travel budget Tag

Trip Balkan Winter 🇧🇦

You people who started the war, You people who are killing our dearest, You people who are burning our homes, Throw down yours arms, Throw away the beastly things that no one needs, You'll never separate our hearts from the people who died, Because they always live in our minds....

Trip Balkan Winter 🇧🇦

Melancong di negara² yang "rare" atau jarang orang pergi off course terasa lain dari yang lain. Selain itu, kos travel kat sana cam makan dan tempat tinggal memang murah berbanding negara² tumpuan pelancong.  Tak ramai pilih Bosnia sebagai salah satu destinasi. Bosnia merupakan salah satu negara di Eropah Timur dan termasuk di dalam kategori negara Balkan. Bosnia sangat cantik sebenarnya. Lebih cantik dari negara² eropah barat. Cuma mungkin dari segi kemajuan membuatkan negara ini tidak begitu popular di kalangan pelancong².

Trip Balkan Winter 🇭🇷

"Pearl of the Adriatic," Itu lah jolokan untuk pulau cenonet di Croatia iaitu Dubrovnik.  Pada tahun 1991, selepas perpecahan Yugoslavia, Dubrovnik dikepung oleh tentara Serbia dan Montenegrin Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) selama tujuh bulan dan mengalami kerosakan yang ketara akibat serangan. Selepas kerja pembaikan dan pemulihan pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, Dubrovnik muncul semula sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Mediterranean -wiki

Trip Balkan Winter 🇦🇱

Piramid Tirana (Albanian: Piramida) adalah sebuah struktur dan bekas muzium yang terletak di Tirana, Albania, Eropah. Latar Belakang Pada 14 Oktober 1988, bangunan ini dikenali sebagai Enver Hoxha Museum, yang pada asalnya berfungsi sebagai muzium tentang warisan Enver Hoxha, pemimpin lama Komunis Albania (Perdana Menteri Albania pada 1944 - 1954), yang telah meninggal dunia tiga tahun sebelumnya. Struktur ini direka bentuk bersama oleh anak perempuan Hoxha Pranvera Hoxha, seorang arkitek, dan suaminya Klement Kolaneci, bersama dengan Pirro Vaso dan Vladimir Bregu. Apabila dibina, Piramid dikatakan sebagai struktur individu yang paling mahal yang pernah dibina di Albania.  - wikipedia

Trip Balkan Winter 🇬🇷

Athens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewi Athena berdasarkan mitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². - wikipedia