Tips & Budget Japan

Ini adalah pertama kali saya ke Jepun. Negara Jepun ni antara negara yang impikan dari kecik kerana minat dengan cartoon, anime dari Jepun.. Hah termasuk drama series Jepun “Oshin” wohoooo..

Disini saya share tips dan bajet untuk ke Japan

1) Visa

Tak perlu. Korang boleh stay di sana sehingga 90 hari. Nanti dah nak sampai Jepun, Flight Attandence akan bagi form kecik so korang kena isi. kat mana nak stay dan lain2 so make sure maklumat semua ada. Kalau nak isi secara online pun boleh. pergi ke website https://vjw-lp.digital.go.jp/en/

2) Duit Yen

Tukar sesiap dekat Malaysia. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana. Saya galakkan apply kad “wise” . boleh terus guna tanpa guna cash di Japan. Tapi masih banyak kedai yang guna cash so standby bawa cash..

3) Talian internet

Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia. Saya beli E-sim dari Malaysia untuk 10 hari 10gb. Saya just guna utk google dan google maps. Internet sangat perting. Kalau nak  download upload Med Soc better guna Internet di hotel/ Airbnb. Boleh klik link ini untuk simcard/esim https://hello1010.my/esim-japan

4) Pengangkutan

Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Kat sana pengangkutan keretapi efisen teruk dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual. Untuk saya pula, kami lihat pada itinerary so kami decide beli welcome suica (cam touch n go) dan guna day pass public transport. Untuk kad2 tersebut semua beli je bila da sampai airport di Japan. Kalau nk beli melalui klook pun ok. Lagi senang x perlu mencari2 kaunter nk beli. Lagi2 kalau korang sampai awal pagi , kaunter pun x buka lagi. kena menunggu pula.. buang masa..Untuk ke Osaka, kami beli tiket Shinkansen (bullet train) di machine di Tokyo station. beli one way je sbb mahal. Balik semula ke tokyo, kami naik Skyway Airline (domestik flight) lg murah .

Station train mereka kebanyakan di bawah tanah yang bertingkat2 .. so standby dengan tangga yang banyak tapi ada juga station yg sediakan escalator  dan lift . Cam lift biasanya di hujung2 gitu tp memang ada. Dan station dia banyak pintu exit so korang just follow je google maps.. easy measy.

Untuk ke Kawaguchiko Fuji), kami naik bas dan beli tiket bas di kaunter Shinjuku Bas Express. Saya cadang korang beli online lagi mudah. harga sama je. x perlu buang masa dan tenaga nak mencari tiket setiba di sana. Beli DI SINI. Saya cadangkan beli 3 minggu awal.

melancong ke jepun

5) Makanan halal

Jujurnya saya hanya bawak maggie dan jem je dari Malaysia. Sekarang ni di Japan mana2 da banyak kedai makan halal. Boleh follow apps Halalnavi dan follow IG influencer dari Japan @navito_halal . So makanan halal x perlu risau di Tokyo, Kyoto, Osaka, Kobe.. melambak cume sediakan duit je sebab sehali hadap lebih RM60 ke atas.. so macam saya, saya hanya bajet sehari sekali je makan di luar, selebihnya beli roti di 7E dan Family Mart.. Bagi yang muslim, carilah makanan yang Halal.

Di sini saya listkan kedai makan HALAL yang best untuk kita cuba:

TOKYO

1.  Shushi Halal di Akasuka – Asakusa Sushi Ken, Location : F1 Matsu Royal Building, Asakusa 2-11-4, Taiko City, Tokyo ( 1 minit walk from Tsukuba Express ” Asakusa Stat”
2. Dinner at Yakiniku kaiseki tomoji – wagyu 10,000 yen
3. Nikoniko mazemen – curry rice – manga town (must try) mosque ada di sebelah
4. Ko-so cafe (desert)
5. Halal Bakers & Halal Deli Tokyo: This bakery and deli in Asakusa offers a variety of halal sandwiches, pastries, and desserts.
6. Shibuya – Gyumon Halal Wagyu – 3-14-5 shibuya citu (5 min walk from shibuya station)
7. Shibuya – Honolu Ramen Ebisu – 1F Abc Amerika-bashi, Ebisuminami 1-23-1, shibuya ( 6min walk from Ebisu Station)
8. Shibuya – Malay Asian Cuisine – 2-9-9 Shibuya ( 8 min walk from shibuya station)
9. Halal Wagyu Yakiniku PANGA ハラル和牛焼肉ぱんが (Wajib cuba) tapi kena book awal DISINI

