Bangkok for VNL

Bismillahirahmanirahim

       Dah lama dream nak tengok player International main Volleyball live. Biasa tengok kat TV je.. This is my dream come true..

      So bila Thailand jadi host untuk VNL ..wow apa lagi terus grab tiket flight tapi tapiiii masa tu Raya Haji huhu.. Bincang dengan kakak.. Dia ok je, After beli tiket flight, next step tunggu VNL open tiket games dlm website dia DISINI

    Lagi seminggu nak fly baru open tiket setiap match keluar.. So da beli 3 hari punya games..Alhamdulillah. Setel 2 bab. Now just tggu nak fly je. Fly solo offcouse sebab raya siapa je nak teman..

DAY 1  

Naik dr KLIA2 terus ke Suvarnabhumi Airport (BKK), Dalam jam 2pm touch down terus cari simcard dulu, dan cari station metro MRT ke Ramkhamheng untuk check in hotel.

Perjalanan tren MRT dr Airport ke Ramkhamheng station dalam 30 minit. Sampai je di station, saya terus blur :).. tengok google maps dia kata leh naik bas ke hotel, tapi puas follow google maps cari bus stop tapi x jumpa, dok pusing2 situ je dah 30 minit, tanya local pun mereka kata tunggu sini je.. erm senang cerita public transport dekat Thailand ni bukan the best tp MRT dia ok.

So oleh kerana da malas nk tunggu bas sebab memang dah tak nampak langsung bas akan lalu situ so aku install apps “BOLT”. Dia cam “GRAB” di Malaysia, so cari abang motor..Dalam 5 minit abang BOLT🛵 sampai.. fuhh jauh juga dr station nk ke Atelier Suites Hotel Bang Kapi dalam 20 minit

Cuaca panas betul. Sampai hotel terus check in dan berehat sekejap. Petang keluar jalan2 area hotel. Nampak ada 7E so masuk cari apa yang boleh di makan dan untuk breakfast esok.. Baca betul2 ye kalau nak beli pape , jangan terambil ‘pork’ tu sudah.

DAY 2

Lepas breakfast dan berehat secukupnya , hari ni jalan kaki cari tempat massage. Jauh juga berjalan, lalu tepi sungai besar, menarik sebab mereka menggunakan sungai ini untuk public transport alternative. Boat besar..harga tiket agak murah juga.

So lepas mengurut, saya lalu di Masjid di kawasan itu dan banyak kedai halal kat situ so tapau nasi goreng. Balik hotel solat sesiap semua dan here we gooo. Order BOLT🛵 guna apps dan dalam 5 minit da sampai stadium. 1st match VNL Japan vs Turkeye . Memula x dapat nak masuk stadium sebab cara mereka lain pulak, nasib baik ada internet so try download QR code yng mereka nak, then lepas..Ya Allah tak sangka saya dapat lihat sendiri depan mata beberapa player volleyball international bermain..

Turkeye menang..Next game malam, so saya balik hotel dulu , solat dan malam kul 8pm gerak ke Indoor Stadium Huamark, dekat sini mereka memang sangat tertib, duduk pun ikut seat yang di tetapkan. tak payah nak gaduh2. staff mereka pun sopan dan polite. Dekat sini ramai muslim dan bertudung jadi ada je yang speaking thai dengan saya, tapi aku balas melayu. so terus dia tukar english..

OMG orang thailand memang suka sport.. mereka sangat terbuka dan sporting, mereka sokong je mana2 negara yang main, x de dengar bunyi BOOOOOO hahaha.. very sporting, seronok tengok attitude mereka. Next game Brazil vs Italy. Yay dapat tengok team Brazil.. OMG Gabiiiiiiiii.. love sangat dengan dia. dr umur dia belasan kot saya follow dia main volleyball..love love love…seronok seronok…

Habis match kebetulan depan stadium ada pasar malam Ramkhamhaeng yg terbesar, so jalan2 singgah cari makanan halal. Balik naik BOLT🛵 juga senang walaupun dekat sebab murah sekali naik dalam rm3-5 je. tapi saya tak suggest kalau anda nak drive motor kat sini sebab fuhh scary tengok cara mereka bawak motor. Anda kena ambil travel insuran yang GOLD tu haha..Memang tak akan nampak mereka bawak motor tu cam santai2 even yang perempuan..

DAY 3

Lepas subuh bersiap2 nak jalan2 di City Bangkok. Dari hotel naik BOLT🛵 ke MRT Ramkhamhaeng dan ke Arun Watt, OMG Google maos kat sini memang x friendly, banyak no basa dan sbginya tak tepat, so saya naik MRT (di beri penerangan oleh staff MRT so lovely) then sampailah saya di Arun Watt. (temple popular kat sini, jumpa ramai orang Cina Malaysia dekat sini hahaha) orang melayu x de ye sebab esok raya haji..😅 besar betul kawasan dia. Ok la sekali dapat ke sini. Oleh kerana panas yang sangat terik dan perut da lapar, order BOLT🛵 terus ke Icon Siam shopping mall. fuhh lega.. aircond. Besar mall ni dan foodcourt ada halal food. makan Nasi ayam dan roti canai banana.

Balik naik MRT (aku tak tahu kenapa tapi MRT free plak, malas nak tanya kenapa, maybe tempoh percubaan kot sebab nampak semuanya baru) Saya tap plan nak jalan banyak tempat hari ni sebab terlalu panas, I nak jaga kulit yang da sedia ada gelap ni.

DAY 4

Pagi solat raya dan berehat saja di hotel, memang trip kali nk nak berehat dan tengok games je.. Match semua start petang so lepas Zuhur, gerak ke stadium dan layan VNL – CAN VS ITALY, VNL – NETHERLAND VS JAPAN dan malam VNL – BRAZIL VS TURKEYE. Habis games balik jalan kaki sikit depan stadium ada foodcout halal, stress sebab dah nak balik baru jumpa foodcourt ni. Walaupun hari raya Haji, mereka open je dan mostly mereka boleh cakap melayu klate. dah la sedap nasi goreng dia haha.. stress mak..😣

DAY 5

Lepas breakfast dalam hotel je, bersiap untuk gerak ke Airport, cam biasa order Bolt 🛵 dan naik MRT direct ke Airport SUVARNABHUM. Flight jam 1pm sampai KLIA 2 jam 4.30pm camtu.

Rasa puashati yang amat alhamdulillah. Kalau FIVB buat lagi tournament di area asia tenggara, saya nak pergi lagi insyaALLAH..😎

Itinerary dan budjet semua saya ada share DISINI

http://overderiver.com/

https://www.instagram.com/noratajharun/

Tiket VNL

Atelier Suites

Scroll to Top