Dubrovnik, Croatia

Trip Balkan WinterĀ šŸ‡­šŸ‡·

“Pearl of the Adriatic,” Itu lah jolokan untuk pulau cenonet di Croatia iaitu Dubrovnik.Ā  Pada tahun 1991, selepas perpecahan Yugoslavia, Dubrovnik dikepung oleh tentara Serbia dan Montenegrin Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) selama tujuh bulan dan mengalami kerosakan yang ketara akibat serangan. Selepas kerja pembaikan dan pemulihan pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, Dubrovnik muncul semula sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Mediterranean -wiki

Cam biasa di Balkan , ketepatan masa mereka dari segi public transport jarak jauh mereka memang jarang ikut masa.. Mini bus kami lewat +-20 minit.. kadang susah nak set time dengan owner AirBNB kami. Kadang kena beritahu owner jam berapa kita sampai, so depa le prepare kunci atau berada di sana ikut time kita..

Sumpah view dia memang ko tak kan jumpa kat Malaysia.. haha sorry terpaksa compare dengan Malaysia sebab aku orang Malaysia.

Perjalanan kami mengambil masa dalam 2.15 jam. Pada mulanya saya ingatkan kenderaan kami akan menaiki Feri untuk melepasi lautan untuk ke Dubrovnik cam biasa saya baca dalam blogĀ². tapi bas kami ni x lalu pun atas air šŸ˜…. Baru cam nak fefeling bollywood skit.. so tak pe. view tetap indah.

Yay da masuk sempadan Croatia..Ā 

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

Dubrovnik bay and historic walls view, tourist destination in Dalmatia, Croatia

Ā 

Ok setiap kali setibanya kami di setiap station bas, kami akan ke kaunter pertanyaan ke apa ke untuk sahkan tiket bas kami untuk next destination, samada kami akan menaiki bas di tempat yang sama esoknya tau lain (sebab kami beli online, so tunjukkan sesiap kertas tu) so senang, tak da la kelam kelibut esoknya.. So selepas Amirah da declare tiket esoknya, try cari wifi di station bas dubrovnik..

Ok ada pulak sorang pakcik ni tetiba peramah nak ampun..borak2 dengan kami.. adehh, aku ni da la nak cepat..perhati sekeliling..x nampak teksi.. pengangkutan utama bas.. so dalam peta tgk cam dekat je jalan kaki kalau nak ke apartment kami tapi Ya Allah jalan tanah dia, aku rasa semut pun penat.. berbukit2..layer by layer.. serius dengan angkut bag 13kg rasa nak pitam nasib baik cuaca sejuk so hati tak panas lagi.. Orang Croatia baik2.. sudi bantu, sorang pakcik gagah perkasa dengan berkot siap jalan temankan kami cari apartment tapi halfway je la..depa ni kuat sangat merokok..tak tahan aku.. bagi aku hensome camne pun ko, kalau merokok, terus rasa tak handsome.. sorry..šŸ¤’

Dubrovnik ni kecik tapi sebab jalan dia berbukitĀ² tu la yang buat ko rasa dia besar..hampir sejam masa kami mencari apartment. Alhamdulillah sampai. Then oleh kerana wifi tak ada lagi, kami ketuk je pintu rumah orang sebelah. then dia call kan owner AirBNB kami .. sukahati je haku..sebab time da lari habis..janji pukul 11-12pm tapi dah hampir kul 12.30 baru sampai..

Owner kami ni peramah nak mati. Tapi explaination dia mmg mantop..mak bagi ā­ļøā­ļøā­ļøā­ļøā­ļø. hambekk..

Trip Balkan Winter ( Dubrovnik, Croatia) Day 6

Dubrovnik mutiara cantik di tepi adriatik. Antara city yg kami perlu jalan lebih 20ribu langkahšŸ¤£.. kawasan berbukitĀ² dan laut membiru. Ketika di Dubrovnik, kami telah menghabiskan masa berjalan kaki di sekeliling Ancient City Wall (Old Town) . Alhamdulillah cuaca sangat cun melecun. Disarankan start dari pintu masuk Pile Gate yang terletak di hadapan Onofrio Fountain di kota lama.Ā 

Ni view dari atas hasil Google


Dubrovnik juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Bagi para peminat series Game of Thrones, jangan melepaskan peluang untuk ke sini kerana Dubrovnik adalah set pengembaraan untuk series tu hehe.. serious I really love DubrovnikĀ šŸ‡­šŸ‡·. Oh ye lagi satu ramai cakap jangan pergi waktu summer sebab dia punya panas meleting..saya x sure, just pandangan orang..

Itinerary day 6:
Tour Dubrovnik
ā€¢ Pile Gate
ā€¢ Onofrio Fountain
ā€¢ Walk the Stradun street
ā€¢ The Rectors Palace
ā€¢ Explore the City Walls
ā€¢ Old town port
ā€¢ Visit a Banje beach
ā€¢ Lovrijenac Fortress – Games of Thorne
ā€¢ The Bell Tower
ā€¢ St Blaise’s Church
ā€¢ Dubrovnik Cathedral
ā€¢ Sponza Palace
ā€¢ Ploce Gate
ā€¢ Saint Ignatius Church
ā€¢ Jesuits staircase
ā€¢ Gundulic Square
ā€¢ Franciscan Church and Monastery
ā€¢ Dominican Monastery
(ok semua ni walking distance je)

Budget per person:
ā€¢ Bus from KOTOR Montenegro to Dubrovnik, Croatia – RM80 (2jam).
ā€¢ Bus station tax fees – RM10.40
ā€¢ Apartments Depozit – RM 70.00
ā€¢ Taxi from Apartment to Bus Station – RM18.20

IG Highlight – noratajharun

Tangga memang setangga-tangganya.. Sesuai berumahtangga kat sini.

