Tips menaiki kapal terbang

Tips menaiki kapal terbang


Berikut ialah TIPS sebelum menaiki kapal terbang, aksesori dan pakaian yang tidak digalakkan dipakai bila anda nak “fly”, dan etika bila di udara melalui pengalaman saya sepanjang 5 tahun menjadi traveler.

✈️✈️✈️

1. Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, elakkan barisan yang ada keluarga dengan anak-anak kecil. Kecepatan mereka tak sama dengan anda yang solo atau berdua.

2. Untuk mempercepatkan pemeriksaan dan memendekkan barisan, penting untuk anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala alatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda, buka jaket/sweater, tali pinggang dan kasut boot, dan keluarkan duit syiling dari poket. Masukkan botol-botol cecair anda dalam satu plastik boleh zip yang lutsinar! Bergerak cepat bila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan!

3. Jangan beli air botol, sebaliknya bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua airport di dunia ada mesin air percuma tinggal isi saja, maka anda tak perlu pun beli air botol sebelum pemeriksaan ataupun selepas. Kan jimat duit! Botol kosong takkan dirampas ketika pemeriksaan.

4. Patuhi had saiz bagasi tangan!! Jangan degil bawa beg jauh lebih besar dari had. Ini ialah sikap penting diri! Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang.

5. Elakkan dari memakai terlalu banyak barang kemas. Kalau nak juga pakai, masukkan dalam plastik/beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan bolehlah pakai semula.

6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama dalam penerbangan “long-haul”. Dalam penerbangan panjang hampir setiap masa anda duduk di kerusi anda tanpa banyak pergerakan maka pakaian ketat boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tak mengalir. Selamatkan diri anda dari perkara ini.

7. JANGAN PAKAI KASUT TINGGI (heels) tak kiralah anda di kelas pertama, business atau ekonomi! Ini penting kerana tumit kasut tinggi BIASANYA TAJAM boleh bocorkan gelongsor kecemasan kapal terbang bila anda memijaknya dan ini boleh melambatkan pergerakan anda ketika waktu kecemasan! Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain! Pakailah kasut sarung/kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda ketika waktu kecemasan. Nak bergaya boleh bergaya nanti bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?

8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, “pack” baju sejuk/jaket tebal anda dalam bagasi kargo. Pakailah beberapa lapisan baju+jaket nipis ketika dalam kabin. Kalau nak juga bawa jaket tebal dalam kabin, pek guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini untuk menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam kapal anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal-tebal yang merimaskan. But please don’t steal the blanket!

9. Elakkan dari memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai. Bila berlaku kecemasan, skirt pendek anda takkan melindungi anda dari elemen cuaca+bahaya persekitaran, dan pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi-kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.

10. 3 MINIT PERTAMA dan TERAKHIR di setiap penerbangan ialah MINIT PENTING/masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka JANGAN TIDUR di 3 minit pertama dan terakhir ini!

11. Walau anda sudah terbang beberapa kali, sentiasa TUMPUKAN PERHATIAN terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap kapal mungkin berbeza dari kapal lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!

12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun takda “turbulence”! Benda macam ni datang tanpa amaran, dan anda tak mahu tercampak hingga kepala terhentak di “overhead compartment” dan yang lain-lain yang boleh men

yebabkan kecederaan serius.

13. Tolong jangan buka kasut jika anda tahu anda bukan jenis pembersih/ada kaki busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan penumpang lain. Kalau nak juga, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.

14. Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tak tahu kalau orang kerusi belakang sedang gunakan meja untuk makan/minum air panas dan sebagainya.

15. Ajari anak-anak anda untuk tak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan salah satu perkara paling tak disukai oleh kita semua ketika di udara. Usahakan, buat anak anda dengar nasihat anda bukan anda pula dengar kata mereka.

16. Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda dijamin ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tak dapat apa-apa. Be considerate!

17. Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi!

18. Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai, bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan/minuman! Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang barulah anda bangun.

19. Gunalah tandas macamana anda guna tandas di rumah anda; JANGAN BUAT KECAH/SEPAH. Jangan juga guna tandas terlalu lama, ingatlah bahawa dalam kapal ada penumpang lain juga. Again, BE CONSIDERATE.

20. Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari kapal, isikan borang/kad ketibaan! Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Dengan itu penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg anda!

21. Tunggu bila kapal sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg. TUNGGU GILIRAN anda untuk bergerak ke depan kapal. Tak perlu berebut-rebut Ambil beg dan bergerak secara cekap.

Akhir sekali, HORMATILAH ANAK-ANAK KAPAL/FA/pramugari(a). Elakkan dari berlawan cakap atau bergaduh tak kira di airport, waktu pemeriksaan, terutama sekali ketika di atas kapal. Kalau anda tak puas hati dengan servis, bincang di tepi atau di belakang orang awam, tak perlu marah-marah atau jerit-jerit. Mereka ini membantu memudahkan urusan anda, mereka ini juga manusia dan ada perasaan. Be civilized!

Happy flying and traveling! ✈️?