Trip Balkan Winter 🇬🇷
Athens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewi Athena berdasarkan mitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². – wikipedia
Okay sebelum saya bercerita tentang Athens, saya nak share untuk perancangan awal trip Balkan ni. Berangan untuk trip Balkan ni +- setahun dengan Hanani, tapi kami beli tiket flight 6 bulan sebelum travel sebab nak tunggu tiket harga yang cun. Tapi kami beli tiket pergi dulu sebab plan nak balik dari negara yang lain yang kami x decide lagi..Ni kira plan berani mati jugak ni 😂. Then kami beli tiket ke Athens, Greece bila Scoot Airline (direct beli di Scoot Airline) buat offer RM900+ tapi kami add meal = +- RM1080 without add luggage tau sebab kami angkut 10kg naik cabin (sebenarnya berat bag kami lebih skit tapi alhamdulillah lepas).
So bila da beli tiket baru senang nak plan itinerary dan negara² yang nak di terokai. Plan asal nak start dari Athens dan end balik KL dari Austria..tapi Hanani kata, dah alang² jom kita ke Hungary, pastu Romania pastu Bulgaria haha..so saya cakap masa dan budget akan bertambah kalau nak ke negara² tu..but dia kata ok so saya pun ON je..then kami set dah alang² ke Bulgaria so better balik KL dari Turkey sebab flight lagi murah from Turkey..(kami beli tiket flight balik +- 3 bulan before travel).. Alhamdulillah time tu Royal Jordan Airline buat offer so terus grab (guna www.skyscanner.com dan thru 3rd party agen gotogate). Ni kita 1st time buat kerja camni (turun negara lain, balik negara lain 📌)
So kami bahagi² tugas untuk buat itinerary. Secara jujurnya tak banyak perkongsian pengalaman di dalam google untuk trip Balkan untuk fully travel guna public transport so banyak masa kami habis cari info..banyak chit chat dengan traveller². Sebab kebanyakkan traveller sewa kereta atau travel agen..pening kepala..then lagi +- 2 bulan, Amirah nak join trip ni dan beli tiket last minute, Alhamdulillah harga tiket pergi dan balik dapat sama je dengan kami..itu di namakan rezeki 🤩..so best la ada 3 orang.. tapi endingnya saya dan Amirah je yang pergi sebab Hanani last minutes tak dapat join..so sad 😭. 👭
Oleh kerana saya tak nak bawak cash yang banyak so saya siap² bayar penginapan dan beli tiket bas/tren online dari Malaysia..so memang berani mati sekali lagi , make sure ikut plan..kalau jenis yang suka santai..suka last minit plan, boleh je beli dan buat pembayaran setiba di setiap country. Dan saya hanya tukar duit Euro € dan Lira ₺ sahaja di Malaysia. Sampai di sini baru tukar matawang sini but anyway Greece tidak ada matawang sendiri. Mereka guna Euro.
Okay now kita start cerita trip Balkan (Day 1)
Ni je stok yang saya bawak, sebenarnya ada add instant Nasi goreng Sharifah dalam 3 paket.. Peanut butter tu x lepas time check dekat Airport Changi, Singapore 😭.
Dari KLIA2 jam 9pm. Transit di Changi Airport 🇸🇬 (the best airport in the world) 4 jam. Then mereput dalam flight 11 jam ke Athens jam 2am dari Singapore. Sampai di Airport Athens jam 9am (beza 6 jam dari Malaysia). Nampak tak 👆 muka Amirah yang bahagia tu haha..
Alhamdulillah selamat sampai di Athens airport 🇬🇷.. So kami keluar terus cari bas untuk ke Syntagma Square. Details harga tiket dan lain² boleh download itineray kami di SINI. Kaunter tiket bas ada di luar sebelah bas parking dan untuk ke Syntagma boleh naik bas X95. Actually banyak pilihan, nak naik train pun ada tapi kalau ramai sewa taxi lagi jimat. So ikut plan masing². Suka saya katakan, trip kami ni cara backpackers. So that memang PENGANGKUTAN AWAM adalah di gunakan 100% dalam trip ni..so hope tak ada yang tanya sewa kereta dekat mana, berapa harga dan sebagainya.. 🙃
Sampai di Syntagma kami agak struggle nak cari ke tempat penginapan kami di Larissa. Sebab utama saya memilih penginapan di Larissa sebab berdekatan dengan station Bas Express ke Tirana, Albania (midnight bus) so jalan kaki je dan tak perlu rushing dan mengangkut bag bagai..
