Canals of Amsterdam

Canals of Amsterdam

Amsterdam Central

Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, iaitu stesen keretapi utama di Amsterdam, hanya perlu bejalan lebih kurang 300-400 meter untuk sampai ke sini. Damrak merupakan jalan utama dari Amsterdam Central ke Dam Square, suatu ketika dulu Damrak adalah sebuah canal, tapi kini telah ditimbus dan dijadikan jalan raya dan juga laluan untuk tram.

Hari ni lepas solat subuh, dalam jam 8am keluar rumah. Plannya nak jalan2 sekitar central Amsterdam. Cam biasa keluar rumah zul akan melalui javastraat dan beli roti utk breakfast. Lepas da tau naik bas lagi menjimatkan dari naik tren sprinter, saya decide naik bas je..mmg jimat banyak ooo..setakat dr umah zul nk ke Amsterdam central dalam 20 minit..ok la tu..yang bestnya europe ni uols x kan jumpa kesesakan jalanraya dr kereta ke apa, sbb public transport dia mmg priority..zul bagi pinjam kad cam touch n go dia..so saya da topup eur10 smlm..so guna je tuk naik tram or bas..lagi jimat..

 

belakang tu bangunan Amsterdam Central Station..bangunan dia cantik giler..jalan kaki je dr station utk ke Dam Square and Madame Tussaud (patung lilin). Untuk ke sini akan melalui Damrak, mmg happening Damrak street ni. Di sinilah terletaknya Royal Palace Amsterdam,  dan beberapa shopping complex terkemuka di Amsterdam. Boleh dikatakan tempat ini juga sebagai tempat lepak dan bersantai untuk penduduk tempatan dan pelancong yang penat bershopping sepanjang Damrak tadi. Cam biasa pelancong dari China mmg sgt ramai.  Semua celah negara depa ni ada. Untuk yang gemarkan aktiviti melihat gelagat orang, di sinilah juga tempatnya, sebab macam-macam jenis orang ada.

lepas da tenguk gelagat org, teruskan berjalan ke Albert Cuyp Market. Pasar ini ala-ala macam pasar tani + pasar malam. Katanya, pasar ini adalah pasar siang terbesar di seluruh Europe. x beli papepun saje jejalan. Tapi mmg agak menarik semua ada jual kat sini..

Pastu dengan Internet on off sbb free wifi kat central ni , saya google untuk ke sign “I Am Amsterdam”..jalan kaki je.. agak jauh gak tp ok je sbb cuaca nyaman dan x pasan pun jauh sbb tgk bangunan2 depa ni cantik dan menarik. Bangunan depa sangat unik dan apabila kita melihat bentuk bangunan tersebut automatik kita akan ingat Amsterdam. Untuk ke sign “I Am Amsterdam”ni, Google maps ‘Rijk Museum’ sbb sign ni dekat je dgn Museum ni, tapi saya lalu je la museum ni..x masuk pun sbb kureng minat skit..sampai sini uols akan jumpa macam2 gelagat manusia yg sgt teruja dgn sign ni..so perati kan je la..klu ko nak tunggu x de orang, jangan mimpi la..

Rijk Museum

bukti saya da sampai sini euuu..

‘S’ for Shikin..nampak x mamat tu..dia mmg lama giler posing kat atas tu x nak turun2..tp Thanks kat kawan dia tlg amekkan gambar..pastu naik bas ke Damrak semula dan cari makanan HALAL.. kat sini melambak orang turkey bagai..so no problem..ada je kat lorong2 tu nampak kedai Indonesia tapi tah saya x de prasaan nk masuk sbb status or selera haha..

Boleh dikatakan Damrak adalah salah satu tempat pelancong yang popular di Amsterdam,  Damrak juga dipenuhi dengan pelbagai bar dan restauran yang menyediakan bermacam-macam pilihan kepada pengunjung. Makanan India, Indonesia, Lebanese, Turkish dan yang lain-lain senang nk dapat di sini. Jadi soal mendapatkan makanan bukan masalah utama. Saya order kebab cam biasa..potion dia cam biasa berkuis kuis saya nk abeskan haha..kentang dia je da buat saya kenyang sampai esok pagi, belum kebab dia lagi..time ni saya snap gambar n sent kat didi “didee, cikgu rindu nasi”..hahah desperate benor bunyik nye kan..pastu meja depan saya ni ada group 4org remaja dr Indonesia dan depa tegur2 gak saya..

pas makan tanya staff kedai tu kat mana mosque, so dia lukiskan peta then jalan kaki je..ku pikirkan dekat rupanya jauh..tp x pe..seperti biasa permandangan dan building best, so teruja..

sepanjang perjalanan nk ke Al-Fatih Mosque.