KYOTO

1. Yoshiya Oku No Niwa / Location : 31 Sagatenryuji Tsukurimichicho, Ukyo Ward, Kyoto (4 minit walk from Randen “arashiyama Stat”. ada prayer room sekali. try tempura dan tofu soup
2. Mabrur Halal Dining (kebab/ rice) – Location: Nakagyo Ward , Nakanocho ( 1 minit walk from Shijo Kawaramachi)
3. Halal Ramen Honolu Premier Kyoto Gion – Location: 126 Saitocho, Shimogyo Ward , Kyoto-Shi Kyoto 600-8012 ( 2 minit walk from “Shio Kawaramachi”) open

OSAKA

1. RAMEN HONOLU in Osaka- Special rich chicken ramen ( Location Motomachi 2-5-27, Naniwa Ward, Osaka. (5 minit walk from JR Namba Station
2. Osaka Halal Food: This restaurant in Osaka serves a variety of halal-certified Japanese dishes, such as ramen, curry, and takoyaki.
3. Asoka: Enjoy halal Indian cuisine in Osaka at Asoka, which offers a range of flavorful dishes like biryani and curry.
4. Istanbul Saray Halal Restaurant: Located in the Dotonbori area, this Turkish restaurant serves delicious halal kebabs and Mediterranean cuisine.

6) Kalau lapar sangat masuk 7E

Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7) Penginapan

Bergantung kepada bajet korang. Saya pilih Air BNB sebab nak ada semua kelengkapan. Yang penting ada kemudahan memasak dan washing machine. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses dengan stesen bas atau stesen keretapi. Airbnb di sana sangat strict ye..Rulus depa panjang lebar. So kalau 2 orang. please 2 orang sahaja.

Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau korang tengok google maps ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka. Google Maps akan jadi teman sejati anda.

8) Tempat menarik kat Jepun? 

Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati. 70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung.

Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

9) Bahasa Jepun

Bagus juga tahu sedikit bahasa dia. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik. Tetapi di bandar tokyo, mostly mereka da boleh paham dan bercakap english dengan baik. Bagi saya, di jepun saya x bimbang dengan bahasa.

10) Travel Insurans

Pastikan korang memiliki/ membeli “travel insurans”. Laburkan sedikit wang untuk jaminan keselesaan. Jangan risikokan diri dengan perkara diluar jangka. Ini kerana, sekiranya berlaku sebarang kemalangan diluar jangka, kos yang perlu ditanggung berganda besarnya. Untuk makluman, ‘travel insuran’ boleh dibeli selewat-lewatnya sehari sebelum anda berlepas ke destinasi percutian (contoh Etiqa travel insurans).

11) Tandas

Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.

Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan korang akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

Untuk makluman, ada sesetengah tandas tidak mempunyai pancutan air, jadi disarankan untuk anda menyediakan botol kosong untuk tujuan kecemasan.

12) Surau

Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

13) Makan ramen

Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu. Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan. Ruang kedai makan di Japan cute cute, so ada masa kena beratur dan menunggu. So korang kalau makan tu jangan la nak berangan nk sembang2 lepak2 bagai.. lepas sedawa, bayar dan keluar hahaha..

14) Duit syiling Jepun

Ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

15) Keselamatan

Kalau tanya pasal keselamatan. Japan SELAMAT… kami jalan keluar pagi buta balik malam. walaupun kami duduk di kawasan yang sunyi sepi, kawasan sangat selamat insyaALLAH. Nasihat saya kalau anda jalan dalam kumpulan yang ramai, jaga adab dan jangan buat bising.

Selamat melawat Jepun!

Sumber: Twitter @TravelJimat

Alhamdullilah done Trip Japan Autumn (November) dengan Amirah Hafit

𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀:
👉 8 𝐇𝐚𝐫𝐢
👉 126,686  ribu langkah 🚶‍♀️ = 77.86 𝐤𝐦

Ok disini saya share Tips dan budjet perjalanan kami (utk seorang):

Budget
    
Transpotation   
NoDescriptionAmountRM Per Head
1Flight Viet Air KUL-HND (return)1545.321545.32
2Suica Card (10000) yen 309.68
3Shinkansen 29440 yen911.7455.85
4Day Pass tokyo & osaka74.3287.95
5Bus from Shinjuku to Kawaguchiko Sta. 136.00
6Fujikawa sightseeing 53.00
7Skyway Airline KOBE – HND (one-way)547.13273.57
 Total3078.472861.37
    
Accommodation   
NoDescriptionAmountPer Head
1Tokyo 3x Night934.83467.4
2Osaka 3x Night1001.61500.8
3Thanh Thu Hotel103.7851.89
 Total2040.221020.09
    
Entertaiment   
NoDescriptionAmountPer Head
1Shibuya Sky125.5762.80
2E-Sim 57.00
3Etiqa Takaful Insurans 44.60
 Total125.57164.40
    
Food   
NoDescriptionAmountPer Head
1From Malaysia50.0020.00
2Japan700.00700.00
 Total750.00720.00
    
  Total KeseluruhanRM4,765.86

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *