sheffield Tag

Univ. of Sheffield -> City Centre Bismillahirahmanirahim

 

Sedikit sejarah tentang Sheffield, di anggap sebagai 'kampung terbesar di Britain'. Hakikatnya Sheffield adalah bandar kelima terbesar di UK. Terletak dalam lembah Sungai Don, bandar Sheffield berhampiran pertemuan lima sungai dan ia dibangunkan di atas lereng bukit. Sebahagian besar kawasan Sheffield masih diliputi tumbuhan hijau. Dikatakan mengalami krisis identiti, Sheffield seolah-olah sedang dilahirkan semula dengan dua buah universiti bertaraf dunia iaitu University of Sheffield (tempat didee blaja) dan Sheffield Hallam University.  Jika dilihat pada persekitarannya, Sheffield sedang menjalani program regenerasi terbesar dengan kebanyakan bangunan lama dan usang telah digantikan dengan bangunan-bangunan moden. Kita akan mendapati terdapat dua pecahan dalam bandar. Kedai-kedai berjenama dan kafe-kafe moden terletak di bahagian selatan manakala kedai-kedai kecil dan pasar terletak di sebelah utara. Oleh kerana satu pertiga dari Sheffield terletak dalam kawasan Peak Districk National Park, maka rugi jika tidak berkunjung ke Chatsworth, Bakewell, Matlock, Matlock Bath dan kawasan sekitarnya yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan dan panorama yang begitu mengkagumkan. -google

Sheffiled UK

Bismillahirahmanirahim

Jam 4 alarm bunyi, so bangun bersiap ambil wuduk dan solat subuh dalam multi faith prayer room td Subuh kat sini kul 3.30am camtu.. then kul 5 gerak ke First TransPennine, Manchester Airport railway station, tiket saya kul 5.55am, tempahan awal sebulan camtu..sementara tunggu tren sampai saya breakfast nasi goreng lebih semalam yang kakak semalam bagi tu..licin la..lapar..lepas tren bergerak..msj didee tp x balas..huhu..sampai station Sheffield, tringat didee bawak naik teksi masa mula2 saya sampai dulu..so amek teksi situ dan bg alamat..sampai rumah didee, didee slumber cakap muka saya sunburn..erk tp mmg pun kot sbb saya terlupa bawak spf cream so tu la..naseb la..patutla dlm gambar nmpak gelap jer..didee cam x berminat sgt nak dengar cerita saya travel sbb dia lg berminat dengan coklat coklat belgium yg saya beli tu, mmg sedap gilos..pastu didee ada kelas hari ni so saya membuta je sepanjang hari (qada' kepenatan travel)..

Peak District - Mayfield Alpacas - Botanical Park

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah day 4 di Sheffield GB. Hari ni sesi nature. lihat keindahan alam..my fav Hiking ke Peak District National Park dan Mayfield Alpacas dan Botanical Park. Nak naik ke peak district ni ada byk pilihan. Kereta. Bas. Basikal ataupun jalan kaki.. klu dr bus stop ke puncak jalan kaki 2 jam +-. Permandangan x yah cakap. Subhanallah 'amazing'.. sejuk pun jgn cakap 'semput'..ketaq lutut. Bawak bekal..konon ala2 picnic gituh. nasi membeku tp layan je.. enjoy dan seronok.. warga2 emas pun hiking bagai.. super mom gendong anak hiking. What an amazing experience.