Belgium City Centre
Belgium terkenal dengan coklatnya dan kain-kain lace. Merupakan negara asal-nya french fries dan waffle. Seafood (mussels) juga sangat popular. Terdapat satu lorong yang penuh dengan restoran seafood yang menggiurkan. Macam menarik sahaja melihat mussels dimakan bersama french fries. Sebuah negara yang biasa-biasa sahaja dari segi pemandangan dan keindahan. Hebatnya Belgium mungkin kerana ianya ibupejabat bagi Kesatuan Eropah dan lain-lain organisasi internasional seperti Nato.
Lepas mandi kemas2 breakfast makanan lebih semalam..saya check out dan naik bas menuju ke Brussel Central. Drop backpack kat tempat simpan luggage untuk memudahkan saya berjalan2 sekitar Belgium..
tempat simpan bag dalam area Belgium central ni..tanya je orang kat mana tempatnya..cam tersorok skit..lepas simpan, saya keluar nampak bas hop on hop bus yang biasa untuk bawa pelancong berjalan sekitar2 belgium, so saya tanya harga €20 +- RM80 camtu..so saya batalkan niat tu..so minta driver dia peta tempat2 menarik..so saya just menapak je dari satu tempat ke tempat..dengan suhu 12-14°C ok je jalan2..
kedai Coklat..bersepah kat sini..pilih je mana berkenan di hati.
Saya pergi satu kedai ni..byk set coklat yg dia da pack cantik2 offer plak tu, dia muslim, so saya tanya dia coklat yg halal x de rum and everything, so dia tunjukkan set yg ada 5 box camtu.. harga dia murah €10 setiap set..bila da balik Sheffield menyesal beli 1 set je..huhu sbb sedap gilos lagi2 yg truffle tu..
pastu berjalan2 di area Grand Palace. Bangunan gah rekabentuk menarik.

then teruskan berjalan, dan cam biasa abam askar bersepah2 kat sini..
ada cerita pasal bro ni dengan anjing dia tu tapi x leh nak igt pasal apa..malas nk google..
cam menarik, sebelah bangunan lama sebelah bangunan moden, x sure nape dia tinggalkan yg lama tu..maybe ada sejarah dia..teruskan berjalan untuk ke Manneken Pis patung yg popular tu..sambil jalan bersepah kedai waffle..so singgah tp b4 masuk kedai tu saya ada tanya bro yg saya beli coklat dengan dia tu pasal waffle dia boleh makan tak..dia cakap ambil yg fruit jgn beli yg ada beef ke chicken what so ever..
lepas kenyang gerak ke Manneken Pis..
Patung budak keciknya kecik je saiz dia +- 60CM je. Manneken Pis ini dibuat oleh Jerome Duquesnoy pada 1619. Lama tol. Ini untuk menggantikan patung asalnya dari batu yang sudah ada sejak 1388, namun hilang dicuri. Wah, yang sebelumnya lagi lama.
.
Sejarah patung ini pun banyak versinya. Ada yang kata patung ini adalah anak bangsawan yang hilang dan akhirnya ditemui sedang kencing di sudut jalan. Hahaha. Lawak gak. Ada juga legenda yang mengatakan budak kecil ni kencing kt bahan letupan yang akan menghancurkan Brussel di abad 14. Pelik gak versi ala-ala hero ni.
.
Ada juga versi lain yang kata dulu, Raja Belgium membawa kanak-kanak yang diminta kencing di depan Raja Perancis sebagai bentuk penolakan Belgium untuk berunding dengan Perancis.…
Patung pelukis Vincent Van Gogh juga terdapat di Belgium walaupun muzium seni-nya berada di Amsterdam dan beliau sendiri berasal dari Belanda. Van Gogh dipuja kerana hasil seninya, dan pelopor kepada seni ‘expressionism’ – iaitu menghasilkan seni berdasarkan emosi. Masa hayatnya Van Gogh ini bukan-lah popular sangat. Beliau popular mungkin kerana kontroversi, memotong kedua belah cuping telinganya akibat putus cinta dengan kekasihnya seorang lelaki. Mengalami sakit jiwa hingga mati membunuh diri. Biasa-lah, ‘fahaman liberal’ seperti di Belanda tentu akan mengagungkan hikayat begini. Tah pape..
lepas jalan2 cari masjid guna google maps..da jumpa tapi tutup plak berkunci, so saya berjalan ke Restoran seblah masjid tu..Restoran ni kedai Arab camtu staff situ cakap time ni mmg masjid tutup so dia suruh saya ambil wuduk kat toilet kedai dia dan dia bagi saya tempat tuk solat..wahhh bagusnya..Restoran dia 2 tingkat. tingkat bawah tu kosong so dia suruh solat situ..
sepanjang berjalan2 kat Belgium ni melambak peminta sedekah..kebanyakan org2 middle east..mungkin akibat pergolakan negara mereka tah la..doa yg baik2 je..lepas solat sambung berjalan dan jumpa plak kedai kentang goreng punyala ramai yg beratur panjang, so saya pun apa lagi..try satu hehe..
sedap gilos..
selepas settle solat n makan, pastu cam da x tau nak jalan mana lagi so saya balik semula ke Brussel centre n g kaunter tanya macamana nak ke Charleroi Airport, flight saya kul 7.55pm. So staf kaunter tu suruh saya ambil combi ticket maksudnya naik tren dari sentral ni dan turun tukar naik bas utk ke Airport..Airport ni bukan Airport utama Belgium yg kena bom ari tu..tapi cam KLIA2 kat Malaysia, Airport utk penerbangan tambang murah.. saya tempah tiket di sini
Lepas ambil bag n naik tren dalam 1 jam lebih ke Airport. Semasa dalam bas sebelum sampai Airport, Bas di tahan, askar check detail setiap penumpang..ye la kan lepas kes bom kat belgium tu semua berhati2..Saya sampai Airport mmg awal jam 5pm da sampai..Lepas check in bag masuk dalam terus..lepak2 je kat dalam..
bestnya kedai kat sini ada makanan halal di sediakan..saya beli satu alas perut..sambil makan di hiburkan dengan gelagat sesiapa je yg main piano yg disediakan kat balai pelepasan ni..mmg terhibur la..
lepas tu ada 2 org awek sepanyol tegus saya , dia berbahasa Indonesia, dia tegur saya samaada saya org Indonesia ke?.. Saya cakap tak..Dia kerja kat Indonesia dah bertahun tu yg dia fasih bahasa sana..lama gak kami berborak2..ssweet sbb awek omputeh speking Indon..cam orang cina cakap klate..kan cute tu..lepas depa blah nak fly balik Spain..saya solat Marghrib dulu kat sini..pastu masa nk beratur boarding..ada 2 keluarga dr Malaysia tegur..so borak2..2 orang sister ni blajar ambil PHD kat UK..Datang Belgium jejalan dengan family..meriah betol..pastu dia bagi nasi goreng kat saya..Ya ALLAH mcm2 tahu2 je saya merindui nasi haha..pura2 malu menolak tapi depa suruh ambil gak..depa pun naik flight yg sama nk turun Manchester Airport..
Flight kami delay dalam 1/2 jam, so sempat la makan nasi goreng tu sambil berborak2..
Kul 10pm saya sampai di Manchester Airport..pastu sama2 keluar dgn 2 keluarga kakak tadi..depa ada kereta kat sini..so depa terus balik..saya tunggu esok pagi sbb saya beli tiket online awal pagi esok untuk langkah selamat lagi pun kalau balik sekarang takut menyusahkan didi plak kena stay up tunggu saya balik mlm buta..so mlm ni saya tidur di Airport Manchester..Airport ni meriah, melambak org tidur sini so marilah kita meriahkan lagi hehe..
Kat sini ada Multi Faith Prayer room, bercampur untuk semua agama..so boleh solat kat sini..tapi saya da solat td kat airport Belgium so saya letak bag sekejap sementara nk g toilet..bila datang nk ambil bag ada 2 polis tegur dan cakap saya x boleh tinggalkan bag dekat sini, so saya say sorry je la..pastu tu cari port tidor yg pasti cari yg x sejuk..
good night