So lepas solat jama’ kami bergerak just walking distance je dalam 15 minit je kot sebab kami main sesatĀ² lagi. Berhenti ambil gambar la.. sebelum sampai ke Old Town.

Actually kami sesat nak ke Old Town tapi terjumpa view ni..Cun giler sebenarnya..Tah lorong mana tah ni..cer tenguk rumah tu..šŸ° enjoy betol dia duduk tepi tebing..kalau rumah aku la tu..mahunya setiap malam nak tido sedut inhaler..semputtt

Ada 4 pintu masuk nak enter Old Town ni antaranya Pile Gate yang di bian +- abad ke 14. Ko kira la tahun bila tu..

cuaca hari ni sangat cun (banyak kali aku cakap pasal cuaca cun ni niĀ  šŸ˜).. x berapa sejuk sangat dalam 10-11Ā°c. so pakai sweater da cukup.. lama2 badan da boleh adapt dengan cuaca so x de la cam ketandusan wajib dengan winter jacket. Saya cadangkan if berjalan time winter dengan jumlah hari yang lama, tak payah bawak baju harian tu bebanyak. yang wajib bawak winter coat/jacket, sweater or seangkatan dengan dia. sebab kadang cuaca ni unpredictable. so paham2 kan eh..

Dah nama pun Old Town so bangunanĀ² lama memang superb.. hasil seni.. arghhh apa yang saya perasan Balkan ni konsep dia cam KAMPUNG la kalau dalam Malaysia. Ada rumah2 ada gerai ada masjid..hah camtu.. tapi cuma di sini dia upgrade bukan kayuĀ² tapi bangunanĀ² lama yang cantik.

Walls of Dubrovnik were built in the 13th century. TembokĀ² di bina bagi tujuan mengelakkan bahaya serangan asing.

Antara tempat lokasi sceneĀ Game of Thrones.

Tembok-tembok dilindungi oleh 4 kubu-kubu kuat, juga oleh 2 menara bulat, 12 kubu segi empat, 5 benteng, dan 2 menara penjuru, sementara dinding scarp diapit oleh satu benteng setengah besar dan 9 kecil. Ia mempunyai bentuk segiempat yang tidak teratur. Menara Minčeta terletak di utara, di sebelah timur pelabuhan dilindungi oleh Fortress Revelin dan terdapat sebuah Benteng Saint John di barat daya. Pintu masuk barat ke kota ini dilindungi oleh Fortress Bokar. Hujung barat bandar dilindungi oleh Fortress Lovrijenac. -google

Amirah bersama batuĀ² dinding yang berabad-abad lamanya.. Amirah happy šŸ˜„

Serious tak tipu kat sini mmg cantik.. kawasan pelabuhan..keluar sikit dari kampung..

Kami jalan sedar tak sedar dah gelap.. sempat tenguk Sunset.. Subhanallah.. Apa yang boleh aku cakap.. Kos di Crotia memang tinggi. Serba serbi mahal di Croatia.. Sempat masuk kedai serbanika dia..just hanya mampu pandang je.. beli tak berani.. Disini guna matawang KUNA (kn)

Sampai bilik, mandi solat, basuh baju (waching machine disediakan) then membuta.. maklumlah +-24k langkah berjalan hari ni šŸš¶ā€ā™€ļø

Day 7 : Dubrovnik to Mostar (Bosnia Harzegorvina)

Ā  Ā Ā Ā 

Oleh kerana semalam macam orang gila cari apartment so saya da set dengan owner AirBNB kami untuk naik taxi hari ni ke Station bas. Sebenarnya bukanlah taxi sangat tapi jiran dia punya kereta.. cadangan saya if anda bajet.naik bas pun boleh..

Station bas semalam semasa kami sampai. Ok. di Croatia bas dia super selesa siap wifi dan mereka very menepati masa. Time saya dah nak naik bas, saya tunjuk tiket kami, dia kata tempat kami naik bukan di sini.. tetiba rasa nak maki hamun kakak kaunter semalam kata naik dari sini. Tak sempat muka kami cam nak tercengangĀ², driver tu suruh kami masukkan luggage bayar 1ā‚¬ then dia suruh naik.. Haikkk.. pastu saya cakap dengan Amirah maybe bas ni juga yang akan pickup kita kat station yang sepatutnya kami naik haha.. So Thank You Allah.. beli tiket online sesiap di SINI

View sebelah kiri memang subhannallah.. make sure kalau naik bas duduk seat bas belah kiri..

bas berhenti jap ambil penumpang

Full itinerary di SINI

Ok sambung Mostar, Bosnia Herzegovina

Scroll to Top