Tirana, Albania

Tirana, Albania

Trip Balkan Winter 🇦🇱

Piramid Tirana (Albanian: Piramida) adalah sebuah struktur dan bekas muzium yang terletak di Tirana, Albania, Eropah. Latar Belakang Pada 14 Oktober 1988, bangunan ini dikenali sebagai Enver Hoxha Museum, yang pada asalnya berfungsi sebagai muzium tentang warisan Enver Hoxha, pemimpin lama Komunis Albania (Perdana Menteri Albania pada 1944 – 1954), yang telah meninggal dunia tiga tahun sebelumnya. Struktur ini direka bentuk bersama oleh anak perempuan Hoxha Pranvera Hoxha, seorang arkitek, dan suaminya Klement Kolaneci, bersama dengan Pirro Vaso dan Vladimir Bregu. Apabila dibina, Piramid dikatakan sebagai struktur individu yang paling mahal yang pernah dibina di Albania.  – wikipedia

Day 3

 

Perjalanan mengambil 13 jam by bus..😩 . Tirana adalah ibu negara Albania. Next stop kami selepas Athens. Sepanjang perjalanan (bila da cerah) memang berbukit². Walaupun bukit dia gondol tapi unik sebab berbukit² dan cam cantik. susah nk gambarkan. datang tenguk sendiri. Sampai di station bas Albania, try cari wifi.. then ada sorang mamat ni menghampiri kami. Eddy namanya. Dia offer €5 untuk taxi. Dia hantar ke penginapan kami, kurang 10 minit je naik taxi.. so ok la..lagipun badan da penat. Sampai di hostel, saya tak dapat contact owner. Tekan loceng pun tak buka..so saya merayap² dan minta bantuan someone yang lalu lalang di situ..minta jasa baik mereka call kan owner hostel.. Actually saya dah maklumkan awal² pada owner, bila time yang kami akan sampai, so depa boleh standby. Tapi keburukan bila kita tempah hostel, mereka tak duduk di histel, kena maklumkan awal² dan lagi keburukan mereka ni tak punctual. So macam kami yang banyak berinteraksi menggunakan mail chat (internet) memang agak stress kat situ. So alhamdulillah ada mamat sorang ni tolong call kan dan owner pun sampai..30 minit gak la menunggu di luar 7°C.

     

Aku tenguk si Eddy ni angkat bag kami cam angkat handbag aku g kerja je..rilax jer haha, padahal 25+ kg 2 bag tu..Hostel kami ni memang rumah tradisional Albania..ada pokok oren, struktur bangunan dan design dalam rumah style dolu²..

Guesthouse ni ada washing machine, so kami setel basuh dulu baju² dan kami bersiap² dan keluar jejalan dengan cuaca yang super sejuk dari Athens..semakin kami naik sesebuah negara semakin sejuk suhunya..

Tirana bandar yang serba serbi moden. Tak sampai 1 juta penduduk di Tirana ni. Disini boleh guna matawang euro tapi saya cadangkan tukar sebab mahal dia berganda..Kalau nak tenguk view Tirana, boleh spent time naik cabel car ke Gunung Dajti. Tirana merupakan pusat pendidikan, so mmg banyak Universiti kat sini and ramai budak² muda. So no worries kalau nak tanya in English. depa boleh cakap dengan baik dengan kita. Orang perempuan Albania cantik². Yes saya mengakuinya mulut kami tak habis² cakap Ya Allah cantiknya depa ni haha..Kebetulan dah nak Kristmas so banyak aktiviti di Skanderbeg Square..

Itinerary Day 3 & 4

 

• National Art Gallery
• Pyramid Statue
• Statue of Mother Albania
• Grand Park of Tirana
• Restoran Sofra Turke
• Great Mosque of Tirana/Masjid Ethem Bey Tirana
• Skanderbeg Square
• Moorat Toptani Street
(walking Distance dari guesthouse)

Budget per person:
Taxi from Tirana Bus Station to Guesthouse – RM13
Accommodation Guesthouse Pension Andrea – RM35 (1xNight)

Taxi from guesthouse to Bus Station – RM13
Mini Bus from Tirana to Kotor Montenegro – RM130 (6jam)

IG Highlight – noratajharun

Kami ke free market, Ya ALLAH sini murah²..geram betul tapi oleh kerana  jauh lagi perjalanan kami, memendam perasaan je..kami beli buah-buahan dan walnut.

Once you jumpa masjid, you akan jumpa banyak kedai makan HALAL..melambak, tapi fokus kami hari ni nak lunch di Sofra Turke (ramai Malaysian suggest)

FYI kami hanya walking distance je tau. Dari penginapan ke semua tempat2 tu semua jalan je.. Cuaca sejuk so memang tak rasa langsung penat ke apa..🤗

Sumpah makanan kat Sofra Turke ni sedap dan Cappucino dia yaALLAH sedap gilor (aku memang coffee zombie) da la murah..

