Potsdam –> Charlie Checkpoint Berlin
Bismillahirahmanirahim
Potsdam ialah ibu negara dan bandar terbesar negeri persekutuan German Brandenburg. Dari bandar Berlin dalam 45 minit jer. Potsdam adalah tempat tinggal raja-raja Prusia dan Kaiser (Maharaja/Caesar) German, sehingga tahun 1918. Seni bina dan landskap Potsdam bertujuan sebagai untuk mengingatkan penduduknya pentingnya hubungan mereka dengan alam semula jadi. Di sekitar bandar terdapat taman-taman dan istana Sanssouci, Tapak Warisan Dunia yang terbesar di German. Potsdam berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di German pada abad ke-19.
Pagi ni bangun solat subuh dgn muka sembab, mata bengkak sedey beno mlm td haha..doa byk² kat ALLAH..ALLAH bg ujian semalam..motivasi diri sendiri..breakfast roti dan coffee dlm bilik..kemas² barang pastu selesaikan urusan semalam yg x selesai..saya snap gambar report polis semalam n terus email dekat AXA Insurans, tanya dia procuder nak claim sbb hp hilang ..pastu sms adek minta blok kan no hp kat mesia. then then then…
At least saya patut bersyukur bukan passport atau duit yang hilang..kalau tu yg hilang mmg lagi parah..So move on please..dalam kul 11am.. saya check out..tapi backpack tinggalkan dekat kaunter hotel sementara saya plan nk berjalan2 last day di Berlin..
Ini plan itinerary saya today
Jalan kaki ke station Rosenthaler Platz, tren station yg berdekatan dengan Hotel , pergi ke Berlin Central Station, dari situ cari RE1 tren Magdeburg untuk ke potsdam +-45minit perjalanan. beli daily tiket senang.
besar gak station dia, kawasan dalam tu da mcm shopping complex plak..
nak rent basikal pun boleh..saya plan asalnya nk jalan kaki je, tp x tau la nape lutut kiri saya ni sakit yg amat sampai terpaksa jalan jengket seblah..sila bayangkan ye..tq..mmg cari nahas klu nk jalan kaki ber kilometer kat potsdam ni..so kuarla duit naik tour bas hop n hop..minta diskaun tau..boleh nego dgn depa..keluar je pintu utama akan nampak ramai abam² ajak beli tiket tour hop hop ni..
tunggu dlm 15 minit camtu, bas pun sampai naik la duduk kat tingkat atas fefeeling hirup udara segar n ala ala pelancong gituh..tour ambil masa dlm 3 or 4 jam..terpulang kita nk lama mana, sbb dia kan stop kan kita kat satu tempat ni dan explorer..nnt bas tunggu kat station yg dia bgtau..ko naik je balik ke potsdam station asal..no worries..
Masjid Pertama dan tertua di Potsdam, Berlin
Glienicker Bridge, ada sejarah pasal jambatan ni..cer google eh..
Cecilienhof Palace, Potsdam, Germany
Luisenplatz
The Neues Palais from Potsdam (UNESCO WHS)
Orangerie Palace
Sanssouci Schloss Palace
perghh luas giler kawasan ni mmg kena stamina tinggi gak ni..konon nak elak berjalan tp kena gak berjalan tuk dapatkan bas balik ke Station Potsdam..so sampai station, naik tren balik ke Berlin..pastu tgk jam cam ada masa lagi..baru kul 4pm..so saya plan ke Charlie checkpoint, sampai kt Berlin Station terus cari tram dan tukar U-bahn utk ke Checkpoint Charlie,Friedrichstraße..dalam 20 minit je..
Checkpoint Charlie adalah nama yang diberikan oleh Sekutu Barat untuk titik penyeberangan antara Berlin Timur dan Berlin Barat pada masa Perang Dingin. Pemimpin German Timur Walter Ulbricht memohon pada pemimpin Kesatuan Soviet untuk membina Tembok Berlin tahun 1961 untuk menghentikan penghijrahan Blok Timur ke barat melepasi sistem sempadan Soviet, mencegah pelarian melepasi sempadan kawasan bandar dari Berlin Timur ke Berlin Barat. Checkpoint Charlie menjadi simbol Perang Dingin, menggambarkan pemisahan Timur dan Barat. Kereta kebal Soviet dan Amerika pernah berhadapan di lokasi ini pada Krisis Berlin 1961. Setelah runtuhnya Blok Timur dan Reunifikasi German, bangunan di Checkpoint Charlie menjadi tarikan bagi pelancong. Sekarang terletak di Muzium Bersekutu di daerah Dahlem di Berlin.. Tentera US bertanggungjawab menjaga 3 penjuru sempadan yang bertemu di Berlin. Pos yang menjadi tumpuan pelancong hingga kini ialah
Checkpoint Charlie. Di sini ada 2 orang yang berpakaian tentera US. Bayaran Eur 3/orang dikenakan jika ingin bergambar dengan mereka.
kat sini gak banyak kedai survenir..beli je kat sini..harga pun ok..byk pilihan..baju, fridge magnet, poskad semua la ada..perut lapar, jalan2 cari kedai turkey..jumpa satu kedai..makan kt situ terus dan tumpang solat di kedai dia sbb mmg x de orang..
lepas da jalan2, balik ke Hotel dan ambil backpack saya dan terus gerak ke Bas Station Express di Berlin ZOM Funkturm..Saya akan menaiki Overnight Bas dari Berlin ke Amsterdam..Jam 8pm dan di jangka sampai jam 5.45 am.. Hampir 10 jam perjalanan..
tiket bas beli online di sini, saya beli awal +-2 bulan. website ni dia akan compare pelbagai harga..
sebelum naik bas beli la makanan pape utk dlm bas..cam biasa roti dan air..so far alhamdulillah perut saya x meragam atau terkejut sbb perubahan sistem pemakanan saya sbb 2 3 bulan sebelum tour europe saya da biasakan perut dgn roti dan simple food..
naik bas tepat kul 8 dia gerak..sepanjang perjalanan on off tido dan setiap 2 jam dia akan berhenti 10 minit kt mana2 RnR..10 jam let’s tidooo..