germany Tag

Tour Berlin ( History )

Bismillahirahmanirahim

Berlin adalah ibu negara Germany dan ianya sebuah kota metropolitan yang teratur dan jauh daripada hiruk pikuk jalan raya, jem dan kesesakan kenderaan. Dan pengangkutan awam adalah sangat efisien serta harga tiket daily ticket adalah berpatutan dan cover banyak tempat. Disini juga bandar yang multiracial. Dari sini anda boleh rancang ke Hamburg atau ke negara jiran seperti Chezch Republic. Kat sini makanan halal senang didapati...cuma kena keluar ke outskirt skit. Banyak tempat dan bangunan bersejarah yang boleh dilawati.

Munich --> Berchtesgaden

Alhamdulillah hari ke 3 di Munich, Germany. Plan saya hari ni nk g Berchtesgaden. Di situ terdapat 2 tasik yang sgt cantik iaitu Tasik Königsee dan Öbersee. Asalnya adalah satu tasik yang besar namun selepas kejadian tanah runtuh, tasik ini terpisah dua.  Jika anda sukakan alam semulajadi dan ingin melihat pemandangan yang cantik berlatarbelakangkan pergunungan yang diliputi salji seperti di dalam poskad, inilah tempatnya. Anda pasti akan ternganga dan perkataan “subhanallah” tidak lekang dari bibir anda.