SYM, kat mesia motor brand ni mmg x di pandang haha..kat europe glamer gitu..”Safee Yang Menunggang” haha

menarikkan bangunan2 dia, lepas jalan sambil snap gambar pastu eh da sampai Masjid Al Fatih..so masuk solat Zuhur dan Asar Jama’..cantiknya dalam masjid ni..setiap masjid yg saya pergi kat europe ni ada keunikan masing2..cam biasa masjid tempat paling tenang dalam dunia..

lepas solat, saya naik bas semula utk ke Central Damrak street..untuk naik cruise. Sepanjang sungai tu melambak Cruise yang offer untuk perkhidmatan nak pusing2 central dgn boat..saya dapat €10. Lets gooooo..

adalah dalam hampir sejam dia pusing2 sambil tunjuk bangunan2 dan dia cerita la pape sejarah ke apa pasal Dam ‘terusan’ ni..bila da nk sampai jeti cruise tu tetiba perut rasa x sedap n tekak terus rasa loya n nk muntah..saya cam “sudah’ x penah saya naik boat ke apa jadi mabuk, saya da risau akan muntah dalam boat tu..cepat-cepat keluar dari boat terus je ok..haikk pelek..Alhamdulillah..klu x mmg berdrama saya kat situ..

Pastu teruskan berjalan dekat Damrak Street sambil masuk kedai2 souvenir, beli la FM dan T-shirt..Kat sini sex dan dadah bebas. macam scary je bunyi..Zul ada cakap dadah mmg jual merata2 tapi yang beli kebanyakan orang luar, pastu Zul kata Amsterdam ni x de homeless..cam betol gak apa dia cakap..sepanjang berjalan2 lenguh kaki, saya x jumpa langsung homeless..dan kadar jenayah mmg low sgt, kalau yg buat perangai org luar je..

Bermacam-macam jenis gula-gula, coklat dan kudapan yang berasaskan ganja boleh didapati di kedai-kedai cenderamata di Amsterdam. Marijuana seeds, narcotics, substance, weed and drugs for sale in flower shop. sale sale sale huhu..rasanya kt Amsterdam je kot jual open camni..

Amsterdam adalah bandar basikal..mmg basikal kenderaan utama depa.. laju2 gilos..mmg x takut jatuh luka bagai..mak2 g pasar bawak anak2 naik basikal.. yg best siap renovate basikal depan pelbagai bentuk ..so cute..so uols kena carefull bila nk melintas or berjalan..jangan jalan masuk lorong basikal..

supercute..zul ada offer basikal dia kalau nak pinjam tapi adoi bila dia cerita harga basikal dia beribu dan org yg bawak basikal kat sini hectic giler..”x pe la, saya naik bas je” hahaha..

teka sape yang handle basikal tu hehehe..

tengah jalan2 nampak group ni tgh bergambar..pastu cam eh cam kenal je mamat tgh tu..ohh bekas ketua menteri melaka..dengan gang2 cik kiah la tu..

pastu dekat damrak street tu singgah kedai kentang yg tersohor ” Manneken Pis”, so beli yg kecik je, tu pun melutut nak abeskan..saya cadangkan bawak chili sos dari Mesia sbb kt sini x kan jumpa chili sos, semua tomato..tekak saya say no to tomato, so pilih  mayonis..kentang dia besar2 gabak..

     

cekap giler service dia..cepat je..

sambil duduk tepi sungai sambil layan kentang..cam best gituh..

     

lepas da lepak2 da nk marghrib, naik bas dr central station ke javastraat..sampai umah zul..perut da kenyang, solat dan tido..saya jarang mandi malam sepanjang travel ni haha..mandi pagi je..sbb sejuk weiiii dan x berpeluh pun..

 

javastraat, turun bas jalan kaki dlm 5 minit nk ke umah Zul..

Good night

Tags: