trip balkan Tag

Stari Most adalah sebuah jambatan Uthmaniyyah kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina. Ia merentangi sungai Neretva dan dua bahagian bandar ini. Stari Most digunakan selama 427 tahun sebelum dimusnahkan pada 9 November 1993 oleh tentera Croat semasa Perang Bosnia-Croatia. Wikipedia

Trip Balkan Winter 🇧🇦

Melancong di negara² yang "rare" atau jarang orang pergi off course terasa lain dari yang lain. Selain itu, kos travel kat sana cam makan dan tempat tinggal memang murah berbanding negara² tumpuan pelancong.  Tak ramai pilih Bosnia sebagai salah satu destinasi. Bosnia merupakan salah satu negara di Eropah Timur dan termasuk di dalam kategori negara Balkan. Bosnia sangat cantik sebenarnya. Lebih cantik dari negara² eropah barat. Cuma mungkin dari segi kemajuan membuatkan negara ini tidak begitu popular di kalangan pelancong².

Trip Balkan Winter 🇲🇪

Kotor, permata Balkan. Negara ke 3 untuk trip Balkan ni adalah Montenegro. Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya untuk masuk ke Montenegro tak perlu kan Visa. Montenegro adalah sebuah negara pecahan daripada Yugoslavia. Negara ini bersempadan dengan negara Croatia, Bosnia, Serbia, Kosovo dan Albania. Next bandar yg kami terjah adalah Kotor. Nama je Kotor, tapi sebenarnya bandar ini sangat bersih! Kotor merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai Montenegro. That's why chanteekkk..Old town dia dalam satu kawasan macam kampung yang complete ada hotel, restoran, kedai² souvenir, church, tapi makanan halal almost tak ada kat sini. Saya sempat terberangan, bestnya ada satu perkampungan dalam satu tembuk. semua keluarga dalam ni..kalau hari raya mesti meriah haha (saya terberangan jer)..