The Munich Football Temple

The Munich Football Temple

Allianz Arena Munich –> Berlin

Bismillahirrahmanirahim

Allianz Arena merupakan stadium bola sepak yang terletak di Munich, Bavaria, German, dengan kapasiti 75.024 tempat duduk. Stadium ini mempunyai luaran yang disalut dengan panel plastik ETFE yang boleh mengembang, dan merupakan stadium pertama di dunia dengan warna luaran yang boleh berubah. Terletak di 25 Werner Heisenberg-Allee, Allianz Arena merupakan stadium terbesar ketiga di German selepas Signal Iduna Park di Dortmund dan Olympiastadion di Berlin. Dua kelab bola sepak professional iaitu FC Bayern Munich dan TSV 1860 München, telah menggunakan Allianz Arena sebagai stadium bola sepak sejak musim 2005-06. Kedua-dua kelab sebelum ini berpangkalan di Stadium Olimpik Munich sejak 1972.

Hari ni last day saya di Munich, bangun pagi lepas breakfast, kemas barang2 semua, hari ni santai skit x rushing sbb plan hari ni nk g Stadium Allianz Arena je..Tiket tour stadium malam tadi baru beli online..seb bek dapat yg kul 10.30 am..tapi pasrah sbb tour dalam bahasa German..ada gak tour English tp kul 1 pm je..saya x dapat join kul 1pm sbb rushing ke stesen Munchen Hbf utk catch up tren ke Berlin..

Ini itinerary saya hari ni

Of cos saya akan merindui tempat simpan basikal ni sbb unik..berdekatan dgn Station Garching.

Sedih nk tinggalkan mini studio cute Munirah..Apartment dia sgt cute, sesuai utk seorang dan privacy tp complete semua siap kitchen..(gambar x de sbb hp hilang, semua gambar dlm tu)..lepas say goodbye n Thanks kat Munirah, saya tumpang letak backpack di ruang menunggu di apartment..so saya gerak dr Garching station ke Frotmanning Station (Allianz Arena) dekat sgt dalm 1 station je.. tapi kalau anda dari Munich East Station to Marienplatz a central transfer hub, amek S-Bahn. Dari Marienplatz amek U6 underground line (in the direction of Garching-Hochbrück) to Fröttmaning. 16 minit je… Bila dah sampai kat train station tu, kene menapak lagi..agak jauh gak la tp no problem hehe…

finnally saya menjejakkan kaki di Stadium Allianz Arena , selama ni tgk kat TV je..Alhamdulillah..

sampai je terus masuk entrance dia n tunggu di panggil untuk tour, bawak resit ni atau tunjuk je dr smart phone, dia just nak scan barcode tu je.. beli tiket tour kat sini

kat sini x macam tour kat Old Trafford Stadium..kawasan ni depa pagar x bg duduk ke camtu so blh tgk dari jauh je huhu..

cam biasa beli souvenir skit..

      ni koleksi jersi2 yang team Bayerm guna dan kat bawah tu Piala2 yg depa menang..

  

 

saya andaikan mereka ni semua orang German kot sbb khusyuk sgt dengar, saya mmg x paham satu hapa pun la kan..baca kt google je la..  

lepas tour dalam sejam +-, saya terus rushing naik tren balik ke Garching apartment Munirah untuk amek backpack..then jom gerak ke Muchen HBF perjalanan tren dlm 30 minit camtu..

sampai sana terus cari terminal gate..make sure print out tiket tu beli online awal tuk dpt harga murah.. beli tiket kat sini

Saya akan menaiki ICE salah satu tren paling laju di Eropah..merasa gak haku..perjalan mmg jauh hampir 7 jam tapi tukar sekali dekat Gottingen..Dun Worry kt tiket tu dia ada bgtau..just aware je announcement dia haha..dalam perjalanan tidur on off sbb panorama kat luar pun agak menarik dan cantik..seat pun x penuh..kat sini binatang cam anjing (pet) mmg boleh bawak masuk tren so uols jangan plak cam terkejut or mencanak2 lari ke apa sbb pet depa sgt baik x usik org..colmel plak saya tgk pet depa..kat screen ice ni siap tules lagi kelajuan tren tu..sampai cecah 300km/j perghhh tapi bestnya x rasa langsung getar kat rail ke apa..hebat betul teknologi depa..cam biasa dlm tren ada toilet so amek wuduk dlm toilet n solat dalam tren..makan just roti..dan air milo panas dlm flusk..

sampai Berlin Hbf kul 9.30 mlm..follow je signage exit ke bus station..google maps cari ni bas untuk ke hotel yang saya da book awal2..dalam 15 minit gak tunggu bas..

Kena carefull skit, jaga semua bag sbb agak lengang skit kat ruang tunggu bas ni..

masa kat Malaysia book hotel ni saya da berkomunikasi (email) dengan staff hotel ni tanya kena naik bus no apa dan apa semua..so dia bg option dan sgt membantu..sgt memudahkan saya alhamdulillah..

lepas turun bas, jalan kaki skit sampai dah Easy Hotel Berlin..lepas ambil kunci bilik , masuk bilik…arghhhh selesanya….apa lagi rendam maggie dan makan, solat jama dan study maps public transport untuk esok…TQ ALLAH permudahkan segala urusan dan perjalanan saya..

     

bilik dia mmg sgt kecik tp no big deal..selesa dan agak murah..harga ada kat itinerary..bersih bilik dia..stay 2 malam di sini..

Good night Berlin..