Cam biasa portion makanan kat eropah ni memang XXL, so kami memang tak malu..tapauuuuuu.. kebetulan dalam restoran tu ada sekumpulan pelancong dari Singapore. Kami bertegur sapa..Alhamdulillah..

Monumen Skanderbeg Square di Tirana, Albania. Dia ni la Skanderbeg, kononnya wira negara di Albania kerana menentang orang Uthmaniyyah.

Masjid Besar Tirana atau Masjid Namazgâh adalah sebuah masjid yang sedang dibina di Tirana, Albania. Apabila selesai, ia akan menjadi masjid terbesar di Balkan. Semasa kami di sini, masjid ni masih dalam pembinaan.

Kubu Justinian (Albania: Kalaja e Justinianit) atau dikenali sebagai Castle Tirana (Albania: Kalaja e Tiranës) adalah sebuah istana di Tirana, Albania. Sejarahnya bermula sebelum 1300 dan merupakan sisa dari zaman Byzantine. Kubu adalah tempat di mana jalan timur-barat dan utara-selatan melintasi, dan membentuk jantung Tirana. Ada tiga menara yang sedang menjalani proses pemulihan, untuk tujuan pelancongan. Di dalam tembok pertahanan kubu bekas, terdapat banyak bangunan yang dapat dikunjungi, termasuk restoran, hotel, dan institusi kebudayaan.

Semua peninggalan sisa kubu ini adalah dinding era Uthmaniyyah yang tinggi 6 meter (20 kaki), yang ditutupi dengan anggur. Yayasan dinding yang baru-baru ini ditemui dimasukkan ke Jalan Murat Toptani, sementara sebuah mosaik yang memperingati Ulang Tahun ke-100 Kemerdekaan Albania telah diumumkan berhampiran Parlimen Albania.

Istana Tirana diisytiharkan sebagai monumen budaya kategori pertama pada 10 Jun 1973 dan trek baru tembok Kastil Tirana diisytiharkan sebagai monumen kebudayaan pada 15 Mei 2008. – wikipedia

 

Day 4 🇦🇱 to 🇲🇪

Macam biasa kami bangun jam 3-4am. kami masih belum lagi dapat adapt ikut time dekat sini..so breakfast jam 5am 😄.

So kami bersiap² dan whatapps Eddy (dia pickup kami untuk ke Station Bas Tirana) untuk next destinasi kami ke Kotor, Montenegro)

Itu mini bas kami 16 seater x silap. Mostly yang naik ialah traveller. Bag hanya boleh letak di belakang dan cas €1 per bag. Please sentiasa sediakan duit kecik (syiling euro).. Ada sorang minah China ni travel solo..dia x standby duit kecik so dia macam nak mengelak membayar kot..nasib baik driver ni baik..dia bagi juga tapi kena keluarkan duit dekat mana²..ikutkan tak boleh..so sebagai seorang traveler..benda² kecil macam ni x sepatutnya berlaku..jangan sampai orang dah tak trust dengan traveller..Kami bukan tak mahu tolong tapi cara dia menjawab tu macam dia mengelak untuk bayar , so saya x suka cara tu..just €1. Saya tak nak didik mana2 traveller ambil mudah dan menipu untuk cover bajet mereka. Sorry not to sorry.

Ini station bas Tirana, Pallati Sportit Asllan Rusi Bus Terminal..simple dan cute..Di sini banyak kaunter² tiket. So any traveller boleh beli tiket di sini. Semalam kami turun dari bas  (ATHENS) pun disini.

Kami beli tiket online di SINI.  Hampir 80% kami beli tiket untuk pengangkutan secara ONLINE semasa di Malaysia lagi sebab kami malas nak fikir dan kami nak kurangkan bawak duit cash or nak kurangkan keluarkan duit di ATM machine. Tapi if ada yang tak suka ikut perancangan dan tak suka terikat dengan plan, boleh je beli tiket bas atau tren on the spot (tapi nasihat saya beli sehari awal) banyak je kaunter² tiket bas di sini.

Muka Amirah yang happy..

Good bye Tirana.

Permandangan dia superb.. Subhannalah..

Oh ye..ini no Eddy (taxi) kami..if you all nk ambil services dia..boleh whatapps dia…baik orang nya..

Perjalanan kami mengambil masa 6 jam, Jam 8+am baru gerak. Banyak stop kutip orang. Dan sebelum cross border Montenegro, kami di minta turun dan tukar naik bas pula. Dekat situ jumpa Malaysian solo traveller..cute..So kami naik bas yang di sediakan dan tak perlu bayar apa² dan dalam 500 meter, jumpa border imigration Albania dan Montenegro 🇲🇪 selepas tu..macam biasa Imi naik bas dan collect passport kami.

Cadangan saya kalau naik bas , duduk seat belah kiri. View memang delicious 😍

Sampai di station Kotor Montenegra +- jam 3pm.. So kami jalan kaki je penginapan kami di Old Town.

So saya sambung next post ye…