Culture Trip

Istana Gyeongbok adalah sebuah istana yang terletak di utara Seoul (Gangbuk), Korea Selatan. Istana ini terdiri daripada 5 istana besar dan merupakan yang terbesar dibina oleh Dinasti Joseon.

Istana Gyeongbok pada asalnya diasaskan pada 1394 oleh Jeong do Jeon, seorang arkitek. Istana ini hancur pada  pencerobohan Jepun ke Korea tahun 1592-1598 dan dibina lagi selama tahun 1860-an dengan 330 buah kompleks bangunan dengan 5.792 bilik. Berdiri di kawasan seluas 410,000 meter persegi, Istana Gyeongbok adalah simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea. Setelah pembunuhan Maharani Myeongseong oleh mata-mata Jepun pada tahun 1895, Raja Gojong meninggalkan istana ini bersama ahli keluarganya yang lain dan tidak  pernah kembali.

Pada tahun 1911, pemerintahan Jepun yang sedang menjajah Korea menghancurkan semua bangunan kecuali 10 bangunan utama, dan membina Bangunan Kerajaan Utama Jepun untuk gabenor jeneral Korea di depan Bilik Tahta.

Bangunan utama dari Istana Gyeongbok termasuk Geunjeongjeon, Bilik Tahta Raja (yang merupakan harta negara Korea Selatan nombor 223) dan Pavilion Gyeonghoeru (harta nasional nomor 224) yang mempunyai kolam bunga teratai dan bertiangkan 48 buah tonggak granit. Istana Gyeongbok kini dibuka kepada orang ramai dan Muzium Rakyat Korea Kebangsaan berada di dalamnya. – wikipedia –

Betapa jahatnya Jepun dulu ..suka menakluk negara2..termasuk Malaya dulu.. cis bedebah punya Jepun..-ni saya yang tambah

Day 7

SEOUL

• Gyeongbokgung Palace (Istana Lama)

• Gwanghwamun Square

• Cheonggyecheon Stream

• Hongdae

• Itaewon Mosque

Pagi² lepas sarapan, saya check out,  tapi saya minta backpack kami tinggal di kaunter untuk memudahkan kami berjalan² lagi.. Last day di Seoul hari ni ..so sad..

Hari ni meet syaza semula.setelah beberapa hari saya n nu’ survive di kota seoul,. ari ni syaza bawak jejalan this area.. kami hanya walking distance kecuali ke Itaewon.

Heungnyemun

 

Gyeonghoeru

Syaza dan Nuaimah ni da berkawan dari zaman Dinasti Joseon tau..ok gurau..Bestfriend forever..

Gyotaejeon

Matahari mmg memancar tapi angin sejuk dia bertiup kencang -7celcius..Ok next ke Gwanghwamun Square dan  Cheonggyecheon Stream.. Berjalan kaki je..

Syaza kata ‘Pakcik’ ni la yang memperkenalkan tulisan Korea..good job pakcik..hang memang hebat..

Raja Sejong atau disebut juga dengan Raja Sejong Yang Agung (Sejong Dae Wang) (7 Mei 139718 Mei 1450, bertakhta 1418 – 1450) adalah seorang raja yang ke-4 dari Dinasti Joseon yang memerintah Korea. Raja Sejong sangat terkenal karena jasanya di dalam menciptakan abjad Korea, Hangeul yang menggantikan penggunaan penulisan Hanja. Raja Sejong adalah penguasa Korea kedua yang mendapatkan gelar Raja Yang Agung atau Raja Besar setelah Raja Gwanggaeto dari Kerajaan Goguryeo. – wikipedia-

Sewaktu ke Gwanghwamun Square syaza tunjuk ada khemah² n gambar² mangsa Sewol Ferry yg mengorbankan +-200 orang. sgt sedih..macam mana saya x tahu langsung kisah ni pd 15 April 2014. Kebanyakan yang mati adalah pelajar² sekolah yang membuat lawatan ke Pulau Jeju..Syaza cerita ramai mangsa tak dapat diselamatkan sebab lambat bantuan tiba..so sad..g la google baca kisah Sewol ferry ni..

hari ni saya menggunakan nama Syaza je..sbb byk maklumat dari Syaza..’Syaza’ cakap hihi..sungai ni dulu kotor teruk, tapi sejak tukar menteri ke apa x igt..Sungai ni di selenggara dan sekarang wallaaaaa cantik giler..nampak x minah reporter kat gambar bawah tu..shot pun kat sungai yg sekrang da cantik..good job lagi tuk pak menteri..

kami kesejukan..so masuk Starbuck minum coffee panas..1st time minum starbuck nok..kt mesia rasa cam mahal tu yg tak nak minum tp saya kalah di korea walaupun lg mahal haha..(klu convert duit mesia la)

sebelum meninggalkan meja make sure meja kemas..sampah kena buang sendiri dan asingkan..mana sisa dan plastik or kertas..balik Malaysia pun kena didik buat perkara yang sama..

pastu kami ke Itaewon..yabedabedoooo makan time..memula saya agak suspen nk makan makanan korea sebab cam teringat Kimchi je..haha..

 

dekat Itaewon ni..tak payah cakap la..memang syurga makan tuk Muslim..melambah..pilih je mana yg berkenan di hati..sebab tu kalau orang Malaysia yang datang Korea sure akan stay kat Itaewon..