Kami tidak beli simkad untuk kegunaan Internet sebab kami stop setiap country tak lama. Alhamdulillah semasa kami mencari aparment , kami jumpa Malaysian yg beli simkad sebab dia stay lama di Athens dan mereka pergi Santorini..Kami tak plan ke Santorini pasa musim winter sebab ramai yg cakap langit x cun cloudy so lagipun bajet kami pun ciput je haha.. Ok back to story, Dari Syntagma station kami beli tiket tren €1.40 untuk 90minit di vendor machine di station dan akhirnya kami sampai juga ke apartment kami walaupun hampir sejam mencari, orang Greece ni agak garang juga “find yourself” huhu.. so tips dia sebenarnya cari nama jalan insyaALLAH akan jumpa..kalau cari nama tempat memang kena maki la..kami guna www.booking.com untuk apartment kami..oleh kerana plan asal bertiga so kebanyakan penginapan kami yang kami da booking sebulan awal dari travel ni more kepada apartment 3 katil. 🏘
Semasa kami sampai cuaca dalam 10-14°c. Selepas berehat sekejap solat dan sebagainya.. Sebelum keluar, kami set siap² google maps untuk cari tiket bas untuk malam esok ke Tirana, Albania. Tiket ni kami memang gamble sebab kami tak jumpa website untuk pembelian online. Alhamdulillah rupanya banyak giler kaunter tiket dekat area sini yang menawarkan perjalanan jarak jauh .. so pilih je yang berkenan di hati..saya suggest, sesiapa yang nak gamble beli tiket bas better beli sehari awal sebab sometimes habis cepat dan bas mereka ni kebanyakan sehari satu perjalanan je huhu..
👆Ni tiket bas 🚍 kami untuk esok dari Athens ke Tirana, Albania (KOMATAS TOUR AGENT ATHENS). Fuhhh lega da settle satu hal..So baru senang hati nk jejalan..Plannya nk ke Acropolis hari ni tapi oleh keran da lewat dan x nak rushing dan tutup jam awal sebab kat sini marghrib jam 5 petang..so kami just jejalan di sekitar Larissa dan berehat di apartment.
Day 2 (Acropolis, Athens) 🇬🇷
Kami bangun jam 3am Subuh around 3.30am camtu..Lepas solat subuh kami breakfast..Ko rasa apa? breakfast jam 3 am ☕️..Kami masih belum dapat adapt dengan time kat sini hihi..so nak tunggu matahari naik memang lambat lagi so melepak je dan mengemas..So kami kawtim dengan owner apartment ni yang kami checkout dan nk tinggalkan bag kami dan petang kami ambil dan terus ke station bas..Owner cam ok..
So lepas bersiap kami check out dan berjalan pusing Athens dan yang paling kami excited tak terperi , nak ke Acropolis yang terkenal gituhhh.
TOUR ATHENS 🇬🇷
• Syntagma Square (Pertukaran guard di bangunan parlimen)
• Athens Flea Market/Monastiraki Flea Market
• Greek Parliament, Athens, Greece
• Acropolis of Athens
Budget Athens (per person):
Bus dari Airport Athens ke Syntagma – RM35
Tiket Public transport 2 hari – RM14
Fee Entrance Acropolis – RM50
Accommodation Athens City Themis 4 (1xNight) – RM59
Overnight Bus Athens to Tirana, Albania – RM140 (13jam)
So kami beli tiket yang 90 minit tu sebab tu je yang murah dan logik akal buat masa tu haha..so kami gerak ke Syntagma square dan nampak ada kedai simit turki..so makan sambil layan burung² merpati yang super jinak dan gebu.. Naik tangga skit terus nampak da Greek Parliment , tenguk acara simbolik pertukaran guard..aku tenguk pun naik penat cara mereka berkawad..
So far di Greece papan tanda dia ada Dwibahasa so x de masalah. Kalau tak ada, memang ko rasa boleh tak kau akan sesat sampai hujung dunia sebab nak paham perkataan kat atas tu.. sometimes google translet not working properly..
lepas tu kami naik tren lagi guna je tiket tu sebab dia expired 90 minit , kami ke acropolis (sejarah acropolis ni baca dalam wikipedia eh..baru best kalau nk melawat kawasan)..
Tips bagi yang memang tak beli simkad internet..saya suggest study maps dari apartment (make sure book apartment yang ada internet) jangan malu bawak peta besar gajah dan bertanya orang.. Kebetulan jumpa pulak orang baik Greece hari ni dalam tren..Dia boleh cakap Bahasa Indonesia sikit². haha dan siapa yang da biasa dengan public transport dekat Malaysia..insyaALLAH pejam mata je dengan sistem P.transport di mana² pun..
Nak masuk Acropolis ni €10. tapi kalau memang jiwa muzium, boleh beli pakej tapi harga dia x ingat berapa. Oleh kerana kami jiwa tak muzium sangat. Kami rasa cukup kami explore Acropolis sahaja..itupun dekat 3 jam kami lepak kat sini..Berpeluh gak nak naik sini tapi memang berbaloi².
Perghh tenguk Amirah 👆..bergaya gituhhh haha..
Parthenon (Yunani Kuno: Παρθενών) merupakan kuil Yunani di Akropolis Athen yang dibina khas untuk dewi Athena. Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila Empayar Athen berada pada kekuasaan tertingginya. Ia disiapkan pada 438 SM, walaupun hiasan Parthenon berterusan sehingga 432 SM. Parthenon dianggap sebagai simbol demokrasi Yunani Kuno dan Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terhebat di dunia.- Wikipedia
Bangunan Parthenon ni yang paling popular sebenarnya.. tapi aku still rasa view dari atas bukit ni untuk lihat bandar Athens secara keseluruhannya memang superb.. Alhamdulillah cuaca pun cun..aku pun cun.. semua cun cun belaka..
Lepas da puas cun cun belaka. kami turun cari sesuap nasi..So dapat internet kat mana tak igt..kami ni banyak try n error je..so kami cari kedai India sebab kedai turkey cam x jumpa, maybe ada. Kami ambil hidangan vege jer..Biasanya dalam kedai memang ada Internet. so kami google untuk next spot.
Dia punya potion like Jumbo..so x habis, kami tapau..Nasi dia tu kosong je tapi sodap..roti dia pun sodap..bila da lapo, macam ni semuanya sodap..
Lepas tu kami jejalan ke Flea Market, Actually kami ni jalan ikut sedap hati je..pastu terjumpa Flea market la itu la..Alhamdulillah..Lagipun kami ada banyak time..tak rushing..kami beli souvenir kat sini.
Kat sini Karaiskaki Square, Athens. kami jumpa Malaysian. lawak, Indian ni dengar kami sembang bahasa melayu nak beli strawberry. Pastu Indian tu dengar agaknya, dia terus tegur cakap melayu..yay happy..bila ko berjaulah, bila jumpa Malaysian cam feeling tu over excited semacam walaupun tak de la perlu sangat..tapi perlu bila ko solo traveler. 🤗
Tapi dekat sini kawasan cam lepak² cam ada pasar² kecil jual buahan. ala cam petaling street ke chow kit cam tu.. so banyak scammer dan peminta sedekah yang guna budak² minta duit dari kita..so be carefull.. kami lepak makan strawberry pun rasa tak tenang..
So da nak hampir gelap..kami balik ke apartment (sempat solat marghrib dan isya’) dan kami ambil bag dan terus jalan kaki ke station bas dan lepak situ sementara nk tunggu bas kami gerak jam 10pm..
Kat sini jangan malu nak minta password internet.. tenguk amirah 👆 bahagia duduk station ni sambil bersosial hehe.. Anyway bas yang kami naik ni full.. That why saya cakap kena beli awal sehari supaya anda on track untuk next destination..
Ok dalam bas zzzzzzzzzzzzzzzz.. depa kat sini x punctual..suka hati nak gerak kul bape tapi x de la jauh sgt beza..
Ok good bye Athens..
Bas akan berhenti selang 2-3 jam untuk membuang hajat.. so dun worry..
Dalam kul 3am camtu..Kami stop sebab nak cop passport (cross border) . Dalam kes ni, driver bas akan collect semua passport korang dan bawak ke Imigresen. Make sure korang tolong jangan tidur selagi passport korang x dapat lagi sebab time ni bas da nak hampir gerak dan driver cakap dalam bahasa dia.. so aku ni buat2 paham angkat tangan, sebab aku assume maybe dia tanya “ada sesiapa yg tak dapat passport lagi?” naseb baik betul sebab dia da edarkan beberapa orang passport tapi ada beberapa orang dari kami tak dapat..Alhamdulillah dia turun balik ke pejabat imi..dan pulangkan passport kami..make sure passport di cop..wajib pastikan supaya tak de isu bila nk masuk negara lain..
Stop kat hentian mana tah..lapo..so makan bekal vege rice yang lebih tengahari semalam..cuaca sejuk so x risau basi ke tak..cuma rasa sejuk je la haha..layan
Next Tirana, Albania