checkpoint Berlin

Bismillahirahmanirahim

Potsdam ialah ibu negara dan bandar terbesar negeri persekutuan German Brandenburg. Dari bandar Berlin dalam 45 minit jer. Potsdam adalah tempat tinggal raja-raja Prusia dan Kaiser (Maharaja/Caesar) German, sehingga tahun 1918. Seni bina dan landskap Potsdam bertujuan sebagai untuk mengingatkan penduduknya pentingnya hubungan mereka dengan alam semula jadi. Di sekitar bandar terdapat taman-taman dan istana Sanssouci, Tapak Warisan Dunia yang terbesar di German. Potsdam berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di German pada abad ke-19.