Beef Bulgogi #eidrestaurant ?

setelah beberapa hari makan makan dlm tin n paket brahim, last day ni baru dapat mkan makanan korea yg halal. ye la klu hari² makan kt luar mmg kopak kocek suar.. Budget untuk makan di Eid lebih kurang 8000 – 12000 Won, lebih kurang RM28- RM42 per dish sekali makan. lgpun tujuan asal travel tuk jalan bukan makan.lain orang lain cara… Kepada yang ingin mengunjungi Eid, saya sarankan supaya booking tempat terlebih dahulu kerana kawasan kedai yang agak kecil dan selalu penuh. Bila penuh mestilah sedapkan? . Eid beroperasi dari hari Selasa sehingga Ahad dari 11.30 pagi hingga 9 malam. Hari Isnin tutup. Jadi jangan pergi hari isnin , takut kecewa. Apa-apa pun, saya sangat rekomen anda semua untuk ke Eid untuk merasa sendiri home made Korean Food.  ok nk sambung makan. jemput tengok yer..

Eid Restaurant kat Itaewon. Wajib pergi.  Syaza penah kerja kat sini hampir 5 bulan. so dia bawak kami g sini utuk makan makanan
korea yg halal. Asal usul owner kedai ni (mengikut story syaza) Appa n amma ni ada 2 org anak lelaki.
yg sulung masuk Islam n study kt UIAM. pastu family yg lain follow masuk Islam gak. Alhamdulillah. pastu Appa n Amma buka Restoran ni ,
asalnya utk pelajar² Islam yg study kt sini.pastu semakin lama semakin berkembang dengn kehadiran pelancong.
Kt sini menu dia NO MSG.. n rasa mmg superb.. Anak dia yg no 2 ada bukak cawangn EID ni kat Bangi.. sila gugel..
ok nk sambung makan.

lepas makan seblah tu je da nampak Masjid Itaewon..perasaan bila tenguk Masjid di negara bukan Islam adalah satu perasaan yang di boleh di gambarkan.rasa nak menitik air mata..Semasa saya travel ke Europe dulu, saya sedaya upaya akan cari Masjid untuk saya solat. Sebab kita akan rasa bersyukur dan merasa bangga dengan minoriti Islam yang survive di negara bukan ISLAM..

bergambar kenangan uncle YUSUF owner Eid..

nampak tak muka ku yang bercahaya tu..NUR..lol..Masjid yang dibuka pada tahun 1976. Terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu. Sebagai satu-satunya Masjid di Seoul ?

pandangan dari atas Masjid Itaewon..

Lepas solat, Syaza ajak ke Hongdae..Syaza kata lagi Hongdae ni real Korea sebab kat sini pure Korean klu kat tempat lain cam da bercampur baur dgn species lain..Kat sini cam tempat muda mudi..Banyak kedai² dan seronok la kalau jalan² kat sini..Ada street performance dan macam²..

Hari semakin gelap..so kami berpisah di station Subway..Syaza balik ke hostel dia.. saya dan Nuaimah nak balik Guesthouse untuk ambil Backpack yang kami tinggalkan.. Lepas membersihkan diri..tumpang bilik air guesthouse..kami bergerak di malam yang sejuk dengan keberatan bag lebih 10KG haha..bergerak ke INCHEON Airport..

berbungkus..time ni la aku rindu cuaca Malaysia..meh ..

(AIRPORT NIGHT)

Day 8

Incheon Airport –> Kuala Lumpur

Flight kul 9.35 pagi..jam 4 am kami da bersiap² menyelenggara diri sendiri..lepas breakfast roti, kami gerak nak masuk pemeriksaan tapi punya la slow dan ramai..Saya dengan Nu’ da cuak sbb jam 7 masih x lepas lagi pemeriksaan..So saya terpaksa berpisah dengan Nu..saya cakap siapa yang sampai gate dulu minta tolong tunggu salah sorang dari kami..Airport INCHEON sangat besar untuk ke GATE kena naik tren yang di sediakan..memang rushing gile.. pastu bila da sampai GATE..aku nampak screen Air Asia ke Kuala Lumpur da nak tutup..saya pun panik la..rupanya depa da tukar GATE..sabo je la..berlari macam Usain Bolt la aku dengan NU’..Alhamdulillah sempat..1st time rasa berpeluh dekat Seoul haha..baru rasa nk pecah rekod” 8 hari tanpa peluh di Seoul”..

    

Korea was amazing! Leaving SEOUL this morning, incredible thankful for the experience. Thank you to Korean people for being gracious,
free spirited, and opened armed. Until next time insya-Allah!!..
jusyeoseo gamsa habnida. Now it’s time to head home, shed the layers.

Dalam flight memang aku membuta je sbb malam tadi airport night bukan dapat tidur sangat pun..alhamdulillah lepas 6 jam lebih kami sampai KLIA2 dengan selamat.. Abang Nu’ ambil di KLIA2 ..alhamdulillah..Rindu kereta, rindu bantal peluk..rindu makanan Malaysia..

RIP my Bag Adidas..13 tahun berbakti dengan kehidupan ku..kalau ada anak dah tingkatan 1 ..akhirnya putus dah tali tu..lagi pun da koyak byk tempat.. love you bag..

Trip ni saya buat sendiri. Tidak menggunakan travel agent. Senang je kalau nak travel sendiri di Korea. Cuma kena banyak buat research dan survey. Transportation pun senang untuk pegi ke attraction di Korea. Honestly, public transport di Korea sangat bagus.

Tips dan budget di SINI

Scroll to Top