Magnificent 360° Panoramic View

Interlaken Ost –> Lauterbrunnen/Murren –> Schiltorn

Alhamdulillah dapat hirup udara segar hari ni sekali lagi..nyaman nya lahai si swiss ni..ok lepas breakfast maggie (tu je stok yg ada) maggie dan maggie dan maggie..mandi dan bersiap punggah backpack checkout dan jalan kaki ke stesen tren Interlaken OST untuk menuju ke Lauterbrunnen..

Ini itinerary saya hari ni..x padat sbb menghayati lebih bermakna dari berkejar-kejaran.

 

cam biasa cek jadual perjalanan tren.. so dlm beberapa minit tren nk ke lauterbrunen akan sampai .. guna je swiss pass tu..perjalanan dlm 20 minit,

mari kita menghayati permandangan lagi..nanges sbb cantik..

sampai je kat station lauterbrunen..cari locker sbb nk simpan backpack ni..bila ada sorang awek ni tgk saya cam tercari2 samting..dia cepat2 senyum n nk tolong..so dia cakap try simpan luggage kat information counter kt station , so saya terus ke pejabat IC tu then simpan backpack situ Caj 3CHF utk simpan kt situ siap dia print resit bagai….ye la x kan saya nk gendong plak utk jalan2 kt atas nanti..

Sesiapa yang nak ke Jungfrau boleh meneruskan perjalanan ke Grindelwald Grund(Swiss Alps). Disini uols berpeluang untuk meneroka keindahan Pergunungan Alps. Menaiki keretapi ke Jungfraujoch, Stesen Kereta Api tertinggi di Eropah. Perjalanan ke puncak adalah sangat menarik. Uols boleh melihat keindahan pergunungan Alps dan pemandangan sekitarnya. Dipuncak gunung anda berpeluang untuk mengambil gambar dan menikmati suasana salji dan ketulan-ketulan ais .

naik bas utk ke tren ke Murren

 

 

ko agak selamat tak naik tren camni, da la lalu tebing2 curam..haha tapi trust technology depa lagi canggih dr KTM malaysia..gerabak ni akan bawak ko ke Murren..Murren ni destinasi para2 ski..syurga bagi mereka..masa saya masuk dalam gerabak ni punye la ramai gang2 satu family nk main ski..saya kalau malaysia turun salji mungkin Murren adalah destinasi saya gak hehe..kalau dan kalau..

Saya ada dua pilihan pagi ini, sama ada ke Jungfrau atau Schiltorn. Schiltorn yang saya pilih. Sebab utamanya, dari review yang saya baca, dan atas suggestion traveller, dari Schiltorn, panoramanya lagi cantik, sebab boleh lihat Jungfrau, Eiger, Titlis, dan kalau bernasib baik boleh nampak Mont Blanc juga. Dan sebab yang lainnya lagi, harganya jauh lebih murah berbanding Jungfrau. Dengan Swiss pass, kami cuma perlu tambah CHF 37 saja untuk ke Schiltorndari Schiltorn blh nampak Jungfrau.

jom jalan2 di kawasan perkampungan mereka..senyap sunyi je mereka ni padahal da kul 10 pagi..

bahagia betol ko ni wahai kuda

 

ni bahagian dlm tren dia, cam klassik kan..hehe

permandangan tok sah cakap..subhannallah cantik sgt..dekat Schiltorn ni je saya habiskan masa berjalan hampir 2 jam , x perasan sbb kiri kanan atas bawah cantik..penat je duduk jap minum air panas n urut lutut..hehe..

 

mountain village Murren, antara yang tercantik di daerah Bernese Oberland. Pekan Murren sangat kecil. Populasi penduduk di sini lebih kurang 400 orang saja. Semasa aku berjalan di sekitar pekan ini, susah betul nak lihat kelibat penduduk tempatan di sini. Kebanyakan kedai masih tutup walaupun dah pukul 10 pagi! Macam ghost town pun ada

Aaaahhhh rasa damai sangat. Bunyi pulak air terjun dari tepi gunung tuh. Kan best kalo ada kampung kat sini.

 

sampai je stesen cabel car, saya beratur paling depan sementara nk tunggu cabel car sampai utk turun semula ke bawah.. sekali bila cabel car sampai..team cina bukit ni rempuh2 nk masuk dulu, saya cam “ini bezanya saya dengan cina bukit ” hahaha biarpun mereka kaya dan travel merata2 dengan agen, mereka x feel dan merasai apa itu travel dan mereka x dpt ibrah dr travel mereka..sayang skali.. *perasaan geram

ni masa nk turun dr cabel car. cantiknya lahai

Kecik je pekan Lauterbrunnen ni, tapi segala kemudahan memang cukup lengkap. Aman damai je rasanya.

sampai bawah jalan2 lagi sekitar Lauterbrunen. check jadual tren kat Information Counter, so ada masa lagi..

Ada kedai groceries, ada bank, ada pos office, ada stesen minyak kira cukup lengkaplah. Tambah pulak dengan panorama yang mencengkam jiwa. maybe ada orang akan carik accommodation kat sekitar sini je, which yang saya nampak macam bersepah ada hostel dan jugak hotel. Hanya perlu sediakan duit je.

lepas jejalan, lepak kat station tren dan tetiba rasa cam lapar, so selongkar2 bag..jumpa 3 in 1 Oat, so nk kene rendam dgn air panas ni..backpack saya , saya tingglkan je kt kerusi, doa selamat je..so far swiss sgt selamat.. so g bilik air dia tp tap dia x de air panas plak.. so g mini market dia.. dia caj 1.50CHF bersamaan RM 7.05 untuk air panas kosong..ko rasa apa..bertabah la..

lepas beberapa minit tunggu maka tren dr lautenbrunnen nak ke Lucerne pun sampai, perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih..dan jangan tido hehe..hayati permandangan

sampai je Lucerne, keluar stesen Luzern Bahnhof , google maps bagtau cari bas no sekian2 untuk ke Hostel..saya nak letak bag dulu dan makan …LAPARRRRRRR..lps tanya2 org kat mana bus stop utk ke hostel tu, saya dpt naik bas dia..bas dia cam biasa sgt punctual dan langit berselirat dgn wayar2 sbb transportation depa guna elektrik..kagum kan..amazing..dun worry dgn public transport kat sini.. dia x sepening di london dan paris..straight foward je..

yay da sampai bellpark hostel..turun je bas jalan dlm 2 minit da smpai..saya book guna kekdah booking.com..

rupanya owner dia orang korea..saya ambil bilik female room dorm mean share dgn orang lain, setakat ni saya sorang je.. so lepas solat dan rendam maggie lagi hehe..saya tgk jam jam ada masa lagi ni..so guna swiss pass naik bas pergi jejalan di pekan lucerne..

 

bersih bilik dia cuma heater dia x fungsi..mmg kesejukan..

ni dapur dia..rendam maggie kat sini..

sungai Reuss, swan yg gebu dan tenang yang amat.

kalau korang nak tau, swiss ni mmg terlalu ramai pelancong dr China..sampaikan siap ada khas signage utk bahasa mereka lagi..org swiss kata orang China kaya2, duduk hotel mewah2 dan beli barang2 semua yg branded2 , tu yg peniaga2 swiss siap belajar bahasa China lagi..saya yang rimas sbb depa ni ‘x paham bahasa’..da terang2 tulis kt situ dilarang bagi swan ni makan..dia bagi gaaaaaaaaaaaaaak..

chapel bridge, antara bridge tertua di swiss. Mount Pilatus kelihatan sangat jelas dari sini.

lion monument

lpeas penat2 cam da nk gelap..naik bas balik hostel..pastu lepas solat marghrib isya semua..tetiba dengar pintu cam ada orang buka..cepat2 saya sambar tudung..masuk 2 orang perempuan bertudung gak..terus saya cakap “malaysia?”.. dia kata ha ah..rasa cam nk melompat ke langit..dpt roomate dari malaysia 2 hari ni..alhamdulillah.. depa ni asal kedah twin gituh…punya la peramah dan rasa happy sgt mcm da kenal bertahun..seronok dgr depa bercerita dan kami shrae cerita masing2..wahh alhamdulillah..seronok akhirnya dpt cakap bahasa melayu kat swiss hahaha..

good night

NEXT BAJARAN ALPS

Scroll to Top