Tips dan Budget ke Seoul, Korea

Tips dan Budget ke Seoul, Korea

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya dan sorang alumni al amin Nu’aimah Aris dengan izin Allah telah sampai dan berjalan melihat keindahan Seoul pada 4-11 feb 2017 (8 hari). Saya ke Seoul bukan sebab pengaruh K-Pop tau..sebab ramai pikir kalau pergi Korea ni sure gila K-PoP..not true..saya jarang tenguk drama or movie Korea or any entertainment pasal Korea.

Di sini nak share sedikit pengalaman , budget dan info dapat di kongsi bersama..tidak la perfecto tp leh la kan..

masa saya pergi currency KRW1000 = RM3.78

Cadangan saya if nak tukar duit dengan jumlah yg banyak. pergi money changer di NU Sentral or Mid Valley.  depa bagi harga yang cun.

Pengangkutan

1. Tiket Flight Air Asia KUL-INCHEON-KUL (return) – RM 690.00 (without luggage n meal)

2. Subway Tren – topup T-Money (like TnGo) – RM98.28 (KRW26000)

3. Bus Express – RM246.46 (Sokcho and YongPyeong)

4. Cabel car – RM117.18 (Seorak Mount/Namsan Tower/Dragon Peak)

5. Gaeboat (Sokcho) – RM1.51

Penginapan

1. Beewon Guesthouse (Jongno-gu) 5xnight = RM241.68
2. The Egg GuestHouse (Sokcho) 1xnight = RM75.50
3. Airport Night 1xnight = FOC

Entrance fee

1. Seoraksan National Park =RM22.68
2. Gyeongbokgung Palace = RM13.23
3. Lotte Themepark =RM113.40

Travel Insuran

1. AXA travel Insuran VIP = RM39+- 8 hari
https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

Jumlah keseluruhan untuk seorang = RM1645.69 +-

(tidak termasuk makan dan shopping) makanan kami save sebab bawak makanan sendiri dari Malaysia

dan x de shopping samgat pun setakat FMagnet n beauty product

Tips:

1. Ada 4 musim di Korea Selatan
Sejuk – Dec to Mac
Bunga – Mac to Mei
Panas – Julai to Ogos
Luruh – Sept to Nov

2. Flight mmg beli awal dlm bln Jun 2016, time AA buat offer..tapi dengar ada yang dpt lagi murah huhu..

3. Makanan banyak bawa sendiri dari Msia, Mini Rice Cooker Electric Portable Travel Cooking pun bawa sendiri..saiz kecik je saiz roti gardenia..boleh tenguk kt lazada (knp bawak rice cooker?..sebab dok pikir travel kali ni x banyak pindah dari satu tempat ke satu tempat so senang dan masa email guesthouse tanya dia ada tak rice cooker..depa x jawab, so utk langkah selamat, bawa je) jangan tanya makanan apa yang kena bawa..kang kena sepuk hehe tapi saya rekomen beli Sotong Sambal brand Sharifah..mmg sedap..Giant Batu Caves ada, travel kali ni kos duit makan yg keluar dr poket hanya RM130.79 (termasuk mengopi, buah dll). Nuaimah jenis teratur n kemas. dia siap kumpulkan makann dlm satu tempat. bagus. tq Allah beri travel buddie yg best.

4. Install Apps Korea Subway – please merasailah fefeling naik public transport dia hehe..pengalaman tau..Subway di Seoul byk perlukan transfer line..sbb tu kena study. contoh klu nk g mid valley dr rawang. kena turun dekat KL sentral pastu tukar platform 3 dan naik tren lain untuk ke mid valley..(contoh mudah)

5. Saya x ambil portable wifi or any internet pakej.. sbb Korea free wifi di mana² hehe..

6. Kalau pergi dlm group , bahagi kan tugas, saya lebih uruskan sebelum pergi cth, saya byk uruskan itinerary, book hotel n budget. Nuaimah pula semasa di sana memasak n baca maps.

7. Travel Adapter sgt penting..sebelum g pastikan jenis penggunaan socket sesebuah negara..

8. T-Money card (macam Touch n Go kat Msia) untuk akses semua public transport kt Seoul..boleh jimat KRW100 setiap touch berbanding beli tiket. saya pinjam je kad ni dr someone yg da penah g n just topup je.. if x de , beli je kat kedai² cam 7E setiba di Airport, KRW3000.

9. Kena rajin study Subway Maps, ada banyak color, orange, purple, hijau bagai..n kena igt Exit mana² sbb byk pintu exit..Stesen dia bertingkat² bawah tanah dan x semua ada esculator, ada yg kena naik tangga n make sure berdiri dan jalan sebelah kanan dan tren depa sangat efisyen ketepatannya, cuma bila naik tren malam² mmg akan ada bau masam, x suka..paham² je la bau alkohol la kan..

10. Orang korea sgt lemah lembut so jgn cakap kasar atau menjerit² dengan mereka.

11. Bahasa mmg satu masalah utama sbb mereka x paham n x boleh bercakap English kecuali orang² yg berbisness dan tourist information haha.. so gunakan simple² english dengan mereka, x payah nk slang filipino sgt.. klu nak pergi gombak, cakap je ‘GOMBAK‘ sambil tunjukkan maps atau tidak.. x yah cakap “boleh tunjukkan saya bagaimana saya hendak ke GOMBAK”.. ini akan buat mereka terus say ‘no’. x semua. tp ada juga yg bersungguh-sungguh nk bantu even ko cakap jawa dan dia balas bugis.

12. Orang korea mmg sgt mementingkan penampilan diri n kecantikan haha..sgt berbeza dengan saya, apa yg ada kat muka, tu je la, x de tepek pape..pasrah. even makcik² korea pun kemain bermekap sakan..sbb tu korea terkenal dgn natural beauty produk..dun worry saya x buat plastic surgery kat sini..

13. Couple remaja kt sini agak annoying..byk drama n scene lagi² bila ko beratur kat themepark..bertabahla..depa ni cam ‘kasih-sayang ni hanya milik mereka berdua je kat dunia ni’

14. Kenapa saya tak g Busan n Jeju.. Sbb utama masa dan Kos. untuk Busan sgt cun klu dapat spent 2 hari full kat sana dan jeju pun 2 hari full..so saya x nak pergi sana sekadar touch n go atau memenuhi bucket list..insyaALLAh ada rezeki dan panjang umur..akan ke sana..

15. Kenapa saya x pergi Nami Island..byk review cakap musim sejuk di Nami x berapa cun so da alang² musim winter g la tempat winter kan cam yongpyeong tu..fefeeling main ski dan tgk meraka main ski n snowboard.

16. Penginapan saya guna apps trivago.com dan hotel.com untuk cari yang paling murah. Saya sengaja tidak memilih duduk di Itaewon walaupun tahu di sana byk kedai² halal sbb kami travel bajet so x nak abeskan duit makan kat sana hehe..iman x cukup kuat klu terhidu masakan depa kt itaewon. lagipun niat asal bkn nk food hunting..cukup dapat rasa makanan mereka sudah cukup..makan kat sana agak mahal..sekali hidang dlm RM24-40.00, sila nages..kena rajin google untuk tgk review penginapan. cari la yg dekat dgn public transport.

saya dapat guest house yg kecil tp selesa dan private bathroom lagi dan sgt murah Alhamdulillah cuma bad review byk bugs dan kulit saya mengalami alahan dan kebersihan x ‘star’ sgt..musim sejuk x perlu bwk baju byk, 2 atau 3 set cukup, dan yg bestnya guesthouse saya ada sediakan washing machine, free je klu nk basuh..Staff Guesthouse kt sini sgt peramah n baik..sikap dia menutup kelemahan hostel dia kah kah..

cuba merasai pengalaman tinggal di Guesthouse yang owner dia orang korea so boleh fefeeling n tgk cara mereka, kita cuba lari dari comfort zone..kalau sesat, jangan sombong..itu la masanya kita dapat berkomunikasi dgn mereka n lihat cara mereka melayan kita.

mereka x sombong tp masalah bahasa je yang buat mereka x nak bercakap dgn kita hehe so jgn cakap mereka sombong atau x nak tolong..

17. Jangan lupa email dekat Embassy Seoul mengatakan kita berada di sana pada tarikh sekian², just incase berlaku apa2 mereka da sedia maklum..bg emergency contact number kita kat msia kt depa..

18. Tolong pakai mini sling bag untuk letak duit dan passport dlm baju, passport adalah nyawa bila travel luar mesia.. semasa kami kat sana ada beberapa orang msia hilang duit n passport.

19. Kita pasti akan jumpa orang Msia kt sana, bagi la salam bila bertembung..buat apa nk sombong²..Guest house yg saya duduk ni mmg orang msia je yg penuh haha..tempat strategik n murah mungkin tu salah satu faktor..

20. Kalau nk beli beauty produk g la Myeongdong dan n kalau nk beli Souvenir g Namdaemun.. jgn terkejut mereka (peniaga) boleh cakap bahasa melayu haha..biasala orang nk berniaga..

21. Kalau ke Buchon atau Namsagol Hanok Village tolong la jaga suara kat sana sbb dia sana adalah perkampungan tradisional Korea dan kebanyakan rumah² di situ berpenghuni..so of kos depa pun suka privasi..tolong jangan menjerit² mengilai² gelak dan sebagainya..respect.

22. Hongdae adalah salah satu tempat yg sangat sebuk dan ada persembahan jalanan dan sbgainya tapi if nk tgk original life cara orang Korea kena g sini. muda mudi ramai.

23. Tolong jangan buang masa masuk Muzium setiap kali g negara orang..lagi² yang berbayar..eishhh ko da kenapa g sana g masuk muzium..byk tempat lain yg lagi better nk g selain muzium..

