Munich Tag

Allianz Arena Munich --> Berlin

Bismillahirrahmanirahim

Allianz Arena merupakan stadium bola sepak yang terletak di Munich, Bavaria, German, dengan kapasiti 75.024 tempat duduk. Stadium ini mempunyai luaran yang disalut dengan panel plastik ETFE yang boleh mengembang, dan merupakan stadium pertama di dunia dengan warna luaran yang boleh berubah. Terletak di 25 Werner Heisenberg-Allee, Allianz Arena merupakan stadium terbesar ketiga di German selepas Signal Iduna Park di Dortmund dan Olympiastadion di Berlin. Dua kelab bola sepak professional iaitu FC Bayern Munich dan TSV 1860 München, telah menggunakan Allianz Arena sebagai stadium bola sepak sejak musim 2005-06. Kedua-dua kelab sebelum ini berpangkalan di Stadium Olimpik Munich sejak 1972.

Munich City

Bismillahirahmanirahim

Munich merupakan ibukota dari negara bahagian Bavaria, German. Nama asal kota ini bagi warga German sebenarnya bukanlah Munich tapi München. Namun kerana penduduk di luar German susah untuk menyebut München, jadilah diciptakan nama baru untuk memudahkan iaitu Munich. Munich merupakan kota terbesar ketiga di German setelah Berlin dan Hamburg. Kota ini memiliki slogan yang menarik iaitu München mag dich yang berarti Munich mencintaimu. So sweet..Ianya terletak di selatan Germany dan merupakan tempat famous dengan BMW, FC Bayern dan juga OktoberFest. Disini  juga ada banyak bangunan bersejarah dan taman bunga. Dan dari sini boleh ke Austria...kerana ianya bersempadan dengan Austria.

Zurich Swiss --> Munich Germany

Bismillahirahmanirrahim

Bandar yang mendapat jolokan ‘the most liveable city’, adalah hab kewangan di sini. Walaupun Zurich adalah bandar terbesar di Switzerland, tapi ia cuma ada 390,000 penduduk (berbanding KL, 1.6 juta x termasuk bangla + indon, dan Jakarta 20 juta!).