itaewon Tag

 

Istana Gyeongbok adalah sebuah istana yang terletak di utara Seoul (Gangbuk), Korea Selatan. Istana ini terdiri daripada 5 istana besar dan merupakan yang terbesar dibina oleh Dinasti Joseon.

Istana Gyeongbok pada asalnya diasaskan pada 1394 oleh Jeong do Jeon, seorang arkitek. Istana ini hancur pada  pencerobohan Jepun ke Korea tahun 1592-1598 dan dibina lagi selama tahun 1860-an dengan 330 buah kompleks bangunan dengan 5.792 bilik. Berdiri di kawasan seluas 410,000 meter persegi, Istana Gyeongbok adalah simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea. Setelah pembunuhan Maharani Myeongseong oleh mata-mata Jepun pada tahun 1895, Raja Gojong meninggalkan istana ini bersama ahli keluarganya yang lain dan tidak  pernah kembali.