24. Bus Express dia sgt ikut masa dan jadual so jgn bawa perangai janji melayu kat sini.. Bus dia sgt selesa. cakap kat driver bas nak turun mana if x sure, so nnt dia panggil kita kalau da sampai..sbb dia akan stop beberapa tempat contoh dari KL nak ke JB, bas akan singgah N9 dan Melaka untuk ambil dan turun penumpang.

25. Permandangan nk ke Sokcho dan Yongpyeong sangat mempersonakan bila da nk sampai destinasi..so jgn tido..udara dia pun berbeza dengan bandar Seoul..sangat nyaman dan fresh..serius..

26. Itaewon sgt berbeza dengan tempat² lain, rasa dunia yg sgt berbeza sbb kat sini akan jumpa ramai imi/tourist dr pelusik dunia, so klu stay sini x fefeeling korea..tepuk dada tanya selera hehe..(hanya pandangan)

27. Mereka mengamalkan pengasingan dan Kitar Semula. so lepas makan or minum, sila bersihkan meja anda dan buang bekas² plastik or kertas di tempat yang di sediakan..tolong asingkan plastik/kertas/sampah.

28. Apa yang saya suka tentang Korea, negara mereka membangun dengan tenaga warganegara mereka sendiri, mereka tidak perlu Bangladeshian utk jaga 7Eleven, tak perlu Nepalian untuk jadi pak Guard, tak perlu Indonesian untuk tenaga buruh bangunan. Mereka hanya perlu mereka..

29. Please respect undang² setiap negara yang kita pergi. jangan buat benda pelik yg boleh buat mereka label kita sebagai sekian²..just be nice dengan semua orang.. n perkara yg baik kita lihat, bawak dan ikut semasa kita sdah pulang di Malaysia..ok..

30. Tolong jangan sebut dan gelak apabila mendengar bahasa mereka. Seolah² kita mempersendakan bahasa mereka if mereka dgr walaupun kita x ada niat begitu. so diam je..

31. Banyak je kedai makan seafood yg ‘di katakan halal di Korea’, tetapi saya tak berani nak share di sini sbb saya x mencubanya dan menilainya. sbb kami byk bwk makanan sendiri. Saya cadangkan bawak makanan dr Mesia sb kat sini even makan seafood tp pes dia kita x tahu campuran dia sbb korea mmg terkenal dengan serba serbi ingredient dia ada melibatkan cik babi..hanya cadangan sbb berinteraksi sendiri dengan pengalaman seorang solo traveler yg terpaksa kerja di kilang pemprosesan makan di sana..Saya sentiasa amalkan doa ini apabila saya hendak membeli sesuatu makanan.

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar sekiranya makanan yang hendak ku beli ini memudaratkan dan penghasilannya tidak memenuhi dan tidak di benarkan dlm agamaMU, maka kau timbulkan rasa curiga atau was-was dalam hatiku agar aku tidak memasukkan sesuatu yang haram dalam tubuh badan ku, ameen”

32. Tandas awam dia x de kepala paip. so bwk botol or wet tissue dan surau mmg x de so masuk mall or kedai baju n solat kt fitting room.

33. Alhamdulillah ada Syaza Nizam kat sini n ini antara salah satu sbb saya dtg korea sblm dia balik mesia 4 good. so byk info tentang korea blh dpt dengan mudah melalui syaza..

Breakdown Itinerary Seoul

Day1 4 Feb 2017

KUL-INCHEON AIRPORT (RETURN)
INCHEON AIRPORT -Hwayangdong 9-82 Gwangjin-gu Seoul
• Myeongdong (shopping)
• Insadong Street (shopping)
(STAY Beewon Guest House) x 2 Night free breakfast

Day2 5 Feb 2017

TOUR SEOUL
• Bukchon/Namsagol Hanok Village (south)
• Choong Ang High School (Goblin drama site)
• Namsan Tower/Village/PadLock
• Namdaemun
• Dongdaemun (selit g APM)
(STAY Beewon Guest House) free breakfast

Day3 6 Feb 2017

TOUR Sokcho
• Terminal bus station Seoul – Sokcho (3jam perjalanan by bus)
• Abai Village
• Fisheries Market
• Sokcho Beach
(STAY Egg House Sokcho Guesthouse )

Day4 7 Feb 2017

SOKCHO
• Sokcho-Mount Seorak (bus)
• Seoraksan National Park
(STAY Beewon Guest House) x 3 Night free breakfast

Day5 8 Feb 2017

•LOTTE ADVENTURE WORLD
(STAY Beewon Guest House) free breakfast

Day6 9 Feb 2017

SEOUL – YongPyeong Ski Resort (2 1/2 jam by bus Myeongdong –> Gangbyeon Station –> Station Dong Seoul —> Hoenggye Station)
• Dragon Peak
(STAY Beewon Guest House) free breakfast

Day7 10 Feb 2017

SEOUL
• Gyeongbokgung Palace (Istana Lama)
• Gwanghwamun Square
• Cheonggyecheon Stream
• Itaewon Mosque
(AIRPORT NIGHT)

Day8
BACK TO REALITY