Amsterdam –> Brussels, Belgium
Ramai yang suggest “x yah la Belgium sbb x de pape”.. so saya google, baca blog orang, then bila pikir2, da alang2 jiran dgn Netherland why not singgah je Belgium, mostly ramai yg pergi sehari dua cukup..leh rasa waffle dan coklat Belgium..So check tiket flight nak balik Manchester dr Belgium lagi murah dari Belanda..so kira² budget..ok cun Go Go Belgium…Beberapa hari sebelum saya ke UK..ada pen geboman di airpot Belgium..ermm nk jadikan cerita..still nekad utk ke sini juga
Bangun pagi sbb tiket kul 11am camtu..so bersiap2 dan Zul sediakan sarapan dan berborak2 dgn dia..then mula bergerak..singgah kedai roti di jalan Javastraat..masyaALLAH kenapa da nak balik ni baru jumpa kedai ni..perghh giler kentang byk choice dan sedap2 dan murah..saya beli eclaire 2 dan apa tah lagi tp eclaire dia mmg gebu sedap gilos..pastu naik bas terus ke Eurolines station kat Duivendrecht.
Jika uols seorang pengembara Skint atau cheapskate secara umum kalau nak murah bas adalah pilihan utama untuk ke France or ke Belgium or ke London atau sekitar eropah ni..lepas register kat kaunter Eurolines, depa siap bagi Boarding card hehe cute je..padahal x de la byk sgt bas kat situ..
bas ni akan ke France tapi dia akan singgah dulu Belgium.. Good Bye Netherland..Good Bye TULIPS..
perjalanan ambil masa +- 3 jam..so dalam bas tido on off sbb takut terlepas hehe..bila da masuk bandar (dari pandangan dalam bas) Belgium saya nampak ramai wanita bertudung. saya cam wahhh .. baru2 ni x sampai sebulan, ada kes bom kat airport Brussel..mmg sepanjang dari London ke Ireland ke France ke Swiss lagi2 belgium kawalan keselamatan sangat ketat..
Ok da sampai Brussel Nord Station +- kul 2 pm..so tanya2 orang camne nk jalan sekian2 naik bas apa2..semua, cam x membantu sgt depa x reti cakap English..so cari wifi..then ok kena naik bas sekian2 tuk ke Hostel yang saya da tempah..mmg hidup kena ada Internet ye tuan puan..hehe..Belgium menggunakan bahasa France sbb jiran kot..seb bek Malaysia x ikut bahasa Thailand..kap kun kap..ok naik bas, pastu jalan kaki finally sampai kat Hostel yg di tempah sebulan awal..murah yg pasti hehe..

owner dia Muslim dari Timur tengah. x igt dr mana dia ada sebut haha..berborak2 dgn dia dan dia tunjuk nk cari makanan halal dan lain2..best best..lepas da check in, kebulur rendam maggie..ada di sediakan dapur dan kelengkapan nk masak..
Kitchen dia..Bilik air sharing, dapur sharing..
petang just jalan-jalan sekitar hostel, nak cari diner utk malam, maggie da habes haha..so kat sini sgt berbeza, macam komuniti Islam sangat besar kat sini, Masjid dan kedai2 halal banyak giler, so pilih je,,even kedai runcit depa pun orang Muslim yg berniaga..saya cam brussel ni da di monopoli oleh orang dari Timur tengah cam dari Turki Iran dan sebagainya..
So Dinner saya pasta dan cam biasa Strawberry (murah) tp pasta dia saya makan half sbb x le nk telan sgt sbb rempah ratus dia tu kuat sgt..haha seb baik ada beli kek dan eclair dia (saya sudah jatuh cinta dgn eclair depa), dinner la roti..malam lepak dalam bilik sambil beratapkan langit Ilahi..cute bilik ni sbb atap dia ada kaca so boleh tgk langit..
Good Night