Myeongdong Shopping Street

Alhamdulillah selepas selesai hadir majlis akad nikah Wardah dan Fawwaz malam tu..Jam 3 pagi saya dan Nuaimah menaiki bas dr KL Sentral ke KLIA2.  Bas ada setiap 20 minit..so no worries.. Harga terkini RM12 sehala seorang. Cam biasa sampai Airport awal kul 4.30am..Airport Night..

Day 1

Myeongdong Street

Kuala Lumpur (KUL) Sat 08:00 to Seoul (ICN) 15:20.. 6 jam 20 minit perjalanan sila la tempah makanan sbb bosan nok dlm tu..lepas kenyang tidur ..senang kan..Sampai airport Incheon, lepas ambil bagasi tetiba dengar Nu’ bersuara “Ana rasa boleh ni kalau nak travel solo” hahaha  lawak la Nu’..

lepas menembusi Imigresen kastam bagai..kami makan makanan lebih yg kami order kat flight.. sementara nak tunggu Syaza datang ambil kami. (Syaza = ex al-amin sekarang baru abis exam final year tunggu nak konvo , dia student University Kunkuk Seoul) yay

Kul 5pm Syaza dtg dgn muka x de perasaan sgt haha..cuba la buat muka excited ke apa haha..g 7Eleven topup T-Money cam TnGo Malaysia (saya pinjam je sape2 kawan saya yang pernah g Korea, so saya just top up..sesiapa yg belum ada kad T-Money ni beli je kt 7Eleven KRW3000)….details bajet da tips klik SINI.

Dengan menggunakan T-Money, perjalanan kurang daripada 10km ke mana-mana destinasi hanya dikenakan cas 1,050 won sahaja termasuk transfer train dari line ke line. Kalau beli tiket di mesin tiket kos 1,150 won dikenakan untuk satu perjalanan.

Kalau di Malaysia kita panggil  Star, Putra, Komuter, MRT dan Monorail. Di Korea, setiap jenis train subway dipanggil Line. Di Seoul sahaja ada 17 jenis train. Boleh dapatkan subway map sebagai guideline untuk ke destinasi atau pun download apps dengan menggunakan smartphone. Mula-mula tengok nampak pening. Jangan risau. Sebenarnya senang saja. Setiap line diwakili dengan warna masing-masing. Cari destinasi yang nak pegi dan perhatikan warna train line. – Aku rileks je..yang cari jalan semua Nuaimah..kih kih..

Kami naik tren AREX utk ke penginapan kami di bandar Seoul. Kos menaiki Arex ke Seoul ialah KRW 4000 untuk all stop train & KRW 8000 untuk Express train. Beza masa ketibaan hanya 10 minit. Jadi untuk berjimat kami naik all stop train AREX.

 

 Untuk ke penginapan kami di Beewon Guesthouse Jongno-gu, kami kena tukar station nk turun di Anguk Station.. Station tren derang ni bertingkek2 dan memang tangga je la..so yg backpack galas tu ok la sikit tapi bagi yang angkut bag trolley tu adeh..sian gak tengok..kat sini mmg banyak transfer line..ada color warna warni..exit dia pun byk pintu..so kena igt. Kami follow Syaza je..dia guna apps bahasa Korea..mmg x la kami nk guna..kami guna google maps je..

Setelah sejam lebih kami sampai di Anguk Station, tetiba panik sbb byk trak Polis blok jalan bagai..pastu Syaza cite kat sini setiap sabtu dan ahad ada demonstrasi aman minta presiden mereka berundur akibat rasuah. Disini rakyat ada hak demokrasi. so byk jln tutup. sampaikan kami nk jln ke Guesthouse pun terhalang.. abg polis tolong angkatkan backpack i td..tu je nk cakap haha

Sampai di guesthouse , check in dan terus letak bag dan jalan kaki je dr guesthouse ke Myeongdong street (syurga streetfood dan shopping)..Syaza tunjuk kedai roti yg kami boleh beli..

Cute tak Bunk Bed kami..of kos saya tidur bawah..Nuaimah sila panjat di atas..

Malam di Myeongdong.. tempat wajib harus g..hehe..klu x nk menikmati org yg ramai. g siang hari.. klu nk rasa street food n happening g mlm.. Kiri kanan deretan bangunan ..tengah² street food..yabedabedooo..(da kenapa ko happy sangat)

gigih mak jemah ni pilih 10 pasang stokin gigih gigih..

hotteok. sweet rice and sugar, nuts-filled korean pancake #streetfood #wajibmakan  Hotteok is a pancake filled with brown sugar, cinnamon and nuts.

jom jejalan dengan suhu negatif ni.. ketaq lutut.. ..

   biasanya saya boleh menahan lagi dari membeli produk² kecantikan ni tp kali ni x boleh sbb murahhhhh dan natural..

TQ Syaza..kebolehan dia bercakap bahasa Korea buat urusan kami sangat lah mudah haha..

Saya dan Nu’ jakun sebab tengah jejalan ada screen besar muka sendiri..awesome..klik klik take picture

suasana malam di Myeongdong street.. kami hanya berjalan kaki dlm 30minit dr Guesthouse kaki ke sini..suhu -2°c.. sila nanges..

Sedar x sedar dah kul 11 mlm..kesejukan da sampai tulang isi belulang..so balik naik subway (tren) dan syaza balik ke umah dia, kami balik ke Guesthouse..

Sampai guesthouse terus kemas² susun atur segala mak nenek barang..nahhh selambak makanan kami..then zzzzzzzzzzzzzzzz

Day 2

Alhamdulillah hari ni plan ke

  •     Bukchon/Namsagol Hanok Village (south)
  •     Choong Ang High School (Goblin drama site)
  •     Namsan Tower/Village/PadLock
  •     Namdaemun
  •     Dongdaemun (selit g APM)

cam base tunggu syaza datang guesthouse..kami breakfast roti cicah mushroom campbell..

Guesthouse ni melambak orang Malaysia, x sure knp..maybe harga yg budget dan agak selesa n walking distance. Sampaikan ada bakul khas atas peti ais tu makanan2 sedekah dari orang malaysia..MADE IN MALAYSIA..

lepas Syaza dtg, 1st stop kami jejalan ke Bukchon Hanok Village

 

kami lunch kat sini bawak bekal .. so sweet dgn sejuk² tu..plak tu dgn sambal sotong sharifah yang sedap tu..lepas makan kami mendaki lagi ke menara.. Menara ni adalah menara komunikasi..popular sbb padlock tu je..dan boleh lihat view bandar Seoul dari atas..lepas snap2 gambar kat atas, kami turun bawah dan next stop ke Namdaemun
dan Dongdaemun..

Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul pada zaman Dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat Pasar Namdaemun

Inilah ikon Dongdaemun… Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka.. dah sampai pun…inilah landmark Namdaemun, pintu gerbang kota Seoul pada zaman dahulu dan setelah melalui gerbang itu, pedagang akan berjual beli di pasar Namdaemun… dan pasar itu wujud hingga ke hari ini

Untuk ke Namdaemun boleh naik Subway line no 4 dan turun di stesen Heohyeon. Jalan 5 minit dari stesen tersebut.

kat sini jangan terkejut penjual² boleh cakap melayu..biasalah orang nak meniaga..dan boleh tawar menawar..mcm² jual kat sini..barang alatan dapur, keychain, baju macam² la..Syaza bawak kami g kedai yang dia da biasa pergi..Saya beli tshirt, bag dan sudu..sourvenir tuk angah n sidah.. seterusnya kami pegi ke Dongdaemun Design Plaza.

Dongdaemun Design Plaza adalah mercu tanda utama pembangunan bandar di Seoul. Rekabentuknya bercirikan neofuturistic dan berbentuk bujur melengkung. Terdapat taman walkway di atas bumbung, ruang pameran, kedai-kedai dan kubu yang dibaikpulih.

malam kami berjalan lagi cari keychain dan lain²..Alhamdulillah ada Syaza..dia bawak kami tempat² yang murah. Duduk sini hampir 5 tahun..of kos la pejam mata je dia bawak ngee..jam 9 malam kami berpisah dengan Syaza..dia say sorry sebab tak dapat teman kitaorang jejalan 2 3 hari next ni sebab dia ada trip ke BUSAN n Jeju..so saya cakap ok je..no problem..TQ Syaza bawak kami jalan n shopping 2 hari ni..

Balik Guest House perut lapar..terus rendam Maggie..sambil tgk cite korea..ewahhh..Korea sangat..Bila sejuk² ni memang perut nak di minta isi je..so dalam bag tu standby je paket² biskut, coklat ke apa..

ok esok akan ke Sokcho..agak jauh perjalanan ..kena rest..jom zzzzzzzz

next bahagian 2 Sokcho

]]>