I Spent 48 Hours In Singapore

I Spent 48 Hours In Singapore

Saya orang Johor, Orang Johor boleh dapat cabel Channel Singapore..Setiap hari masa kecik² dulu selalu bukak channel Singapore sbb Channel depa lagi best haha so sampai lagu negara depa pun dah boleh hafal..

Saya dah tak ingat bila last saya ke Singapore..yang pasti waktu kecik dulu..maybe da 30 tahun + x pernah pergi..So bila check ticket Air Asia ke Singapore murah terus rembat tapi pergi je..plan nak balik naik bas.

Day 1

KUL-CHANGI AIRPORT (SIN)
TBS to KLiA2
• Tiba di Changi Airport Singapore
• Lunch Nasi Lemak Lobster at Gerai Lawa Bintang
• Check In Hostel/ Solat di Masjid Sultan
• Orchard Road
• Gardens By The Bay
• Dinner Satay by the bay

Flight kul 10.30am..Seminggu sebelum pergi. Sh Amina text cakap yang dia maybe akan ada di Singapore time saya ke sana. So ok cun leh jejalan sesama.. Turun je kat Airport Changi terus start roaming Internet..Dan download Apps City Mapper.  Saya ambil masa yang agak lama kat antara Airport terbaik di dunia ni..mmg cantik.. Untuk ke transpotation shutter bas di sediakan..so naik bas ke MRT . So kat sini saya beli 2 days Pass Card..so boleh naik MRT ke LRT and pass..details harga semua ada di SINI . Dun worry sesiapa yang dah biasa berkecimpung dengan dunia transpotation dekat Malaysia..Confirm tak akan ada masalah nak naik MRT ni..konsep dia semua sama je dgn MRT kat Malaysia..cewahh..

Isi form ni sebelum touch down..

Airport Changi antara Airport terbaik di dunia..

Sampai ke toilet dia saya explore haha

Cari bas unyuk ke station MRT

Beli tourist pass ni kalau memang plan nak jalan sampai lenjan

Jam da kul 12.30 tghari so plan nk lunch kat Lawa Bintang di tempiness. Naik MRT dan jalan kaki jauh gak..Finallay sampai tapi kakak kedai tu kata lauk da habis..puas memujuk kakak tu cakap saya datang jauh² semata² nak makan Lobster..haha lepas tu agaknya tukang masak tu dengar, so dia kata boleh tunggu lama skit sebab dia boleh masakkan..YA ALLAH hanya TUHAN je tau betapa bersyukurnya saya time uh..kedai tu tutup kul 2 tapi kul 1+ saya pergi dah habis pulak..

Rasa memang superb serius. 20SGD ko rasa boleh dapat kat Malaysia tak dengan harga camni..x mungkin

Lepas makan..Kakak kedai tu offer nak hantar saya ke stesen MRT yang berdekatan..Alhamdulillah..So next saya gerak ke Masjid Sultan untuk solat jama’ dan check In hostel.. Saya ambil hostel dorm 10 org female.. ok la tu je yg murah n dekat dgn MRT..

Masjid Sultan..

Just untuk tidur je..

So set nak jumpa dgn Sh Amina n Ubay kul 2.30pm..So kami jejalan sampai ke malam..hari hujan  tapi depa melayan je..naik basikal kat Marina Bay. Layan show dekat pokok² buatan tu dekat Garden by the bay..rasa enjoy sesangat..

Orchar Road ni alal cam Oxford Road kt London..Kat Malaysia saya tak tahu nak samakan dengan road apa hehe..Bukit Bintang ke SOGO ke, x sure

Alhamdulillah ada 2 Singaporean ni..so le dia gunakan apps rent basikal jejalan pusing Marina Resort

Wajib stay sampai malam kat sini untuk tenguk pertunjukan muzik dan lampu yang sangat cantik.. Singapore cantik waktu malam sebab di penuhi dengan cahaya

Lepas puas jalan lebih 17 ribu langkah ari ni so saya n Sh Amina pun berpisah..(kampung dia kat singapore)

Balik Hostel mandi n solat then membuta ..

Day 2.

NATURE DAY
• Breakfast Murtabak ZamZam
• Merlion Park (must try ice cream $1)
• Arab Street
• Kampung Glam
• Beli souvenirs di Mustafa Centre
• Lunch kt rumah amina
• Bugis Street
• Naik bas di Golden Mile Complex

Bangun pagi lepas solat subuh bersiap check out dan simpan bag dekat hostel dulu sebab plan nak jejalan lagi hari ni..Dari hostel jalan kaki je ke masjid Sultan sebab depan masjid tu ada kedai Murtabak zamzam..ok fine Murtabak ni saiz portion dia , bagi saya untuk 2 org..tapi gigih saya habiskan.. Murtabak dia unik la..Must try..

Murtabak Ayam Zam Zam..must try sebab x de kat mesia kot..x sure sbb saya bukan pecinta mamak..

Panas² makan Aiskrim memang nikmat.. 1 SGD

Naik bas ke Merlion Park..punya la ramai pelancong dari China agaknya..Must try Aiskrim $1.. lagi² tengah² panas ni..Sh amina text..dia ajak lunch nanti dekat rumah makcik dia.. Ok set boleh je..

 

Pastu jejalan kat Arab Stree,t Kampung Glam..semua ni wajib pergi sebab masing² ada keunikan dia..China town pun..pastu saya ke Mustafa Centre..Ok kat sini memang ramai orang Malaysia ke sini..sebab dpa kata barang branded murah..tapi saya x beli pape..just g depan kedai tu ada souvenir shop..beli la tshirt dan fridge magnet..

Wajib jalan dekat street² sebab setiap street berbeza²

Dah kul 12 +..gerak ke rumah makcik Amina dekat Punggol..cam kat hujung peta gitu..

Sampai je amina sambut kat stesen LRT then wahhh kampung dia adalah sejenis apartment..kat singapore , saya tak tau la wujud tak kampung yang betul² ‘kampung’ sebab negara depa kan kecik so tanah sgt la penting bagi depa..

Lepas makan saya gerak ke Hostel ambil bag dan terus gerak ke Golden Mile tempat saya naik bas balik ke KL..sapai kay kaunter, staf situ kata bas delay sejam..ok fine, saya terus cakap nk g masjid depan tu nk solat dulu..Endingnya kul 6 juga kami gerak dr Singapore yang sepatutnya kul 4 gerak..huhu..Next time x mo da naik bas..buang masa..Sampai rumah jam 12 mlm..

Anyway trip saya kali ni mmg tak masuk USS (Universal Studio Singapore) sbb erm x de kawan and cam da tua ni malas la nak masuk situ haha..Singapore kalau nak jejalan boleh la 2 hari pun da cukup bagi saya. Boleh food hunting and wajib pergi tengok show malam dekat Garden by the bay tu,,memang menarik..

TQ amina n Ubay bawak jejalan town Singapore..Spent time before amina start Housemen di Hospital Bintulu , Sarawak..

Details bajet dan tips di SINI